13.11.14

60hari

dan cuti dua bulan telah melabuhkan tirainya 9hb yang lepas
dan dengan itu marilah kita membuka buku sekolah
dan menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh
termasuklah meng-update blog kihkihkih

sebenarnya tengah tunggu supervisor kejap ni
sambil-sambil tu kita update dulu lah apa yang patut kat sini yer

kejap je dah dua bulan kan
masa mula-mula menghitung hari
nak menghabiskan 2 bulan ni
punyalah lambatnya
tapi sekarang bila dah habis…..aikkk cepat pulak rasanya

Fatimah pun dah dua bulan
berat pun dah naik
muka pun dan bulat
tangan kaki pun dah ada ciri-ciri nak jadi ketulan pau kacang :)

IMG_9905

Fakta mengenai cik Fatimah kita sepanjang dua bulan:

  1. berat terkini 4.2kg
  2. paling tak suka dibedung…tapi kalau tidur akan paling nyenyak kalau dibedung
  3. minum susu 3oz setiap sejam
  4. tak boleh lambat sikit bagi susu mula laa nak meraung
  5. dah mula nak mengiringkan badan
  6. dah pandai mengagah dan kadang-kadang macam nak bercakap pun ada
  7. jadual tidur malam: akan bangun pukul 2 dan 5 pagi untuk susu
  8. kalau siang boleh tidur dengan nyenyak walau bising canne sekali pun…
  9. kalau tidur malam mesti senyaaaaaaap sunyiiiiiiii…kalau tak cepat je terjaga
  10. paling tak suka mandi air sejuk…paling suka mandi air suam suam panas

IMG_9929

tak kisahlah macam mana sekali pun bentuk ragamnya
awak tetap pojaan hati ku cik Fatimah
pojaan hati abang Umar dan aboh juga :)

semoga Allah permudahkan saya besarkan Umar dan Fatimah
amin amin…

untuk entry seterusnya
saya akan cerita dari mula sampai akhir kisah melahirkan cik Fatimah kita ni yer
sesuatu pencapaian yang patut disimpan kat sini
untuk bacaan Fatimah bila dah besar nanti
untuk peringatan kepada en.MM yang saya patut dapat iphone 6
untuk kenang-kenangan diri-sendiri :)

ok
sampai jumpa lagi
baibai

No comments: