Friday, May 24, 2013

Tokyo Disneyland

 IMG_7837 IMG_7834IMG_7839 IMG_7840 IMG_7843 IMG_7844 IMG_7846 IMG_7848 IMG_7850 IMG_7853 IMG_7859 IMG_7860 IMG_7862 IMG_7864IMG_7863  IMG_7866 IMG_7874IMG_7870  IMG_7879 IMG_7880 IMG_7882 IMG_7883 IMG_7884 IMG_7885 IMG_7886 IMG_7888 IMG_7889 IMG_7890 IMG_7892 IMG_7895 IMG_7900 IMG_7910 IMG_7933  IMG_7936

IMG_7935

tokyo disney land
japan….rindunya……..

rindunya dengan en.mm –_-“

dah boring pasal entry jepun?
jangan risau saya takkan tulis panjang lebar kali ni
sebab saya lupa dah macam mana nak pergi sana
sebab banyak sangat tukaran train
dan boleh jadi pening
jangan risau…google ada untuk membantu :p

saya rasa…saya nak bagi tips lah kali ni, boleh?

ok
jadi ni ada beberapa tips yang mungkin berguna
bagi mereka yang ke Tokyo Disneyland dalam masa sehari sahaja
bagi mereka yang tinggal di Disney Hotel itu lain cerita

lain cerita sebab?
sebab…boleh ulang masuk Disney beberapa kali suka hati
jadi tak perlu gopoh gopoh sangat

10 Tips Berguna untuk lawatan satu hari ke Tokyo Disneyland
(mungkin boleh diaplikasi di disney lain seluruh dunia ecehss)
(kalau salah sila betulkan eh)

1. kalau rasa ada benda yang cantik dan perlu diambil gambar, sila jangan tangguh. sebab mungkin takkan ada kali kedua.
2. bagi yang pergi sendiri, macam biasa bawalah bekal makanan. bekalan air tak perlu risau sangat kot.
3. pemilihan kasut yang betul. kawasan sangat luas. elak dari kasut yg boleh melecetkan kaki.
4. tripod adalah tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk.
5. bagi yg bawa baby, pasal air panas, tempat menyusu, nak panaskan makanan baby dah boleh tarik nafas lega, sebab semua kemudahan tersedia dengan lengkapnya. saya suka sangat! :)
6. bila nampak satu2 permainan takde ramai yg beratur, sila jangan tangguh niat lagi. sebab sekelip mata je akan ada ramai org.
7. baju hujan dari dewasa sampai kanak2 ada dijual. cover plastic utk stroller baby pun ada. so tak payah susah2 bawa payung. memberatkan bag je.
8. kedai cenderahati sangat banyak. dan kebanyakkannya jual barang saya hampir sama. so yang bolehlah kalau nak tangguh tangguh.. :p
9. bagi yg pergi pada musim sejuk atau dah hampir nak sejuk atau dipenghujung sejuk. pakai baju yg sesuai. sebab bila sejuk sangat (bg org yg tak tahan sejuk mcm sy) boleh mengganggu konsntrasi kikiki plus dengan keadaan climate change sekarang ni macam2 ragam cuaca boleh berlaku.
10. sediakan mental dan fizikal yang kuat. bagi yg dah berjalan jauh hari sebelumnya. sebab sekali lagi disney ni ibarat round satu bandar shah alam. (yeke?suka hati je)

ok itu sahaja
harap boleh memberi manafaat kepada bakal-bakal pengunjung Tokyo Disneyland
kalau ada rezeki nak pergi Disneyland lagi sekali
mungkin Paris Disneyland pulak…ececehhsss :p

sekian.
laporan dari cik sapphire
assalamualaikum.
:)

2 comments:

Fatimah Al-Attas said...

hi hi hi Thanks for the tips.
So kiranya one day macam tak puas la, ke okay je?

Salam perkenalan dari MamaHaraz
http://ourwonderland.blogspot.com/

sapphire said...

satu hari sangat222 tak puas...
sbb org ramai...nk masuk satu tempat tu kena beratur yg agak pjg...klu pergi dua hari baru lengkap kot :)