Salam,
entah kenapa blog ala-ala ni sudah tidak bermaya lagi
kurang penjagaan dari tuan punya
dan tuan punya pun macam apa entah. malas dah eh nak blog blog?
jawab skang tunya punya! jawab! :p
ok.
banyak sebenarnya yang berlaku dua tiga hari ni
mulanya banyak je idea nak tulis
tapi bila cerita dah agak basi jadi tak tahu nak tulis apa.
oh. maafkan saya yer blog ala-ala.
jom lah kita pergi ke point pertama.
satu: saya dengan rasminya menjadi Cik Lang
ok. ini bukan Cik Lang kepada anak sepupu atau Cik Nang kepada adam
tapi kepada kakak saya yang sulong
Alhamdulillah. semuanya selamat pada 3.45ptg 14.9.2011 yang lepas.
baby sangatlah comel dengan berat cuma 2.8 kg dan panjang 42 cm
nama diberi: Putri Darrin Zinnirah (Putri Bunga Zinnirah) :)
dua: egg tart
mood untuk bereksperimen di dapur membuak-buak sekarang
macam mood nak update tumblr. bila dah taksub tu taksub benar
setiap masa nak upload gambar.
tapi harapnya mood berekperimen di dapur tak surut lah.
sabtu lepas saya berjaya buat egg tart.
bahan-bahan dah ada cuma sarang jer yang takde.
cari punya cari ada sarang mini.
maka jadilah mini egg tart ala sapphire. :)
mudah jer rupanya buat egg tart ni. (mentang2 dah menjadi :p)
tiga: open house dan reunion SMSS
open house di rumah cousin di Ara Damansara sabtu lepas
ok.mkn-mkn. pukul gambar. mkn-mkn lagi.
oh. char kuew teow panas-panas memang sedapkan.
tiba-tiba ternampak seseorang macam pernah ku lihat tapi di mana yer.
siasat punya siasat , rupanya Teacher Kartika masa kat SMSS dulu
saya macam tak ingat dia ajar saya time bila. sama ada form 1 atau form 2.
Teacher Kartika rupanya classmate cousin masa belajar kat SS dulu jugak.
super senior lah kiranya. dan Teacher masih hot macam dulu-dulu jugak :)
empat: jubah oh jubah
sabtu lepas saya jugak saya pergi ambil jubah untuk graduasi isnin depan
ramai betul yang dah berjaya habis masters
phd tak ramai sangat tapi ramai jugak lah
macam biasa saiz paling kecik dah habis dan terpaksa la saya singkatkan sendiri
terjumpa kawan-kawan seperjuangan (ecece): amalina dan ng keong
terjumpa jugak adik yang ramah gila time nak submit tesis. ingat lagi dia kat saya :)
(bayangkan bilangan masters holder dah berduyung2. nnt nk cari kerja atleast kena ada master macam mana?..ok jom sambung phd cepat2)
lima: raya dan raya di rumah Puteri
ok. bukan baby Putri yer. tapi Puteri, cousinnya en.mm di KGSA.
perhatian ini adalah cerita basi dah nak berkulat.
tapi nak jugak cerita. hihi.
kali kedua pergi rumah Puteri. cantik. dan kawasan perumahan tu pun haihh
terus berangan kalau ada duit nanti nak beli rumah kt situ jugak
mungkin 20 tahun akan datang kot. :p
dapat lah jugak jumpa saudara mara sebelah en.mm :)
tapi saya tak amik gambar banyak pun. s.e.g.a.n.
dan masa yang sama kat rumah saya mami masak mee penang yg menjilat jari. :)
enam: hari jadi Cik Moh ke 72
cik Moh, mak saudara paling tua sebelah mummy. sabtu lepas hari jadi cik moh yang ke 72
tapi masih muda remaja. boleh drive dari KL ke Muar sendiri. gagah tak gagah.
dan semalam kebetulan cik moh datang KL nak pergi kenduri kahwin dan nak tengok baby kakak
mummy buat kezutan kecil-kecilan. ala-ala sambutan hari jadi jugak la kot.
bukan potong kek tapi potong pavlova
siap dengan majlis suap menyuap cik moh dengan pak hitam
oh sungguh slumber dan romantis :)
tujuh: sampai nombor 7?apa lagi eh? tak ada apa dah kot. ok.bye. terima kasih sebab sudi baca entry panjang lebar. harap dapat pengajaran. *apakah?* :p ok nak gi cari filem untuk camera antik ni jap. bye bye. :)
Monday, September 19, 2011
some where over the rainbow
Tuesday, September 13, 2011
ipomoea reptans
tak ada perkataan lain yang ada di fikiran saya bila nama saya pun tersenarai dalam Majlis Konvokesyen ke-39 tahun ni…cuma
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
syukur sebab semua ni dah berakhir …
atau mungkin akan ada sambungannya….??? :)
segar betul kangkung-kangkung saya tu
tapi cukuplah dengan kangkung, kangkung belacan, sup kangkung (??)
nak muntah dah tengok… :D
Wednesday, September 7, 2011
free & cantik
tapi saya nak share satu ... eh bukan satu jer tapi lapan barang free yang cantik
kalau saya ada iphone mesti sekarang jugak saya download :)
jadi, kalau nak free iphone wallpaper boleh pergi ke link ni ...
dan berterima kasihlah kepada the notebook doodle kerana sungguh bermurah hati :)
Tuesday, September 6, 2011
lebaran ini
terlalu banyak gambar yang cantik *ecece* untuk dikongsi dengan kalian
tapi. kalau banyak gambar tulisannya sikit saja. baik buat account flickr je terus :)
yer dop? hee
jadi. inilah sikit-sikit gambar raya saya………
menu wajib di Hari Raya seluruh keluarga Hjjh Wan Zainab mestilah Kek Lapis Rempah ala mummy
pergi la mana-mana pun mesti ada kek ni
tapi saya kurang minat campuran kek dan rempah ni.
saya lebih suka kek lapis mocha
sungguh kena dengan tekak saya :)
menu lain macam biasalah: sate, nasi minyak, nasi beriayani, lodeh cik moh, biskut raya
yang saya makan cuma sate beberapa batang, lodeh cik moh sepinggan
dan biskut raya yang terpilih sahaja iaitu yg ada cornflakes sahaja
yg lain?sorry. boring. :)
saya perasan, kalau sebelah barat suka sangat dengan rendangkan?
tak raya pun makan rendang. sama ada dengan nasi atau ..makan dengan apa lagi?
kalau sebelah timur, rendang ni macam perkara rare la kot.
macam keluarga saya makan ketupat palas dengan sambal daging (serunding)
lemang pun makan dengan sambal…raya pertama temanya ialah baju gunasemulatapimestilahmasihcantik. :)
memandangkan baju time kenduri saya dulu masih elok. kenapa mesti nak pakai sekali sahajakan
jadi kita gunasemula. cuma saya jer baju baru. (takkan nak pakai baju nikah yang meriah tu plakkan?)
dan kali pertama raya tak cukup ahli. kakak saya beraya di kampung Penang tahun ni.
tapi raya kedua balik raya kat Trg plak.
lain sikitlah jadinya. sebab biasanya rumah bising dengan suara dia jer. :p
raya kedua menu baru keluarga Cik Nah : soto :)
owh. terbayang-bayang lagi kepedasan sambal kicap mummy.
biasanya raya kedua mummy akan buat nasi dagang
tapi raya pertama rumah yang lain ada yang dah buat nasi dagang
takut orang datang muak dah tgk nasi dagang.
penyelesaianya ialah buat lain sikit tahun ni.
rugi siapa yang tak datang open house saya sabtu ni *eh..?*
raya kedua raya paling sibuk macam bibik
sebab banyak masa duk basuh pinggan kat dapur
jadi no gambar baju raya kedua
baju raya kedua en.mm yang pilihkan
(jadinya sepanjang hari teringat dia jer) :)
raya ketiga saya sempat ke kenduri kahwin kawan se-tarikhlahir dengan saya
nama dia che wan latifah basirah. saudara jauh saya.
emak che wan saudara sebelah ayah, cikgu sekolah rendah saya dulu, CIkgu Tg. Badariah
cantik sangat. muka sama jer macam dulu-dulu.
masa tu juga saya jumpa saudara-saudara jauh yang lain
yang satu sekolah rendah dulu juga
Tg. Farah dan Tg. Elly Malini
raya ketiga baju raya adalah rekaan saya sendiri *ecece perasan sungguh*
saya pakai baju kebaya tahun lepas dan skirt pink tingkat-tingkat
yang akhirnya buat saya rasa macam gemuk jer :p
sepatutnya pakai dengan kebaya nyonya atau kebaya singkat
bila pakai kebaya labuh tu yang nampak gemuk tu. kan?macam biasa bergambar kat kampung cina sekeping dua
kami jumpa satu tempat yang comel
lorong yang ada telephone booth yang klasik
kenapa sebelum ni tak pernah perasan pun?akhir sekali. gambar merdeka raya dari kami :)
di tepi bangun tupperware, Ladang
depan rumah jer
kebetulan pulak ada bendera … :)
habis
apa-apa pun
raya takkan sempurna kalau orang tersayang tak disampingkan?
anggap saja pengorbanan kita kan , en.mm :)
sedih tu memanglah sedih tapi……..senyum saja maa
belum lagi soal siasat dari saudara-mara-makcik-pakcik
sepatutnya saya siap-siap buat skema jawapan
print dalam 20 keping. kalau orang tanya zaapppp nah amik jawapan ada kat sini :pok lah. panjang lebar plak
jemputlaa datang beraya kat rumah eh
rumah sentiasa terbuka…
biskut raya sedap-sedap
soto mummy pun ada (yang ni valid hari sabtu ni jer) :)
k.bye.
note: ada yang dah start puasa 6?
Monday, September 5, 2011
kenangan raya: kampung dalam bata
nama jer Kampung Dalam Bata
bunyi macam kampung jer
tapi hakikatnya, tempatnya betul-betul tengah Bandar Kuala Terengganu
5 minit jalan kaki ke Astaka
10 minit naik beca ke Pasar Payang
memang banyak kenangan
semua cucu-cucu arwah Wan dan Ki ada kenangan masing-masing kat rumah ni
saya sendiri pun banyak :)
kalau baca komen-komen kat atas nih memang boleh buat gelak sorang-sorang
(klik bagi besar sikit)
tapi rumah nih tinggal kenangan dah
dah selamat jual kat orang
sedih…
tapi itu yang terbaik..daripada terbiar jadi sarang orang hisap gam
cik moh (kakak mummy yang paling tua) sampai xleh lalu depan kawasan rumah ni
sedih katanya :(
apa-apa pun
36, Kampung Dalam Bata memang banyak beri kenangan manis
tak kurang kenangan tak manis
tapi semua tu buat kita menjadi siapa kita hari ini
buat kita sedar siapa kita
dari mana kita datang :)
cucu-cucu Wan dan Ki banyak yang dah berjaya
dari professor ke cikgu ke orang kuat jkr sampailah ke suri rumah yang berjaya
semuanya bermula dari rumah ni …. :)
saya ada upload gambar keadaan selepas site cleaning
tapi …. tak payah la upload kat sini
buat sedih jer :)
Selamat Hari Raya semua :)
Wednesday, August 24, 2011
Monday, August 22, 2011
perkara ajaib
Wednesday, August 17, 2011
jalan mudah
Salam
saya bersiaran daripada office tercinta
ramai yang cuti hari nih…semua sakit…
semoga cepat-cepat sihat eh semua
(saya jaga exam sorg-sorg ke?? -–“)
ada baiknya juga kerja time orang lain cutii nih
sebab jalan yang sedia ada jem sangat lengang dan smoooooth jer
*sambil nyanyi lagu smoot criminal*
keluar rumah jam 7. 730 dah sampai office kesayangan.
parking pun tak ada orang amik. :)
semalam saya dah jumpa
satu jalan yang membolehkan saya sampai rumah setengah jam lebih awal
yeay!! *lompat-lompat*
walaupun cuma 30 minit. tapi sangat bermakna
boleh jadi sakit belakang kalau tiap hari mengadap jem
sebab tu sempat pukul gambar dua tiga keping tu
kalau tak…….sabar..sabar…sabariah…
apa-apa pun
Salam Nuzul Quran kepada semua
sama-sama kita hayati sejarah Nuzul Quran itu sendiri
semoga Allah merahmati kita semua.amin.
:)
p/s: sesuatu yang buruk dan menakutkan berlaku petang semalam di kawasan rumah saya. hati-hati eh semua. perompak bukan sahaja yang bermuka perompak. yang bermuka ratu cantik pun boleh jadi. Jangan lupa baca ayat kursi selalu dan ayat: HasbunAllahu wa Ni'mal-wakil (Al-Imran 173 "cukuplah Allah (menjadi pelindung)bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung). macam-macam orang sanggup buat untuk senang dengan jalan mudah. semoga Allah melindungi kita semua. amin.
Tuesday, August 16, 2011
air bergelombang
Salam,
Alhamdulillah dah separuh kita melalui bulan Ramadhan
Cepat betul masa berlalu. atau kita yang terlalu busy sampai tak sedar hari ini dah masuk hari selasa minggu ketiga puasa.
Apa-apa pun semoga semua amalan kita selama ini diterima Allah. amin.
ok.bye. nak download lagu raya jap. :)
Friday, August 12, 2011
setia bersama
Semua yang telah terjadi yang mengajar kita
Perlu diambil ikhtibarnya
Segala yang diimpikan atau diharapkan tak semua
Menjadi nyata
Namun setiap yang sukar ketemunya sinar
Begitulah kebesarannya
Teman yang setia bersama pada waktu duka itulah
Semulia manusia di dunia
Ku ketemu sifat itu didirimu dan
Aku rela berkorban untukmu
Kita berjanji
Walau apa yang kan terjadi
Meneruskan perjuangan ini
Bersama percaya keagungan yang esa
Bersama percayakan kita
Menuju kegemilangan rintangan menghalang
Percaya ku setia
Setia bersama
Seluas alam semesta persoalan kita
Kehidupan dan cabarannya
Setinggi ruang angkasa
Begitulah harapan kita
Abadi, aman dan bahagia
Dalam membuka lembaran baru
Ku perlu tahu kau sentiasa bersamaku
Walau bertubi rintangan kita kan gagahi
Demi mengecap nikmat duniawi
Kuatkan semangatmu
Usahakan sedaya dan berdoa
Esok tiba harinya seribu harapan
Moga dapat keberkatannya
KRU – Setia bersama
Thursday, August 11, 2011
now everyone can eat lomo
cuba la teka apakah gerangan nya ini?
namanya camera cookie hasil tangan manjar
resepinya mungkin biasa-biasa saja
(mengikut perkiraan saya lah hehe)
buat jer butter cookies yang biasa tu
dan hiaslah dengan fondan yang campuran masrhmallow dan gula ising tu
dan tambah sedikit color oren biru atau hitam
dan ukir ikut camera kesukaan
dan..tadaaa !
boleh la kejutkan tetamu di hari raya nanti dengan ke-kreatif-an korg :)
Thursday, August 4, 2011
kenangan puasa
memandangkan tahun ini saya macam tak dapat balik terengganu dan berpuasa kat terengganu
jadi...untuk mengubat rindu kepada makanan kuih-muih terengganu
akok,
jala mas,
kuih bakar mini,
sri kaya,
lompat tikang (betul ke eja?),
ayam golek gong kapas,
roti jala kuah manis
dan semua jenis kuih yang bila beli kat sini, rasanya langsung tak sama
jom sama-sama siap sedia depan laptop
pasang volume kuat-kuat...
dipersembahkan....Jalan-Jalan di Bazar Ramadhan bersama Cik Sapphire dan adik-adik
:)
Wednesday, August 3, 2011
Monday, August 1, 2011
1 Ramadhan
ramadhan datang lagi
semoga kita semua beroleh keberkatan di dalam bulan 1000 bulan ini
jom sama-sama kita berpuasa macam ini ramadhan kita yang terakhir
:)




