31.3.13

Fuji-san

ahad yang panas
biasanya kalau hujan. mesti rasa macam panas semacam kan.
panas-panas canni selalu je buat saya teringat kenangan kat Jepun
(dan buat saya teringat ada beberapa tempat lagi nak kena cerita kat sini...)

kali ni saya nak cerita pasal Fuji-san
atau Mount Fuji
seperti dalam entry yang sebelum ni, saya ke Jepun dengan sendirinya
takde travel agent segala
tapi, untuk ke Fuji-san ni, en.MM cakap lebih baik kita join macam travel agent yang boleh bawa ke Fuji-san sana
so, awal-awal lagi dah tempah ticket bus dari Hamamatsucho untuk ke Fuji-san
dan balik kita naik bullet train. 
dekat Hamamatsucho Bus Terminal ada banyak jugak agensi yang boleh tawarkan perkhidmatan untuk bawa kita jalan-jalan ke Fuji-san
dan saya guna khidmat Sunrise Tours ni. 


dari terminal bas ni untuk sampai ke Fuji-san
ambil masa dalam lebih kurang 2 jam
tapi 2 jam tu takkan terasa sebab permandangan sepanjang perjalanan tu sangat cantik
nasib menyebelahi saya (ecehss) sebab cuaca masa tu sangat baik
walaupun ada saki baki salji, tak terasa sangat sejuknya
dan dari jauh dah boleh nampak Fuji-san


lepas 2jam
sampai lah kami di  Fuji Visitor Center
ada kedai cenderahati, ada tayangan video tentang Fuji-san, ada restoran
dan hari ini dalam sejarah saya dapat bermain dengan salji wwoooohoooo
rasa macam....MasyaAllah....akhirnya diberi peluang bermain dengan salji hihi
sejuk tu jangan cakaplah kan
so apa lagi...buat snowman la hihi
:) 

lepas 30minit singgah di Fuji Visitor Center ni kami bergerak ke First Step
iaitu Level 1 untuk sampai ke puncak Fuji-san
semestinya tak boleh sampai ke Level 5 kan
dapat naik sampai ke Level 2 dah kira ok dah
dan dapat tengok Fuji-san dari jauh pun 1000 kali ok dah hihi :)

permandangannya sangat cantik
putih bersih
dengan pokok pokok yang tinggal ranting
cantik sangat
nanti saya sambung bahagian kedua plak k :)

1 comment:

Huda@Hood said...

seronotnye!


cita-cita pun nak pergi jepun gak.


;)



InsyaAllah....