Thursday, September 29

MSc.

hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba
bagai tiada hari lain yang lagi besar dan bermakna
hari perkahwinan pun tak seteruja ini
eh. tak tak. masa kahwin teruja juga. :)

tapi.
apa yang saya rasa rupanya bukan saya sahaja yang rasa.
hmm. kawan lab saya cik comcam pun sama.
(sampai sekarang saya tak tahu apa maksud comcam.. )
perasaannya macam ……….
mungkin sebab tunggu terlalu lama sampai basi dah berkulat?
cuma gagahkan juga berpanas-menempuh manusia sardin untuk bergambar
semata nak jadikan kenangan betapa usaha keras selama ni dah berbayar :)

apa yang best masa graduasi tu dapat jumpa kawan-kawan lama
yang dah lama terpisah (ecececece) lepas masing-masing habis kerja lab
saya dapat jumpa labmate Ija yang sekarang juga kerja sebagai pensyarah
jumpa baiti, amalina, umi, anis, ding…
cuma tak sempat nak borak lama. update perkembangan sikit-sikit je
saya jumpa Fafa, junior masa Kolej Ibu Zain dulu
dia sekarang dah sambung phd kat UPM. oh sungguh jealous.
bila pulak lah time saya nak sambung jugak.
lagi ada beberapa orang yang saya lupa nama dia. hikss. maafin. :)

DSCN4514
DSCN4484DSCN4502DSCN4523
sehari sebelum tu en.mm ……… pandai tau.
suka buat saya terharu sedih sedih melayan emosi sorang sorang
en.mm hantarkan saya sejambak bunga-bungaan kesukaan saya. oh.
sebagai ganti tak dapat join graduasi saya. oh oh.
dengan note yang sangatlah mengganggu emosi yang sedia ada terganggu.
orang kata “takpe…nanti dia balik claim la hadiah banyak banyak”
bukan hadiah yang saya mahukan. saya cuma mahukan keberadaan dia di hari penting saya.
ada bezakan? :)

page
apa-apa pun. saya sangat sangat hargainya en.mm kusayang. rindu tau. baliklah cepat.


jadi.
tu je lah.
tahniah kepada semua yang berjaya habiskan study.
tahniah juga kepada semua yang berjaya sambung study.
doakan saya pun dapat sambung lagi eh.
amin. :)

xoxo

4 comments:

azri said...

As salam..Tahniah.

sapphire said...

thanks Azri :)

anish said...

congrats nielam... sori aritu tak sempat (tak jumpa) nak ambil gambar sama2... dah lapo sgt masing2 kebulur keluar dewan lambat.. huhu.. anyways.. congrats :)

sapphire said...

sorry gak anish.... plus entah kenapa ramai gila manusia...tensen gila pastu terus balik haha

congrats to you too! :)