Friday, May 24

Akihabara

IMG_7974 IMG_7977 IMG_7981 IMG_7982 IMG_7984  IMG_7986 IMG_7987 IMG_7985IMG_7990IMG_7997IMG_7989  IMG_7992 IMG_7994 IMG_7996  IMG_7998

kalau kat Malaysia boleh lah diibaratkan macam Low Yatt
tapi ini dalam bentuk dalam sebuah bandar
syurga bagi peminat peminat barangan elektrik

misi utama saya ke sini adalah nak cari camera instax
sebab katanya lagi murah daripada Malaysia
dan yeay!! misi berjaya!! :)

macam-macam barangan elektrik ada
daripada yang baru hinggalah yang secondhand dan display item
siap ada satu bangunan yang jual barangan secondhand
tapi walaupun secondhand/display dia punya condition mcm yg baru
dengan harga murah daripada yg baru

kalau pergi kat bahagian camera
haiiihhhh rasa macam nak beli semua
ada beberapa keluaran yang tak ada di Malaysia
tapi difikirkan camera dah ada……makanya tengok je la :)

en.mm pulak ke bahagian yang berkaitan dengan kerja dia
macam2 jenis tools ada…
yang kecik yang besor…macam-macam…..
sempatlah borong sikit

cara nak pergi ke Akihabara ni?
just ambil JR Line. dan turun di station Akihabara
makan pulak? ada beberapa kedai kebab yang halal kat sini
jadi jangan risau

macam biasa kalau nak round satu bandar ni memang kena satu hari
saya hari tu, flight balik malaysia 10 malam
jadi pagi2 dah check in dan simpan bag semua kat airport
pastu singgah la Akihabara ni dari pagi sampai petang
dari pagi sampai petang tu memang tak terasa langsung
kejap sangat…..tu pun macam tak round habis

akhir sekali
yang paling penting…bawa duit yang agak cukup untuk borong apa yang berkenan di hati

bye
:)

No comments: