15.1.15

villa comel

 

masuk bulan ni
dah hampir 3 bulan saya pindah ke rumah ni
rumah baru
baru siap
selepas setahun menunggu
sebenarnya selepas bertahun juga menunggu
menunggu untuk hidup sendiri
berdikari kononnya kikiki

ye la
sampi bila nak hidup bawah ketiak mummy kan
sampai bila nak harapkan mummy masak hari-hari
sampai bila nak harapkan orang kemaskan rumah yg kita sepahkan
sampai bila? heee :)

jadi
lepas habis tempoh berpantang hari tu
officially saya dan encik MM dan encik Umar dan cik fatimah berpindah ke rumah kecil lagi comel ni
kecil tapi cukup la kami empat beranak ni
nanti kalau ada duit lebih anak lebih kita cari rumah yang lebih lagi kan hihi

rumah baru
barang yang basic je yang ada
sofa, tv, meja makan, dapur, katil, mesin basuh, pemanas air, peti sejuk
pinggan mangkuk, sudu garfu
sangat sangat basic
jadi kalau nak buat majlis naik rumah tu memangg tak boleh sangat lagi

jadi untuk episod casa impian kali ini
kita akan ke rumah Puan N yang terletak di Bandar XYZ
blablabla
jangan nak berangan hihi

IMG_0297
ruang tamu dan berandah dan tempat jemuran
sebab utama saya suka rumah ni sebab ada berandah
kebanyakkan apartment sekarang tak ada berandah
membuatkan rumah kurang kemasukan angin lalu bayu laut segala
dan paling penting boleh dijadikan tempat jemuran hihi

IMG_1297
dry kitchen
pilihan warna dan rekaan encik MM
eh pernah ke saya bagitahu yang mak mertua saya ialah interior designer?
yupss yes she is.. :)

     IMG_1298 IMG_1299
dry kitchen
tempat encik MM bereksperimen
dan masakan beliau memang sangat boleh tahan
sedap menjilat jari hihi
tapi paling sakit hati bila tanya resepi apa
resepi campak campak
habis kalau nak tolong masak nanti camno??

IMG_0295[1]
dan hasilnya?
simple tapi memang boleh menambahkan purata berat tahunan hihi
thank you encik MM
lain kali masak lagi k

IMG_1300
dry kitchen dan di situlah juga tempatnya mesin basuh
bila kesempitan ruang
memang kita kena pandai bermain dengan ruang
ruang dalaman
ruang luaran
dan bolehlah awak stop mengarut

IMG_0515
  dan ini favorite place umar
petang petang kalau tak hujan
memang akan bawa umar turun main slide

itu sahaja untuk episod casa impian minggu ini
walaupun hanya ada barangan basic
tapi kalau kebetulan korang berada di bandar XYZ
singgah la rumah saya
boleh kita makan-makan borak-borak hihi

5 comments:

dorsett pink said...

Wahhh! Tahniah dah ade umh sendiri=))

sapphire said...

alhamdulillah...thanks..rezeki anak-anak :)

Fateen Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
Fateen Ibrahim said...

Mcm dekat seksyen 7. Bkn ke kak nilam? Hehe

sapphire said...

aah..betul la tu fateen :)