Wednesday, March 12

The Journey


Siapa yang tak tengok lagi filem Malaysia yang mendapat kutipan juta-juta ringgit  ni? 

Selalunya saya tak terpengaruh sangat dengan berita kutipan juta-juta ni
Bukan nak cakap filem malaysia takde kualiti. Ada yang berkualiti
Tapi biasa yg kutip juta-juta mesti gangster, tak pun cerita pasal hantu tak balik rumah, atau pun cerita cinta biasa

Jadi mungkin cerita-cerita canni dah buat kita fikir (saya yg fikir) filem malaysia sama je lah



Tapi berbeza dengan The Journey
Rasa macam pergi tengok filem arwah Yasmin Ahmad. Serius! 
Gambar cantik. Sound cantik. Skrip cantik. Lagu pun nak jugak cakap cantik (best sebenarnya)
Jalan cerita. Memang bukan macam cerita biasa. 
Atau mungkin sebenarnya biasa. Tp pengarah dan mereka yg terlibat buatkan dia jadi macam lain dan dekat sangat dengan kita. :) 

Over plak. 
Puji sungguh sungguh
Macam la dapat bayaran hihi


Ada satu part
Mengingatkan saya masa nak kahwin dulu
Biasa la orang nak kahwin. Orang muda-muda zaman sekarang la katakan
Masing-masing ada idea impian masing-masing.
Termasuk saya hihi
Nak canni nak camtu 
Tapi akhir sekali
Semuanya kena ikut kehendak mummy


Ok dah lari topik



Ok. 
Siapa yg belum tengok lagi
Sila silalah pergi sekarang
Kalau saya cerita jalan cerita tak bet la pulakkan
So apa lagi. 
Memang tak akan menyesal :) 


No comments: