Wednesday, May 12, 2010

penang woot woot



hye
malaysia kini memungut mata sebanyak 10 dan denmark 12
saya melaporkan dari pejabat kolej amin
kembali ke studio

hye
da brape lama x update eh. huh. x smpt x smpt nk update.
byk sungguh peristiwa yg berlaku dua tiga menjak ini.
tapi masa sgt x mengizin kan
sbb perlu konsentrasi yg tinggi utk meng-update
huh mengade lah!

hye
mlm nih saya nk update cerita yg tergendala sejak ahad lepas
mari kita imbau kembali ke entry yg bertarikh 19 March yg lalu
terus ke point ke-8:
  • nak ke penang. satu satu nya negeri yg saya xpenah jejak kaki lagi. saya teringin nk gi kedai buku terpakai kt sana. xtau nama apa. tp kedai buku tu sgt glemer.
dan akhirnya jumaat lepas. buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke penang. wooohoooo...satu satu nya negeri di malaysia yg x pernah saya jejak. dan skang saya da pergi ke semua negeri kt malaysia. woohooo. go malaysia go! malaysia kini 15, denmark 17..

gambar pertama yg saya snap sebaik sahaja sampai ke penang. plan nk snap sebaik sahaja turun dr kereta. tp disebabkan saya tertdo n bila yanayani kejutkan pun masih mamai sampai x smpt nk menghayati merentasi jambatan pulau pinang makanya bila masuk hotel sambil menunggu yaa n adik check-in br tersedar dr mamai dan bila mamai saya jawab dengan jujur. mengade!

tujuan utama saya ke penang sebab ad kenduri di rumah kawan di Jalan Maqbul yg menurut kata kawan saya, Daniel..kawasan nih merupakan kawasan org melayu n masa tragedi buah epal hijau tragedi 13 mei dulu...kawasan ni sgt menakutkan semua org dan jgn sesapa berani dtg buat pasai di tempat nih..*betulkan saya klu salah yer*
alang alang ada kenduri..saya yaa dan yanayani pun apa lagi..ambil kesempatan yg ada utk berjalan jalan sambi mencuci mata anak anak mami bergelang sampai ke siku. tipu.x jumpa pun mami yg bergelang sampai ke siku.

kami gerak dr shah alam jam 8. sampai penang jam 12. lepas check in. masuk bilik. menggeliat dua tiga minit . daniel bwk ktorg makan nasi kandar. wooohooo. makan nasi. jam 2! lauk kari lak tu. aiiyoooo. prog diet terpaksa di tolak tepi. buat pertama kalinya saya makan nasi kandar. wooohooo. kamu sgt kuno lah. huhu.

ktorg mkn di Kedai Nasi Kandar Beratur Resipi Original Sejak 1943 Dibuka Pada Pukul 10 mlm. Nasi kandar liya qatali. mula mula saya byg kn kari nya macam yg sy tgk kt kedai mamak bangi tu. pekat likat color xnk kalah merahnya. takut nk makan. tp jangkaan saya meleset chewah. sbb kt kedai nih color nya biasa2 saja. ke-coklatan sikit. n rasanya pun xde la rs kari sgt. ok lah. boley terima lagi la. saya amik lauk ayam goreng n telur sotong. huh. berjaya abeskan sepinggan nasi. huhu..ada gaya org penang x???woohooo :P

hari kedua. ktorg ke Little India. huh. kt klang ad je little india nih. tapi x penah nk pegi pun. kt penang nk plak pegi kan. kt sini jalan2 . amik gmbr sikit. dan beli sari utk buat baju kurung. woohoo. cantik dan murah. owh jom kita gi India plak nk? lepas jalan jalan kt Lillte India. ktorg ke Chowrasta Market. woohooo. seperti dlm point ke-8 tadi. saya nk ke kedai buku 2nd hand. dan terlaksana la sudaa.



owh. saya sanggup berduduk duduk berlepak-lepak berjinjit-jinjit kt sini berjam jam. tp malangnya. hr tu xde parking. n parking kt tepi jalan. jadinya terpaksa la cepat2 mencari buku yg dikehendaki. xsmpt pun nk tgk tgk novel2 kt situ. huh. nextime saya nk pegi lagi!hoyeah! :P

seperti yg dicadangkan oleh kawan sekerja saya, Nunny. pegi la pegi la ke Toy Muzium. best. byk mainan. huh . mmg byk pun. dr yg dulu dulu sampai laa yg terbaru. paling x sangka terjumap Chucky. huh. Hey chucky wanna play? dulu2 klu tgk cite tu mmg xleh tdo mlm r. pastu mula la simpan semua anak patung tinggi tinggi. kononnya dia akan jadi jahat mcm chucky tu. huh. sungguh kanak kanak.

petang nya ktorg ke Batu feringgi. woohooo. tp x bestnya. batery camera sudah kehabisan. smlm nya lupa nk charge. jadinya hanya duatiga keping gmbr kt batu feringgi. owh sungguh x best jln2 tanpa camera. panas sgt sgt. berpeluh peluh semuanya. haihhh. jadinya lepas tu ktorg singgah ke gerai apa ntah nama nya. makan mee rebus. owh...tidak sedap huhu maafin... :P


mlm nya plak...kita kembali ke tujuan asal. iaitu ke kenduri rumah Daniel. kenduri arwah sebenarnya. biasala. salam salam. baca yassin. mkn mkn. owh nasi beriyani sgt sedap. rs nk tambah lagi tp kne kawal adap sopan di rumah org huhu. pastu tolong tolong bungkus nasi yg lebih utk sedara2 wat balik.

akibat terlalu exicted mencedok nasi. sampai cik yanayani amik gmbr banyak kali pun stil blur blur canni. huh. ada gaya jadi taukeh nasi kandar nilam beratur x?? huhu. berpeluh peluh jugak r time cedok cedok tu. nasib r sape yg dpt rasa titisan titisan berharga. huhu

hari terakhir. ktorg ke Bukit Bendera. ingt x masa darjah 6 dulu. dlm buku teks muzik. kita ad blajar main rekoder lagu pulau pinang kan. canne ek lagu tu. smpi skang x ingt lagi. huh. xde keje. bukit bendera buat masa skang kereta kabelnya rosak. jd nya kne guna 4x4 utk naik ke puncak. rm90 utk satu kereta. tp agak kecewa. sebab xde apa pun kt bukit bendera. tp klu nk bergambar tu mmg ok r. jadi kt atas sana kerjanya bergambar jer la.

owh lupa. sebelum ke bukit bendera. ktorg bfast dulu di satu kedai di tepi jalan sungai penang ke apa ntah. x ingat. ktorg mkn kueh serabai. sejenis kueh yg color putih mkn ngn kuah pekat rs cm kaya. manis. sedap gak r. pastu mkn vaday. makanan india. sedap gak. huhu. makan banyak perut buncit. woohooo. gmbr yg atas yg celup kuah tu nama nya kueh serabai. mungkin dulu. pencipta kueh nih serabai. tp disebabkan sgt sedap. maka da x kesah serabai ke tak. asal sedap. maka melekatla nama serabai. klu kt trg nama nya kueh bekang. bentuk bulat mcm kueh cara. sedap gak. lama nya x mkn. huhu. gmbr yg bawah plak bentuk rupa vaday. sebut seperti vadeyyyy.. yy tu lebey lebey sikit yer. :P


maka berakhir la perjalanan di pulau. utk ke seberang . ktorg naik ferry. woohooo. sgt jakun. sbb 1st time . haha. jadi bila 1st. kerja nya amik gmbr jer r. huhu.. ingt x masa skolah rendah dulu dulu. buku mari membaca 2. ada gambar ferry warna kuning kn. tp skang da moden. ferry skang warna warni. huhu.

sampai je kt seberang. ktorg singgah lunch kt kedai ikan bakar apa ntah kt kepala batas. huuu. boley tahan. harga pun murah. nnt nextime boley pergi lagi. lepas makan kenyang suka hati kami singgah solat masjid pak lah. huu. padahal ad je surau terdekat. nk jugak gi melawat pondok pak lah kan. huuu. lepas solat, ktorg singgah ke rumah en.kid. nk mkn nasi daging kedai x bukak. jadinya ke rumah je la... :)

maka berakhir la 3 hari 2 mlm kt penang. owh nasib baik penang x mengecewakan. huhu. 2 hari mmg x cukup. perlu 4 hari kot utk round satu pulau. huhu...yg pastinya penang sgt panas. x tertahan huhu.

malaysia kini mengejar dr belakang. go malaysia go!
kembali ke studio
selamat malam.


bye penang
ad rezeki
kita jumpa lagi
baca entry nih jgn smpi tertdo ok
nitess
:)

5 comments:

Hasif dan Fara said...

sampainya hatimu..
kini,sy keseorangan belum menjejakkan kaki ke penang...
sobsobsob..

Aishah Nur Hakim said...

cik nilam..dah boleh jadi pengacara jalan2 cari makan la
:)

kat mana kedai buku tu?? tak pernah tahu pulak. macam sangat best. aishah selalu ke utara. tapi tak pernah jalan2..senua pergi rumah sedara atau tengok2 adik kat kolej
:(


lain kali chup nak ikot!

sapphire said...

faraa:: alaaa...xpe xpe..nextime kita gi sesama..heee...akk pun x puas jln kt sana hr tu.. :)

aishah:: pengacara?/auwww..saya suka hehe..kedai buku tu kt chowrasta market..kt tingkat atas..kt penang mmg byk kedai buku cmtu..nnt kita gi penang..kita berkubang kt kedai buku tu nak..huuu :P

Ahmad Helmi Shaharuddin said...

pinjam spek. ha ha

sapphire said...

haha..boley boley..
rm5 utk satu minit k :P