Thursday, July 6

raya 2017

selamat hari raya
maaf zahir batin
maafkan salah silap saya
halalkan makan minum
kosong-kosong

sorrylah kalau nak duit raya
datanglah beraya rumah saya

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas

yang ikhlas,
nilam
4 anggerik

hehehe
bila last sekali korang dapat kad raya?
dah lama sangat-sangat dah kan?
rindunya zaman kirim kirim kad raya ni.
masa sekolah rendah kad harga 20sen je. gambar kartun atau gambar kucing comel hehe
masa sekolah menengah gambar tulisan khat. saiz 4 segi. harga pun dah naik. seringgit lebih kot kan?
paling best kalau dapat kad raya dari crush. haha. maksud saya bf (time tu la)
tapi takut juga takut mami tahu ada bf habislah hahaha (tapi mami memang tahu pun..sbb pernah dtg rumah)

ray atahun ni macam mana korang?
harap manis manis belaka
saya macam biasalah..raya pertama kedua ziarah saudara mara..raya  ketiga baru duk rumah tunggu orang datang beraya .. raya ketiga jugalah baju raya adalah apron hhahaha..selebet gilss

apa yang best pasal raya ni sebab dapat jumpa saudara mara yang setahun tak jumpa
(yupss...jumpa setahun sekali je...sbb trg jauh kot..haha..melainkan ada kenduri kahwin tu lain cerita)
dapat jumpa anak-anak speupu yang dah besar panjang..yang dah beranak pinak (saya dah pangkat nenek hahaha nenek yang cantik comel muda remaja hahaha)
kalau jumpa sedara mara yang sebaya boleh la update tudung apa awok pakai
tudung duck ke ariani..ori ke tak ori hahah (huisshhh mesti lah ori..mana boleh tak ori)
kalau jumpa sedara mara yang tgh buat phd jugak boleh update kerisauan dihati hahaha

alhamdulillah diberi peluang lagi utnuk bergembira dengan saudara-mara semua ni
bila teringat balik incident kat genting sepah tu memang sedih dan scary yang amat..
tapi alhamdulillah...ada lah tu hikmat disebalik sesuatu..
Allah tu sebaik baik perancang...alhamdulillah...

ok lah
kalau nak datang raya kat rumah shah alam bagitau k
bagitau awal-awal sikit ..boleh la saya masak pape yang patut hehehe

nak share sikit gambar keluarga besar Hj Abdullah dan Hjh Wan Zainab





SHRMZB!!

4 comments:

dorsett pink said...

Selamat hari raya nilam. Besarnya family nilam. Meriah raya. Mesti best..

Btw, saya dpt lagi kad raya tahun ni. Hihi

llizam said...

SHRMZB !!! Nak p beraya rumah cik nilam blh? hehhehe

sapphire said...

intan,
selamat hari raya intan..saya lama gila dah takdapat kad..sedih tak huhu

sapphire said...

izam,
datang la..jom jom..boleh jumpa face to face.. hehe...nak alamat bgtau k