20.7.13

tiga budak hijau


ada hari rajin sangat
ada hari M sangat
ada hari M sangat sangat sampai tak terbendung
nak masak malas
nak kemas rumah malas
nak basuh baju lipat kain malas malas malas

mungkin saya patut ada seorang maid untuk buat semua ni
nanti bertambah malas la jadinya huhu

satu hari
perasaan rajin tu datang
jadi ada la dua tiga lauk berjaya dimasak
tapi tak sempat nak share kat sini..nanti eh
*atau sebab terpaksa?* -_-"

rajin dan teringin nak makan
kombinasi ni perlu ada untuk menjayakan satu satu masakan huhu
kalau tak jangan harap
makan je la apa yang terhidang

so
resepi kali ni ialah kuih ketayap
atau ada orang panggil kuih gulung

senang je rupanya
kulitnya saya rasa sama macam nak buat roti jala
inti plak just campurkan kelapa parut dan gula melaka
senang kan?

takpe
ni ada resepi lengkap
saya tiru dari sini

Bahan-bahan
  • *1 biji telur
  • *2 cawan tepung gandum
  • *1/2 sudu teh garam
  • *2 cawan air
  • *1 sudu besar air pandan
  • *sedikit pewarna hijau
  • minyak untuk mendadar
Cara-cara
  • Blend semua bahan yg bertanda *.
  • Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
  • Angkat.Masukkan inti dan gulung.
  • Siap dihidang.

kalau nak ketayap tu warna lain pun boleh 
tak semestinya hijau
atau ada yang buat polkadot..haaa lagi kreatif :)

ok 
selamat mencuba
dan selamat berbuka 



No comments: