Tuesday, May 21, 2013

masak lemak telur masin dan timun





menu berbuka puasa semalam
sempat masak sebab halfday semalam
jadinya sempatlah ke Giant beli bahan-bahan
makan dengan sambal belacan dan ikan goreng..yumss

resepi masak lemak telur masin dengan timun ni saya amibil dari Dapur Tanpa Sempadan
cuma saya ubah belimbing dengan timun
dan saya tak masukkan cili padi
sebab macam tak berapa nak makan pedeas-pedas dah sekarang ni
tapi rasanya tetap sedap sampai bertambah dua kali :)

Bahan-bahan:
1 kotak santak
3 sudu besar bawang putih, bawah merah dan halia yang dah dikisar
1 batang timun
4 biji telur masin
2 kotak air (guna kotak santan tadi)
2 batang serai
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula

Cara-cara:
masukkan santan dan 2 kotak air
masukkan serai, asam keping, bawang kisar dan kunyit
biarkan sehingga mendidih
perlahan api, dan masukkan telur sebiji demi sebiji
biarkan kejap
masukkan daun kunyit dan timun
perisakan dengan garam dan gula
selesai

cuba lah yer! :)



1 comment:

IzyClover said...

wowee
perlu cuba ni