15.5.12

jodoh paling pasti

yang patah
yang hilang 
tumbuh berganti


pagi khamis, federal sangat luar biasa jam
arrghh memang menggangu emosi betul
rupanya ada accident
jam sampai sebelum dan selepas tol batu tiga
merangkak-rangkak
sampai nak dekat 830 baru sampai office
*kerajaan please la do something*

dekat traffic light PPUM
mummy call
dalam hati memang tak pernah mummy call seawal macam ni
sebab biasanya mesti busy dengan cik darin
mummy call ajak balik Trg. sekarang!
saya: sekarang..?? dalam fikiran hal apa plak "orang" tu buat sampai serta merta kena balik ni
mula la nak geram-tensen bagai
rupanya cik long dah kritikal...
saya tak pasti cerita sebenar kenapa boleh kritikal.
sebab sebelum ni cik long ok....
tapi yang saya tahu cik long ada kencing manis


belum sempat nak rehat
patah balik ke shah alam
kemas-kemas baju
bungkus muffin chocolate sket
terus bertolak ke Trg
sampai dalam jam 3 petang


memang tak sanggup tengok
wayar sana sini
cik long bergantung sepenuhnya dengan mesin
anak-anak dari KL semua dah balik
ahli keluarga yang lain pun ada sama bacakan yassin
berbisik ke telinga cik long .. kadang-kadang cik long bagi respon
cuma anak yang bekerja di London tak sempat jumpa......


*terbayangkan diri sendiri di tempat cik long*


cik long selamat kembali pada 830 malam Jumaat
selamat dikebumikan pagi Jumaat yang berkat
di sebelah kubur arwah ayah long, ki dan wan

sangat cepat dan segera

semoga cik long bahagia di sana
dan ditempatkan bersama-sama mereka yang diredhai
amin.
Al-fatihah....

1 comment:

deena awanis said...

innalillah..takziah to kak nilam n family..