Sunday, August 4

paceri nanas

masa saya taip entry
perut tengah lapar
*padahal dah berbuka dua pinggan mee hoon singapore*
tapi masih lapar..nak buat camno?
atau kenyang minum air je
hmmm

duk tengok gambar2 lama kat laptop ni
*tak ada la lama pun...dua tiga hari lepas je pun*
terjumpa gambar paceri nenas ni
aaaa...sedapnya kalau ada nasi dan ikan kering dan ayam/daging masak merah
atau dapat cicah dengan roti canai pun dah cukup mengeyangkan hukhukhuk
*lapar sangat ke cik nilam ooiii*

ok lah
jangan nak nampak sangat kebuluq ok huhu
mari kita tengok cara-cara buat paceri nanas
atau nenas?
mana-mana lah asal sedap perut kenyang hati gumbira :p




resepi ni saya ambil dari Jintanmanis
sebab macam simple
sebab saya suka resepi yang simple simple je
sebab simple tu kan senang huhu

Bahan-bahanya
1/2 biji nenas saiz kecil
1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan kisar ( bawang +  bawang putih+ cili kering)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus)
1 cawan santan ( tak nak letak pun takpe, sbb dah ade kerisik)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang

caranya.
1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.

2.  Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,

3.Selepas itu masukkan kerisik dan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.


No comments: