Monday, August 7

adil dan saksama

semalam lunch kat pelita je
sebab en.MM ada marathon kat semenyih
dan saya n anak-anak breakfast lambat
dah nak pukul 10 baru cari makanan
(maklumlah weekend..semua bergelimpangan depan tv hehe)
jadinya lunch kat pelita je...
pastu saya dan fatimah pergi kedai News sebelah pelita tu
sebab fatimah cakap nak roti dan air kotak..
ok la..jom laa...
so beli la air kotak dua...satu untuk fatimah satu untuk abang umar katanya
(roti tak jadi...)
kat kaunter ada Mamee rm1 untuk dua..so saya ambil la dua
sebab fikir mesti umar suka ni..tapi kena beli dua takut nanti berebut plak

ok la..

saya pun balik ke meja
tengok lauk nasi kandar
amik lauk biasa ayam goreng, sayur, telur masin, kuah campur
umar fatimah minum air kotak
pastu umar nampak mamee tu dalam handbag saya
tiba-tiba dia berbisik

"mummy marah tak masa fatimah nak beli mamee monster tu tadi kat kedai?"

like....ya Allah...apa dah saya buat selama ni?
hmm.....

selalunya saya tak beli sangat benda2 mengarut ni
kadang-kadang je pun..sebulan sekali je ke
memang la saya pergi kedai runcit yang ada macam2 jenis jajan
pastu kat kedai macam2 jenis air superhero ada
tapi saya takkan beli setiap hari..sekali sekala ok la kan..
kadnag2 saya memang ada larang umar beli..saya cakap pilih yang lain
macam roti ke...kalau umar nak air superhero pun camtu
saya cakap pilih air lain..air milo ke ..air susu..
(sebab air2 superhero ni manis gila kot..pastu nanti batuk..)

dengan fatimah..saya jarang sangat pergi ke kedai dengan dia
mungkin juga sebab dia tak sekolah lagi..
umar sebab pagi2 dia nak roti la ..nak air kotak la ..
kalau tak beli nanti dia cakap "nanti kalau umar lapar kat school canne?"
dah kita pulak rasa bersalah
(umar sejenis makan memilih...kadang2 makanan kat schoool tak makan pun)

balik kepada cerita mamee monster tadi
saya pun cakap kat umar...
mami beli untuk umar & fatimah..
fatimah tak nak pun tadi..mami yang beli sebab umar mesti suka kan
umar pun balas "aah..umar suka..umar suka yang color green"
(yang perisa ayam tu..tapi saya tak buka pun perencah dia )

susahnya jadi mak ayah ni kan
nak kena bagi semua benda sama rata
adil dan saksama..nanti dipersoal plak
kenapa mami tak marah fatimah
kenapa mami tak marah umar
bla bla bla..
ni baru 5 tahun
dah masuk 15 tahun nanti canne la plak ayatnya...


No comments: