Thursday, March 27, 2014

Melbourne: Federation Square


Hari pertama saya (saya, En.MM & Umar) di Melbourne ialah selepas 8 Jam di dalam kapal terbang
Tak pernah terbang selama itu

Sampai Melbourne dah pagi
naik bus ke hotel
rehat-rehat kejap
tukar pampers Umar
siap-siap keperluan Umar
dan of we go jalan-jalan sekitar bandar Melbourne

biasanya hari pertama
ialah hari kita akan cuba kenal jalan paling jauh atau paling dekat untuk ke mana-mana
tapi most of the time kita akan jumpa jalan paling jauh
dan menyebabkan kita boleh berjalan kaki sejauh lebih 10km dalam satu hari
kecuali Umar
tapi saya tak kisah…langsung..sebab boleh tengok bandar orang :)

mengikut plan yang dah En.MM buat
hari ni kita ke Federation Square yang mana terletak bersebelahan dengan Flinders Street Railway Station
dan berdepan dengan St. Paul’s Cathedral
(nanti saya cerita pasal Flinders Street Railway Station)

Untuk ke Federation Square yang terletak di Federation Street
dari Market Street (dari Oaks On Market Hotel)
hanya ambil masa dalam 5-10 minit berjalan kaki
tapi disebabkan hari pertama kami macam dok tahu bende
dan macam ok kita follow je google maps (yg biasanya akan bagi jalan terjauh)
menjadikan perjalanan kami ke sana pada hari pertama nak sampai sejam
duk pusing-pusing bangunan hihi :D

Federation Square ni macam tempat berkumpul atau tempat di mana macam-macam acara dilakukan di sini
macam dataran putrajaya atau dataran merdeka atau dataran syahbandar (Terengganu). lebih kurang camtu r
kebetulan masa saya sampai ada acara aerobik dengan instructor yang ‘hot’ macam pelakon telenovela spanish
ramai juga yang turut serta
termasuk Umar hihi


IMG_3953IMG_3257IMG_3258 IMG_3259
IMG_3256IMG_3270

Korang tak perlu risau
sebab kat sini ada ramai tourist guide yang boleh tolong jawab soalan-soalan
kadang-kadang mungkin diorang tahu kita ni bukan dari situ
(sebab dengan peta di tangan, camera besar di bahu, kepala melilau-lilau kiri kanan)
diorang, yang datang tolong kami ialah seorang pakcik tua berbaju merah dan bertopi
dia akan bagi peta bandar Melbourne dan akan terang jalan mana yang senang untuk kita kemana-mana

Lepas ni saya rasa saya cerita beberapa tempat sekali arung ok?
entry kali ni satu je
next will be Flinders Street Station, Street Art, Abbotsford Street dan Fitzroy Gardens
till then, bye bye :)

2 comments:

zakirah said...

bagos boleh di buat rujukan untuk masa depan heheheehe mana tahu ada rezeki nk pg ostolia jugak.

sapphire said...

hihi inshaAllah... :)