Tuesday, January 21, 2014

HPNY

bila kali terakhir blog ni di-update?
hmm..
7 November 2013
sekarang dah masuk pertengahan Januari 2014
zaman blog dah berlalu ke?
atau saya yang dah jarang sangat mengadap laptop?
yups memang sangat jarang dah mengadap laptop
maklumlah dah tak kerja
hanya akan mengadap bila kena siapkan proposal atau baca journal
nak menulis blog dari iphone memang tak best
satu sebab susah nak upload gambar
nak edit tulisan jadi kecik besor ke..nak tulis ke kiri ke kanan pun tak boleh
tak best tak best tak best :p


oh En.MM dah balik
cuti 3 bulan
kejap je dah sebulan balik
En.MM bali sehari selepas Mummy ke UK
yups. mummy ke UK lagi. sebab adik bersalin lagi. anak kedua
InsyaAllah akan balik Malaysia hujung bulan 2 nanti
bila En.MM balik. maknanya masa untuk berjalan-jalan la hehe
kalau tak memang terperap je la kat rumah :p


dan saya akan start study bulan 2 nanti
debor debor hihi
dan menurut supervisor saya
tahun 2014 akan jadi busy busy 
sebab kena siapkan chapter 1, chapter 2
3 tahun bukan lama. kejap je tu.
besar harapan dia untuk saya siapkan thesis dalam masa yg ditetapkan ni.
besar lagi lah harapan saya. besar besar kali 100 juta. 
nak cepat cepat habis dan cari kerja
tak best la tak kerja ni. tak dapat pegang duit sendiri hihi
doakan saya k. 



Umar?
semalam umar check up
dan nurse tu tanya sama ada umar dah boleh cakap
paling kurang 3 patah perkataan
contohnya "Mummy, nak susu"
saya pun macam pelik...
budak setahun setengah memang dah boleh cakap sebanyak tu ke?
hmmm. budak budak lain saya tak tahu. tapi umar dan sepupu2nya time ni memang takleh cakap
tapi umar faham bila kita cakap dengannya
bila kita suruh amik barang ke. dia faham.
plus umar cakap dalam bahasa dia je sekarang
bukannya saya tak borak borak dengan dia
tiap tiap hari
entah la. takpe umar. just take your time :)


dan bagi yang belum tahu
saya ada buka instashop di Instagram
saya jual tudung yang cantik-cantik khas untuk semua
dan signature shawl saya ialah RainDrops Shawl :)
harga pun murah-murah je
kalau tak percaya boleh buat perbandingan dengan instashop lain hihi
setakat ni Alhamdulillah. setiap hari ada je order. Alhamdulillah.
rezeki Umar lah katakan hihi.
kalau nak cari shawl, halfmoon shawl, wide shawl, cotton shawl, chiffon shawl
jemputlah ke @fairytalescarf :)


ok.
nak cerita apa lagi?
tak ada dah kot
nanti kalau berkesempatan saya update lagi ok.. :)


1 comment:

Tengkubutang said...

owner blog ni sweet sangat2.. natural beauty..

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 169
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/