Monday, May 23

hati dan mata

 

ini mungkin entry terakhir pasal hal kahwin2 nih. tak nak cerita-cerita lagi. buat semua orang naik geli jer. kan..? :) [mummy dah cakap dah, dop baik buruk sangka..hish dia nih..]

ok. mari kita bercakap pasal favor. door gift. cenderahati. cenderamata.

awal-awal lagi saya dah cakap, saya nak sesuatu yang boleh diguna orang. bukan sesuatu yang hanya boleh dibuat hiasan di rak , di cabinet dapur di rak tv yang paling kurang setahun. bila nak raya semua tu berhabuk dan rasa mcm dah tak berguna maka tempatnya di mana lagi kalau bukan di tong. :) owh tidak-tidak. itu satu pembaziran. :) dop baik bazer tahu dop :)

jadi cadangan saya ialah mug atau makanan. dan mengikut hasil pembacaan di blog-blog kahwin. mana lagi nak cari yang harga berpatutuan kalau bukan di nilai. kan..?

jadi , saya dan mummy dan bigboss ke nilai yang panas itu. dan beli lebih kurang 500 biji. harga cuma rm1. :) tambah dengan bag pun rm1. jadi jumlah..? :)

DSCN7940tengok lah gaya bigboss kita tu.. :p

mug tu untuk majlis bersanding. dan untuk vvip saya bagi tempat letak tisu. yang ala2 vintage. yang tu dalam 50 biji. dan dibalut dengan uncang. vvip termasuklah keluarga en.mm dan kerabat2 ku dan kawan2 rapat mummy. saya lupa nak amik gambar bekas tisu tu. :D

yang ada cuma mug yang dah dimasuk dalam bag kecik.

DSCN8028

untuk kanak-kanak plak. saya beli chinese take out box dan sumbat dengan makanan yang boleh rosakkan gigi. :) ala sekali-sekala xpe. take out box saya beli kat fabulous floral  . beli yang kosong. pastu ikat sendiri dengan ribbon. dan hasil akhirnya……comel tak..? :D

DSCN8018 DSCN8025 sape yang dapat ribbon gold tu memang bertuah. sebab semuanya double kt dalam. :) [sebenarnya ribbon tu dah abes kt kedai jadi ganti ngn pink atas permintaan ramai] :)

dan isi dalamnya…

DSCN8023

ada nips (saya terlupa cloud9 kalau tak lagi best kan), gula2 asam, sugus, mentos & bubble :) [semuanya kesukaan saya masa kecik-kecik dulu] :) memang laku habes la favor nih…. suka saya tgk budak2 main ngn bubble tu :)

pastu apa lagi eh….?

owh favor untuk majlis akad nikah , mummy beli pembalut kotak tisu kt beijing hari tu. rm1 jer kot satu. murah. cantik plak.  suka suka :)

DSCN8087

jadi..itu jer lah pasal big day saya (30 april & 1 may 2011).

harap sikit sebanyak dapat bagi idea kat bakal pengantin. ececece…

satu jer soalan, masa pak andam tgh make up kan saya kan, adam tgk saya pastu nangis. nangis yang beriya nih. mcm sedih betul. kenapakah ?

dan untuk cik deena, gambar penuh dress ala2 cik CT wan kembang payung deena tgk kt FB eh..dah upload semua dah :) [segan lak nk upload kt sini……:)]

 

BYE! :)

 

 

note: bagi mummy cuti 2tahun r sebelum sape2 nak kahwin plak lepas nih eh…lenguh doh mummy… :D~~~

3 comments:

deena awanis said...

kak nilam, dah tengok dah gambar gaun kembang cik CT..Nak pinjam gi annual dinner boleh??hihihi

sapphire said...

boley...sbb kita kawan kan...akk bagi murah r..satu mlm 200 eh.. :p

intan azuzarina said...

chanteekkkkkkk =))