Tuesday, September 6, 2011

lebaran ini

terlalu banyak gambar yang cantik *ecece* untuk dikongsi dengan kalian
tapi. kalau banyak gambar tulisannya sikit saja. baik buat account flickr je terus :)
yer dop? hee

jadi. inilah sikit-sikit gambar raya saya………

3
menu wajib di Hari Raya seluruh keluarga Hjjh Wan Zainab mestilah Kek Lapis Rempah ala mummy
pergi la mana-mana pun mesti ada kek ni
tapi saya kurang minat campuran kek dan rempah ni.
saya lebih suka kek lapis mocha
sungguh kena dengan tekak saya :)

menu lain macam biasalah: sate, nasi minyak, nasi beriayani, lodeh cik moh, biskut raya
yang saya makan cuma sate beberapa batang, lodeh cik moh sepinggan
dan biskut raya yang terpilih sahaja iaitu yg ada cornflakes sahaja
yg lain?sorry. boring. :)

saya perasan, kalau sebelah barat suka sangat dengan rendangkan?
tak raya pun makan rendang. sama ada dengan nasi atau ..makan dengan apa lagi?
kalau sebelah timur, rendang ni macam perkara rare la kot.
macam keluarga saya makan ketupat palas dengan sambal daging (serunding)
lemang pun makan dengan sambal…

2raya pertama temanya ialah baju gunasemulatapimestilahmasihcantik. :)
memandangkan baju time kenduri saya dulu masih elok. kenapa mesti nak pakai sekali sahajakan
jadi kita gunasemula. cuma saya jer baju baru. (takkan nak pakai baju nikah yang meriah tu plakkan?)
dan kali pertama raya tak cukup ahli. kakak saya beraya di kampung Penang tahun ni.
tapi raya kedua balik raya kat Trg plak.
lain sikitlah jadinya. sebab biasanya rumah bising dengan suara dia jer. :p


raya kedua menu baru keluarga Cik Nah : soto :)
owh. terbayang-bayang lagi kepedasan sambal kicap mummy.
biasanya raya kedua mummy akan buat nasi dagang
tapi raya pertama rumah yang lain ada yang dah buat nasi dagang
takut orang datang muak dah tgk nasi dagang.
penyelesaianya ialah buat lain sikit tahun ni.
rugi siapa yang tak datang open house saya sabtu ni *eh..?*

raya kedua raya paling sibuk macam bibik
sebab banyak masa duk basuh pinggan kat dapur
jadi no gambar baju raya kedua
baju raya kedua en.mm yang pilihkan
(jadinya sepanjang hari teringat dia jer) :)

4
raya ketiga saya sempat ke kenduri kahwin kawan se-tarikhlahir dengan saya
nama dia che wan latifah basirah. saudara jauh saya.
emak che wan saudara sebelah ayah, cikgu sekolah rendah saya dulu, CIkgu Tg. Badariah
cantik sangat. muka sama jer macam dulu-dulu.
masa tu juga saya jumpa saudara-saudara jauh yang lain
yang satu sekolah rendah dulu juga
Tg. Farah dan Tg. Elly Malini

 DSCN0044raya ketiga baju raya adalah rekaan saya sendiri *ecece perasan sungguh*
saya pakai baju kebaya tahun lepas dan skirt pink tingkat-tingkat
yang akhirnya buat saya rasa macam gemuk jer :p
sepatutnya pakai dengan kebaya nyonya atau kebaya singkat
bila pakai kebaya labuh tu yang nampak gemuk tu. kan?

1macam biasa bergambar kat kampung cina sekeping dua 
kami jumpa satu tempat yang comel
lorong yang ada telephone booth yang klasik
kenapa sebelum ni tak pernah perasan pun?

5akhir sekali. gambar merdeka raya dari kami :)
di tepi bangun tupperware, Ladang
depan rumah jer
kebetulan pulak ada bendera … :)


habis



apa-apa pun
raya takkan sempurna kalau orang tersayang tak disampingkan?
anggap saja pengorbanan kita kan , en.mm :)
sedih tu memanglah sedih tapi……..senyum saja maa
belum lagi soal siasat dari saudara-mara-makcik-pakcik
sepatutnya saya siap-siap buat skema jawapan
print dalam 20 keping. kalau orang tanya zaapppp nah amik jawapan ada kat sini :p


ok lah. panjang lebar plak
jemputlaa datang beraya kat rumah eh
rumah sentiasa terbuka…
biskut raya sedap-sedap
soto mummy pun ada (yang ni valid hari sabtu ni jer) :)

k.bye.


note: ada yang dah start puasa 6?

4 comments:

Dina Zakaria said...

nak gi raya tapi kak nilam buat pavlova buleh??

Hazrin said...

damn...sy gi je kenduri effa door gift abis, buleh cokelat je dua bungkus nge azroul...lambat ngat

Anonymous said...

kamu sgt cantik puan nilam.. plg cantik dlm keluarga kamu.

jgn marah..pujian ikhlas ni.

sapphire said...

deena: boleh.... :)

hazrin: eh kekgi saya buat open house mari eh :)

anon: thanks :)