Wednesday, May 30

Nina & Azlina

sama macam nasib handphone
macam tu jugak lah nasib si laptop
yang bersungguh2 wat balik rumah
pengakhirannya..?tersadai tepi meja study.
inilah contoh pekerja terbaik. :p

tambah-tambah en.mm dah balik
lagi ke-ter-sadaian laptop ditepi meja tu makin menjadi-jadi
kesian awak yer cik laptop
cuti dari jumaat, sabtu,ahad, isnin, selasa dan rabu
esok nak kerja baru ada hati nak on
tu pun sebab nak update blog.
kuikuikui maafkan saya. :D

ok.
hajat dihati nak cerita pasal kenduri kahwin bestfriend saya
sejak mrsm kota putra...masuk tahun ke 11 berkawan
yang paling best macam reunion
sebab geng yang lain pun sanggup turun dari johor, perak
semata nak jumpa saya geng-geng yang dah lama tak jumpa ni

masing-masing dengan baby masing-masing
semua pun dah jadi mak-mak orang dah
kecuali saya dan pengantin baru lah kan
walaupun mak org..badan tetap slim mlim you...
saya je yang membuncit sikit :D

 kalau diikutkan ahli geng yang "selalu dalam dunia sendiri" ni
ada enam orang
saya, nadirah, diana, nina, baini & aishah
aishah je yang tak dapat datang....

Dr. Diana, saya & Nadirah
 masa ni baini tak sampai lagi
biasalah hantu camera dari sekolah lagi
kat mana-mana pun nak bergambar

baini dah sampai bersama sepasang anak
nadirah dengan Afeeya
diana dengan Maryam
saya dengan ....?? :)

yang paling kanan lecturer di UIAM, Kuantan
nama dia Ilyanoon
pun ex-mrsm kopu

ok.
yang tengah tu adalah pengantin baru
nama dia Dr. Nina
doktor di Hospital Kulim
*baru perasan gambar pengantin cuma ada satu ni je...* :D
 

yang ni pulak
kenduri kawan sekolah (ex-SRSS2)
Tahniah kepada Azlina dan suami

saya dan 35minggu 
sekian
:)

6 comments:

vanilamanis said...

saya tak tahu mata saya x ok atau apakah yang terjadi..tapi saya tengok nilam+kawan2 x macam dah kahwin/mak orang da.semua macam baru habis sekolah.macam grad-nite je..huhu...awet muda gitteww :)

sapphire said...

hihi...kami memang awet muda :p

Anonymous said...

wahh..perempuan melayu terakhir.Dr diana tu dah kawen ke?cun gile!

Hazrin said...

ni gi kahwin lina ni pukul berapa ? macam catering dah angkat je semua lauk2 lol

sapphire said...

anon: mesti lah dah...

hazrin: memang pun haha..saya gi kul 3 ... :D

Hazrin said...

laaa....set2 ni ada je lagi sampai 230. bakpe dok msg, buleh je tggu