Thursday, July 5, 2018

tak ada rasa

dengan berita yang sedihkita semua dengar hari ni
Al fatihah untuk baby adam.
saya rasa jangan dikecam mana-mana pihak
kecuali pihak yg kononnya pengasuh tu. pengasuh taik kucing.
yang tak ada hati perut. yang kejam tak ada belas kasihan.
dalam pada buat laporan budak tu hilang (rupanya tak)
kau boleh buat iklan nak mengasuh anak orang lain???
kepala otak letak kat mana??? tapak kaki?
Astarfiruallahalazim........

jangan dikecam ibu-ibu yang menghantar anak-anak ke taska atau pengasuh
jangan dikecam ibu-ibu yang bekerja dan sanggup hantar anak untuk dijaga
sebab saya rasa itu sahaja pilihan yang ada
kerja tetap kena kerja. nak menyara hidup bukan senang
bersyukurlah kalau ibu-ibu yang tak perlu bekerja dan dapat jaga anak2 24/7.
itu semua rezeki masing-masing

Alhamdulillah rezeki saya bila mami saya nak tolong jagakan cucu-cucunya
bukanlah saya taknak hantar ke pengasuh atau taska.
saya memang nak. tapi mami tak kasik. kecik lagi. (Hud terutamanya)
anak-anak2 yg lain memang saya hantar ke school yg siap ada daycare petangnya
jauh disudut hati.
saya terasa sangat bila ada yang berkata-kata dengan nada gurau "taska tokma" "nursery tokma"
kau orang rasa kelakar ke..??
semua tu rezeki masing-masing
bila mami nk jaga cucu. tak bermakna saya boleh bersuka ria diluar dan biarkan mami jaga anak2
balik kerja. terus ambik anak-anak.takdennya nak biarkan mami jaga sedangkan kita gi tgk wayang

rezeki masing-masing
Alhamdulillah.....

semoga Allah memberikan ketabahan kepada ibu dan ayah arwah baby adam
saya percaya segala dugaan yang datang, pasti ada hikmah disebaliknya



1 comment:

dorsett pink said...

takziah buat keluarga adam