15.1.15

bukan artis

IMG_1196[1]

semalam first time ke klinik untuk check up Umar dan Fatimah
tanpa bantuan Encik MM (tapi dengan bantuan mummy)
membawa kedua-dua askar wataniah ni sendiri kalau tanpa pemantauan Abohnya
memang sesuatu yang………tak menang tangan

sebab
kadang-kadang si abangnya tak nak dengan orang lain
(sindrom baru dapat adik ke apa ntah)
dan si adik pulak time si abang berdrama swasta
time tu juga laa dia nak poopoo laa…nak susu laa
memang askar dua orang ni suka tau bergabung meletop

so semalam masa dekat klinik
tengah kelam-kabut nak pergi timbang
tiba-tiba ada seseorang tegur (lelaki)
“nilam kan?”
saya dalam fikiran
alahai siapa pulak la dia ni
budak sekolah ke?budak ukm ke? kerja sama ke dulu?
pastu boleh tak saya jawab
”huh..?kejap eh..” dan berlalu pergi ke tempat penimbang
hahaha amboi-amboi bajet artis kerrr? :p

dah selesai menimbang
dah tamatt drama swasta
orang tadi tegur lagi sambil dukung baby yg bulat bulat rambut lebat comel sangat
”bawak check up umar sekali ke?”
dalam fikiran ok dia kenal umar pulak
boleh pulak saya jawab “sape eh..?tak kenal…”
pastu dia reply “memang tak kenal…saya baca blog awak…”
ting ting ting tinggggg
pembaca blog????
dalam hati hahahahahhahahahha

macam kelakar je ada jugak yang cam saya kat luar blog
dan paling penting ada jugak yg baca blog ni kahkahkah

ok kepada awak yang jumpa kat klinik kesihatan semalam
thanks sebab sudi baca blog tenggelam timbul update tak update ni

saya sejenis memang tak cam orang
atau kalau berjalan tu mata pandang depan je
rabun pulak tu
memang kalau korang nampak saya tapi macam buat tak tahu tu
sorry banyak banyak
tapi jangan segan-segan tegur je saya k

2 comments:

dorsett pink said...

Fuuuyooo.glamer la awak. Tak sangka dari blog pun org bole perasan kite kat luar tapi kalau saya , saya memang tak cam org even kalau jumpe artis pun, saya tak cam.. thats me

sapphire said...

haha glemer la sangat kan...saya pun kadang2 memang susah betul nak cam org...tp kalau artis tu mata tu dr jauh dah nampak..haha...terukkan :p