Tuesday, May 19, 2015

puding gula terlebih hangus

selalunya
kalau saya masak
saya akan guna segala dapur yang ada
kalau ada 4 kat wet kitchen keempat-empat itu lah yang guna
kalau ada tambah lagi dua di dry kitchen. yang dua tu pun akan saya guna
sebabnya kita mestilah pantas dan cepat sebelum si askar-askar menangis minta perhatian
terutamanya Mek Fatimah kita tu
sekarang terpaksa saya pasang video ABC kegemaran Fatimah kat tv
dan dia akan ralit tengok video tu sampailah habis
(thank God to whom yang buat video ABC tu hehe)


jadinya satu hari teka ni teringin sangat nak makan puding
apa-apa puding asalkan senang dan bahan memang dah tersedia ada kat dapur
jadinya google punya google puding karamel yang jadi pilihan


masa tu petang baru balik daripada UM
Fatimah masih ralit dengan ABC dia
jadi dengan cepatnya saya ke dapur sediakan apa yang patut untuk puding karamel

dengan kuasa dua dapur yang ada di wet kitchen
satu saya panaskan air dalam pengukus
satu lagi saya panaskan gula untuk dijadikan karamel
sambil-sambil tu saya sediakan bahan-bahan untuk pudingnya
sambil-sambil tu ada juga saya tengok tengok gula supaya jangan hangus sangat
(dalam hati alah lambat lagi ni..kita kacau adunan puding dululah)

kacau punya kacau sebab nak hancurkan kuning telur
tapis adunan
sekali…….hmmmm…….gula karamel tadi macam dah hangus
hampeh sungguh…..tapi sebab dah malas kihkihkih saya guna juga gula tu
(dahlah terperecik kat tangan sikit….terus naik hot hishhh)

lepas 45 minit kukus..siap
biar sejuk
dan rasa…
sungguh…………………………kecewa kali 100juta >__<

dalam hati
nanti kalau menjadi nak display cantik-cantik
bolehlah upload kat instagram
tapi…hampeh…..
bak kata en.MM
”kalau sedap bagitau kawan…kalau tak sedap senyap-senyap dah lah” hampeh mungg

tp saya share jugalah resepi puding karamel saya yang terlebih hangus tu
sebab mudah sangat
bahan-bahan pun simple
thanks to HanaMemories untuk resepi ni

Bahan-bahan

  • 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
  • satu tin susu cair (400ml)
  • 150ml air biasa
  • 4 sudu besar gula
  • 1sk esen vanilla

Karamel:

  • 5 sb gula
  • 2 sb air

Cara-cara

  • Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
  • Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
  • Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
  • Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.

nanti kalau ada duit lebih nak beli cake stand satu
barulah ada fefeeling macam the kitchen gurdian kan kihkihkih
presentation itu penting…

large
xoxo

2 comments:

sue sue said...

Baru buat minggu lepas...tapi orang rumah tak berapa minat...beliau lebih prefer cookies...huhuhu

saye niza said...

bulan lepas ada buat, dah lama sangat tak buat, first time buat untuk suami. Alhamdulillah suami suka hihi, tapi keropok ikan tetap number one hiks