12.6.15

episode 1 & 2

jumaat lepas pagi-pagi lagi dah call satu agensi ni dengan harapan tiada lagi harapan palsu
petang tu dapat call saya dapat jumpa pengarah bahagian dan sekaligus ambil data yang saya nak
(walaupun bukan data yang sebenarnya saya nak)
lompat bintang lah saya kat situ (lompat dalam hati)
nanti kalau betul2 dapat data yang saya nak fuhhhh memang tak tahulah apa jadi hehe
jadi jumaat tu saya balik awal dan lunch kat rumah mummy
tengah syok makan nasi lauk ikang singgang dan sambal belacan dengan hati gumbira nak dapat data,
tiba-tiba mummy bagitahu yang ahad mummy nak balik terengganu sampai selasa
dalam hati “SAMPAI SELASA??!! HABIS FATIMAH NAK TINGGAL KAT SAPE??!”
terus gelap gulita dan mati selera nak sambung makan nasi

entah berapa kali saya ulang “alaaaa fatimah nok duduk dengang sape kekgi”
banyaaaaaaakkkkk kali…
dalam kepala adoiii laaaa canne ni
meeting dengan pengarah tu hari isnin dan sememangnya tak boleh nak cancel atau tukar ke hari lain atau apa-apa je lahhhhhh……nak nangis..nak marah…macam-macam dah….
seharian saya duk fikir….canne ni….canne ni…canne ni….

antara cadangan dalam kepala:
hantar ke taska lama umar dulu….nanti whatsapp syira atau pun sms cikgu ita terus kot kot boleh tak tumpang sehari
candangan kedua:
tumpang kat office cikmie kejap…tapi boss cikmie tak marah ke?? buatnya ada meeting canne?
cadangan ni…………………….simpan dulu
mummy cadangkan:
hantar kat rumah kak siti, taska adam dulu…
dengan cepat saya tolak mentah-mentah….huuuu saya tak suka…thanks no thanks…
cadangan paling kesian dan sebab tak ada cadangan lain yang paling bagus:
fatimah ikut je saya meeting dan ambil data…lantaklah orang nak cakap apa…
ok!!! selesai masalah…fatimah ikut gi meeting!!!!

jumaat malam……fikir-fikir-fikir lagi sampai pengsan
sabtu……….takde cara lain dah….memang nampaknya fatimah kena ikut gi meeting
#menangisbawahmeja

dan hari ahad pun tiba
cikmi yang baru balik honeymoon whatsapp boleh tolong jagakan fatimah hari isnin tu
tapi cuma sampai pukul 1…sebab cikmie ambil cuti separuh hari…..
dapat whatsapp tu………………………Ya Allah……leganya saya…taktau nak cakap canne
thank you cikmi!!!!! *lompat bintang*

hari isnin pukul 9 dah kat office agensi dan meeting jap dengan pengarah dan kena fotostat dokumen yg saya nak……..kalaulah saya bawa fatimah sekali hari tu….taktau lah canne keadaannya…..
kesian kat fatimah
#menangisbawahmeja

sekian drama spektra.


drama ni mengingatkan saya masa mummy nak ke UK melawat adik yang baru bersalin kat sana
masa tu…..Ya Allah hanya tuhan saja yang tahu perasaan dan keadaan saya masa tu
sebabnya Plan A tiba-tiba tak jadi…dan saya takde Plan B langsung untuk ke mana saya letak Umar bila saya kerja……….memang adoiiii laaaaaaaaaaaaaaaa…menangis saya sepanjang perjalanan….*tak tipu*
akhirnya….umar dijaga maid yang baru kerja dengan mummy sebulan
macam mana saya nak percaya dengan orang yang baru kenal…orang luar pula tu…
masa tu redha sangat-sangat…memang takde jalan lain dah…
ada terfikir nak pasang cctv lah…tapi duit takde hahahahha
tapi….Alhamdulillah…..Allah jaga Umar…..dan mummy pun balik uk sambung jaga Umar……selesai masalah…..


sekian drama identiti.


jumpa lagi dilain hari. bila saya rajin tulis dan letak gambar hehe
bye.

No comments: