Sunday, October 9

Kaseh-Suka

‎"Kaseh" tak pernah curang, kerana sifatnya memang memilih,
kepada rasa yang mana paling Nikmat bahaginya..
jaminan itu adalah untuk anda aman Hidup ber Hati-Hati.


pengkhianat itu adalah "Orang",
yang merempat dalam mengagih,
didalam berusaha mencari siapa yang terbaik dari antara..
agar gian dalam menagih itu menemui jalan kembali.


tiada akan wujud Kaseh tanpa Korban dihujungnya.
ambe ulang, TIDAK AKAN ADA.
kalau banyak bersungut pada orang ramai kerana Kekaseh-mu,
itu bukanlah kaseh,
bukanlah sayang..
namun sekadar SUKA.

by:Ku Bad

---------------------------------------------------------------------------------------------

hujung minggu yang panjang
(padahal tiap-tiap minggu pun 2 hari jer hujung minggunya)
entah kenapa hujung minggu kali ni rasa macam panjang plak… :)

senarai apa yang saya buat hujung minggu ni: (.__.)

 DSCN4715
hari sabtu saya ke BigBadWolf. oh seperti dibajiri ribu-ribu lemon buku
dibanjiri manusia pun yer jugak. ramai betul org borong buku
siap bawak bag balik kampung… :)
saya cuma beli 3 buku. 2 buku masak masak, 1 novel
DSCN4741
dah ada master of science. nak jugak ada master of cooking :p
dan dah jumpa resepi senang untuk di-try :)

DSCN4722
pagi tadi selepas kemas bilik tukar selimut baru saya makan macam dalam gambar
hajatnya nak buat telur separuh masak
tapi biasalah saya-budak-baru-belajar selalu jer tak menjadi
maka jadilah telur sikit jer lagi nak jadi telur rebus ..haaa macam mana tu?
tapi kalau tambah lada hitam & kicap sedap menjilat jari jugak :p

DSCN4726
pastu ke pasar tani kat stadium shah alam. pastu jalan jalan.pastu panas. pastu dahaga. pastu batuk batuk. pastu beli ice blended satu…yumss…lama dah tak minum air sejuk. asyik air panas jer boring gak. pastu balik. pastu makan tengahari.
120809
pastu three. bye. :)

3 comments:

Mz Aisya said...

hahah teddy bear yg last tu ape pesen lak. :p hhehe cute!!

Aishah Nur Hakim said...

cik nilam! teringin nak tengok buku resepi mummy yang kat entry bawah ni..

patutlah awak adik beradik rajen masak2 oh!

:)


.aishah tak pergi pun lagi big bad wolf :(

sapphire said...

oh dua aishah komen :)

aisyah: tu gambar lama... teddy en.mm yg kasik masa zaman bercintan dulu2 :)

aishah conteng: boleh...dtg la rumah...mummy ada 2 buku koleksi resepi....

bigbadwolf tu...byk betul buku..buku kanak2 banyak sgt aishah..boleh la aishah belikan utk anak2 kat taska... :)