Sunday, October 6, 2013

cream puff




first time buat cream puff
selalunya kalau ke pasar seksyen 6, shah alam
selain beli barang basah
saya mesti beli creampuff sedap yang jual kat situ
satu bekas rm5 dalam tu ada lebih kurang 20 biji
sedap. kecik. sedap. memang sekali hadap je boleh habis.

jadi
kita pun nak la jugak try buat
tgk youtube
baca macam macam blog
ada yang telur 3 biji je
ada yang letak susu segar
ada yang ala jepun
macam-macam sampai nak pengsan :p

last last
mummy keluarkan buku resepi yang berumur 30tahun
dan ada resepi creampuff..yeayy!!
tak yah pening pening dah follow resepi mummy je
(sebab biasanya pasti wajib confirm menjadi punya huhu)
cuma resepi mami pakai sukatan lain sikitlah
tapi dont worry
ikut satu satu. pasti berjaya :)

Bahan-bahan
(untuk puffnya)
1 gelas sedang tepung
1 gelas sedang air
1/3 bahagian mentega
2 sudu kecil baking powder
secubit garam
5 biji telur

(untuk cream castard)
3 sudu besar tepung kastard
1 gelas sedang gula kastor
setengah tin susu pekat
1 gelas air

Cara-cara
(puff)
Kacau air, garam dan mentega atas api sehingga mendidih
masukkan tepung+baking powder dan kacau cepat2 sehingga menjadi doh
tutup api. masukkan telur dan kacau sehingga menjadi likat.
masukkan dalam piping bag dan pipe ikut saiz kesukaan.
bakar selama 20 minit, 180C.

(cream kastard)
kacau gula dan air atas api hingga mendidih
masukkan susu pekat dan biar hingga mengelegak
pelahankan api dan masukkan tepung kastard
(yang dibancuh dahulu dengan sedikit air)
kacau hingga menggelegak.
biar sejuk dan isi dalam puff tadi.


siFiapFAP!! hihi

senang sahaja rupanya
ish ish ish
kalau tahu dah lama ambil tempahan :)

kalau ada sesiapa yang berminat boleh la hubungi saya ok.
*serius ni* :)

1 comment:

Anonymous said...

sedapnya sis!!..nt nk tempah kt sis leh:)