24.3.14

Ke Melbourne kita


Salam…Hye semua!!
selamat hari Isnin yang disukai semua orang ;)

Hari ni saya macam rajin sikit
Rajin sikit untuk cerita perjalanan saya 8hari 7malam di Melbourne baru-baru ni
Baru-baru ni tu sebulan yang lepas
Macam dah lapuk
Tapi marilah kita dengar cerita sang penglipur lara yang macam malas nak study ini hihi :)

IMG_3223

Pertama sekali
Walau ke mana sekali pun kita nak pergi, even ke kedai runcit seberang jalan kita mestilah ada plan
Kalau ke negara orang ni lagilah planning nya boleh mencapai tahap stress yang maximum
Nasib baik En.MM willing to do all the planning hihi
Saya cuma kemas-kemas bag. Kemas-kemas baju Umar. Tolong sikit-sikit apa yang patut
Dan bawa diri hihi (Thanks En.MM)

Macam percutian sebelum-sebelum ni
En.MM paling tak suka pergi dengan tour
Tak bebas katanya
Saya ikut je lah. Sebab memandangkan dia je banker sekarang ni hihi
Jadi bila bercuti tanpa melibatkan tour memang banyak sikitlah kerjanya kan
Kita nak kena tahu:
  • mana nak tinggal (yang dekat dengan semua benda kita nak lawat nanti dan semestinya dekat dengan public transport)
  • mana nak cari makanan halal (kena juga bawa bekal macam maggi dll)
  • jalan nak ke tempat kita tuju (boleh juga bergantung kepada google map etc tapi better planning dari awal)
  • transport macam mana
  • tempat apa yang best
  • berapa perbelanjaan yang terlibat
  • keperluan baby dalam kapal terbang atau sepanjang percutian
  • dan apa lagi eh?

semua ini adalah penting sebab kita sendiri-sendiri kat sana. Tak ada orang lain.

IMG_3232

Alhamdulillah. Umar tidur je sepanjang dalam flight. Thanks Umar. :)


So saya gerak dari LCCT pada 4 febuary
En.MM dah belikan tiket sekali dengan hotel. Lebih jimat. (saya tak pasti orang lain.)
sampai Melbourne dah pagi. Jam kat sana cepat 4 jam dari Malaysia.
jadinya lepas rehat-rehat kejap dah boleh jalan-jalan.

Dari airport En.MM dah siap-siap beli tiket bas untuk ke hotel
Dan kita kena print siap-siap sebab nanti kat situ akan ada barcode ke apa ntah
Boleh juga nak beli di booth. Tapi saya rasa senang beli siap-siap online.
So dah sampai kat airport yang asing takde la pening nak cari
Ada banyak perkhidmatan bus dari airport melbourne ni ke mana-mana hotel tp kami naik SkyBus.
Sebab kata En.MM yang ni boleh hantar terus ke depan hotel
dan untuk balik nanti pun masa yang paling awal ialah 6 pagi. pun dia akan ambil depan hotel.
cuma kita kena call diorang 24jam sebelum. 

IMG_3236IMG_3234Dari tempat tunggu bas di airport

Dalam perjalanan dari airport ke hotel
kiri kanan macam gersang. rumput kering. tapi angin yang sepoi sepoi bahasa tu agak menyejukkan.
saya suka. sebab tak panas. dan tak sejuk sangat.

 IMG_3237IMG_3240IMG_3238  

Kami stay di Oaks On Market, Market Street
Satu bilik dengan 1 queen bed, siap ada dapur dan kelengkapanya
Jadi kadang-kadang bila malas nak keluar cari makan (waktu malam)
Biasanya masak je maggi. Beli telur kat kedai serbaneka. Milo panas.
Atau kadang-kadang makan tak habis kat kedai (saya la tu sebab perut asyik meragam je)
Balik boleh simpan dalam peti ais dan boleh panaskan dalam microwave. Jimat. hihi.

IMG_3315 
IMG_3244 IMG_3321
Not bad kan? ok la untuk kami tiga beranak.
Kalau ada ramai anak lagi pun bilik canni dah ok kot.
(kita kalau boleh nak kurangkan perbelanjaan ye anak-anak hihi)

Ok
untuk next entry (harap diberikan kerajinan lagi)
saya akan cerita perjalanan hari pertama saya di Melbourne
berapa kilometer kami berjalan dalam satu hari
ke mana tempat-tempat kami pergi dalam satu hari
dan kat mana kami makan makanan halal di Melbourne ni
dan dan ….. hari pertama sangatlah memenatkan. Tapi best. :)

2 comments:

chumut said...

salam sis,
i'm readin. please write more ^_^

love, chumut

sapphire said...

hye chumut,

such a cute name! macam comot hihi..will write more a melbourne inshaAllah... :) thanks for reading