Tuesday, September 5

chocolate chips cookies

kalau pergi beraya biskut yang selalu saya aim ialah biskut klasik dulu2
takde dulu2 sangat la..contohnya macam biskut cornflakes, biskut sarang semut, tart nenas, suji ke
dan saya tak minat sangat biskut2 moden mcm almond london (walaupun saya gila dengan london)
atau biskut berperisa durian ke (fuuhhh pls dong) atau yang pelik2 dan colour yg terang benderang
saya rela minum air je atau pun makan kerepek hehehe (memilih sangat hang ni)

memandangkan raya haji kali ni sibuk dengan hal2 kereta yang dah hampir siap
berulang alik bentong KL KL bentong jadinya macam tak beraya sangat
jadinya ahad lepas saya try bake chocolate chips cookies
resepi saya ambil daripada baker yang tak lokek ilmu share resepi dan tips yang berguna
baker ini ialah @nanajerkk . boleh check her twitter acc. ada macam2 resepi
termasuklah the famoust brownies kedut. since saya dah merajuk dengan brownies
asyik taknak kedut je. saya pun try resepi lainlah. 

so ini resepi choc chips cookies yang super sedap dan pasti menjadi
sesuai untuk young baker yang baru nak berjinak2 bermain dengan oven hehe (saya lah tu)

Bahan-bahan:
100g tepung gandum
100g butter
25g brown sugar
60g chip chocolate
30g nuts (almond/walnut)
1/2 tsp esen vanilla

Cara-cara:
pukul butter dan brown sugar sampai kembang
guna mixer atau pukul dengan tangan je 
(pukul jangan sampai kembang sangat sebab nanti bila bakar biskut kembang setaman plak)
kemudian masukkan esen vanilla dan gaul rata
masukkan tepung gandum dan chip chocolate dan nuts

pastikan panaskan oven pada suhu 180 selama 10-15 minit sebelum membakar
loyang tak perlu sapu butter
bakar cookies selama 10-20 minit pada suhu 150 (bergantung kepada oven masing-masing)
nanti boleh check based cookies, kalau dah brown maknanya dah masak la tu
dan siaplah!


selamat mencuba!!

No comments: