Saturday, December 29

Breakfast


tiba-tiba rasa macam nak makan sesuatu yang lain sikit pagi tadi
makanya, terhasillah Baked Egg With Potato ala Sapphire
ala sapphire sebab ini je bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk

Bahan-bahan:
3 biji tomato saiz sederhana (dipotong dadu)
1/2 biji lada benggali (dipotong dadu)
1 biji potato (direbus dan disagat)
3 biji telur
Bawang besar dan bawang putih secukupnya (dipotong dadu)
Keju
Minyak zaiton
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Daun Pasley
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga sedikit layu
masukkan tomato dan lada benggali
perisakan dengan serbuk lada hitam, oregano, garam dan gula
biarkan sebentar.

Sapukan bekas untuk membakar dengan minyak zaiton
masukkan potato yang telah disagat 
lapiskan dengan bahan yang telah ditumis tadi dan taburkan keju 
buatkan lubang dan pecahkan telur 

Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga telur putih masak
taburkan daun pasley yang telah dimayang halus
makan panas-panas :)

siap!!


4 comments:

chumut said...

salam,
definitely will try this for breakfast! looks so yummayh! :DD

love,
chumut

sapphire said...

yeah. try try!! :)

Anonymous said...

salam.. sy tercari2 jugak entry mana berkenaan nasi telur. boleh share resepi? blog awk ke blog sape sy dh lupe tp blog yg ownernya asal terengganu la. pls3 i mengidam. semua xnak share:(

sapphire said...

alamak. saya pun tak pernah try buat nasi telur. *sebab sangat cerewet hihi*

kena tanya mummy saya dulu k. kot kot la ada ke.. :)