Tuesday, November 27, 2018

hmm

dia kata saya ni terlalubergantung kepada orang lain
sampaikan paper pun nak kena mintak orang lain tuliskan
hmm...
ceritanya
paper tu memang bukan paper saya
saya didatangi oleh seseorang ni untuk colaborate dengan saya
so saya kata takpe..ok..dia buat analisis dan saya tulis
nama saya sebagai first author..
dan sampai sekarang paper tu asyik kena reject
saya tak pasti kenapa...
sv pun macam dah give up
saya ni lagi lah...dah berapa juta kali dah edit edit edit edit
hari ni...dikatakan terlalu bergantung kepada orang lain.
sampaikan paper pun nak kena mintak orang lain tuliskan
hmm
tak tahu nak kata apa
semua tak betul

Thursday, August 9, 2018

short

for the first time in forever
there'll be magic..there'll be fun......

nope..nope...enough with frozen already
atleastonce a week i had to watch frozen for like 100000000 times
fatimah and forzen berpisah tiada

actually just wanna share with you guys
the once in a blur moon good news hehehhe
my husband just gave a green light for me have a short vacay next month
me alone..wohooooooo....
ok might bring umar or fatimah...
but yeahhh...finally...hehhehe

ok bye
next update soon :) 

Thursday, August 2, 2018

lion

saya baru tengok filem Lion
pasal budak kecik ni yang sesat jauh dari keluarga
budak ni dari keluarga susah
kesiannya laaa....tak boleh tahan...
asyik nak menangis je tengok...
teringat kat umar, fatimah hud...
sampai situ je...
kena sambung buat kerja jap..
ada meeting plak hari ni..

Wednesday, August 1, 2018

itu ini

dengan bermacam-macam berita yang menakutkan sekarang
tengok pulak drama Kami
fuhhh
ya Allah...semoga kita semua dilindungi
lindungilah anak-anak ku..walau dimana mereka berada.
amin..amin..





btw,
umar dah confirm dapat masuk sekolah yang dimohon hari tu
sekolah kebangsaan
(how i wish i have duit yg tak habis
dan boleh masukkan umar ke international school
ntah...kenapa ntah)
 

Monday, July 30, 2018

finally

finally submitted my paper today
after months of editing phase
now i kinda get a silent treatment from my co-author LOL
finally i got my esh..Alhamdulillah...
and one word to our new goverment and new ministry of education
please...please....never ever cut education budget...just cut all unnecessary ministry alaunce...
please..please..announce mybrain interview result ASAP. and just dont give false hope..please
jangan kejam please...ramai yang duk menunggu
(cakap dalam bahasa sendiri baru best nak membawang hahahha)

 ok lah. sayonara :)

Tuesday, July 24, 2018

bigbig sigh

some day you just wanna isolate from everyone
just you..doing your job (in my case of course my thesis duhh)
without getting any distraction from others
your friends
your colleagues
even your sv(s)
so today or maybe this one whole week
i will be working from home
finish up my "satu kerja pun tak siap" T_T
sigh....
Ya Allah....I just hoping for the best
hope to be able to finish everythings up this week
Please...please... pray for me...








p/s: ya Allah teruknya english sayaaaa??? 
english budak darjah 6 ke doctrate punya english ni??

Thursday, July 19, 2018

rasa nak makan icecream

baru lepas jumpa sv
rasa nak menangis
kalau tak sabar tadi..mungkin termenangis depan sv hahaha
bestnya kalau dapat makan icecream ke...keluar makan kat jaya one ke
tapi.......
bukannya boleh selesaikan masalah pun..
kerja yang bertimbun bukannnya boleh siap dengan makan icecream pun
hmmm...
nasib ada beli donut sebelum gi hantar budak2 gi school tadi..
esok jumaat. katanya paling lewat minggu ni esh masuk
doakan eh...
kering kontang dah ni :(

...

dah la stress dengan paper & thesis
ESH pulak tak masuk-masuk
dah 19hb dah niiiiiiiiii

Wednesday, July 18, 2018

haa tepuk

macamlah kerajaan terdahulu-kala menepati semua janji-janji
macamlah kerajaan dahulu-kala itu melaksanakan segala manifesto yg dibentang
katanya penurunan harga kereta secara berperingkat. tak juga turun
harga minyak tetap juga naik sesuka hati mak dia
siap ada tabung masih disayang rakyat malaysia
gadai gelang rantai semua. tapi anaknya berjoli diluar negara. tak faham.
walau apa pun
walau ada janji yang mungkin tak dapat ditepati
i'm happy enough we finally dapat kalahkan kerjaan terdahulu.
enough said.

Thursday, July 5, 2018

tak ada rasa

dengan berita yang sedihkita semua dengar hari ni
Al fatihah untuk baby adam.
saya rasa jangan dikecam mana-mana pihak
kecuali pihak yg kononnya pengasuh tu. pengasuh taik kucing.
yang tak ada hati perut. yang kejam tak ada belas kasihan.
dalam pada buat laporan budak tu hilang (rupanya tak)
kau boleh buat iklan nak mengasuh anak orang lain???
kepala otak letak kat mana??? tapak kaki?
Astarfiruallahalazim........

jangan dikecam ibu-ibu yang menghantar anak-anak ke taska atau pengasuh
jangan dikecam ibu-ibu yang bekerja dan sanggup hantar anak untuk dijaga
sebab saya rasa itu sahaja pilihan yang ada
kerja tetap kena kerja. nak menyara hidup bukan senang
bersyukurlah kalau ibu-ibu yang tak perlu bekerja dan dapat jaga anak2 24/7.
itu semua rezeki masing-masing

Alhamdulillah rezeki saya bila mami saya nak tolong jagakan cucu-cucunya
bukanlah saya taknak hantar ke pengasuh atau taska.
saya memang nak. tapi mami tak kasik. kecik lagi. (Hud terutamanya)
anak-anak2 yg lain memang saya hantar ke school yg siap ada daycare petangnya
jauh disudut hati.
saya terasa sangat bila ada yang berkata-kata dengan nada gurau "taska tokma" "nursery tokma"
kau orang rasa kelakar ke..??
semua tu rezeki masing-masing
bila mami nk jaga cucu. tak bermakna saya boleh bersuka ria diluar dan biarkan mami jaga anak2
balik kerja. terus ambik anak-anak.takdennya nak biarkan mami jaga sedangkan kita gi tgk wayang

rezeki masing-masing
Alhamdulillah.....

semoga Allah memberikan ketabahan kepada ibu dan ayah arwah baby adam
saya percaya segala dugaan yang datang, pasti ada hikmah disebaliknya



Monday, July 2, 2018

important dates

sekarang
semua orang duk bercakap pasal 3  months notice
ya Allah..sedihnya...
saya macam tak dapat lagi submit 3 months notice tu lagi
which mean saya kena register lagi bulan 9 nanti huwaaaaaaaa
bermakna juga saya kena bayar yuran pengajian bulan 9 nanti huwawawawawa
(menangis tak berlagu)
sebabnya untuk submit 3 months notice ni
kita kena ada abstract
maknanya result and conclusion kena siap
results saya belum sepenuhnya siap (dah siap tapi discussion belum siap lagi)
jadi tak boleh nak buat conclussion lagi hwuwaaaaawawa
dan disokong dnegan kedua-dua sv.
tapi takpe. diorg cakap. kena siapkan juga tahun ni.
bulan 2 tahun depan submit segalanya.
semoga dimudahkan segalanya.
semoga dimudahkan perjalanan menyiapkan tesis ni
amin amin.

Wednesday, June 27, 2018

shrmzb2018

selamat hari raya
maaf zahir dan batin

tahun ni saya tak balik Trg
beraya di Shah Alam je
raya pertama balik semenyih
 tapi ok laa...ok juga kalau tak balik kampung
takyah fikir hari apa yg sesuai balik yang tak jam
takyah fikir nak kena packing unpacking (benda yang paling malas)
stay kat rumah macam hari-hari biasa
cuma malam raya tetaplah kena siap2 masak untuk juadah raya
macam tahun-tahun lepas first raya mommy masak nasi dagang
satey dan nasi impit dan kuah kacang menu tambahan. beli kat sate kajang haji samuri
ketupat daun palas yang beli siap2 dari terengganu dulu. goreng rangup.
kuih2 raya. yang kakak beli time bualn puasa
tahun ni saya masak rendang ayam dan congo bars
dua2 ni laku keras tau hehehe
dua2 first time buat. tapi menjadi. woohooo. :)
duit raya plak hasil simpanan sepanjang tahun. simpan siap2 yg color hijau.
(banyak juga yang terkumpul. so tak terasa sangat nak gi tukar duit kat bank)
apa lagi?

raya korang macam mana?

Wednesday, June 6, 2018

21

paper kena reject lagi
sv pun dah give up
saya....hmm..ntah
takpelah..
jadinya, sv mintak saya buat balik
data yang sama. make it to two papers
takpe lah. tahun tak raya mana pun.
baju raya pun tak beli-beli lagi
umar cakap "takpelah mami, pakai je la baju yang hari tu. yg yellow"
sedih saya dengar umar cakap camtu. sabar ek umar. mami beli juga baju baru nanti.
another sv pulak. nak full draft bulan 7. pengsan.
chapter 1,2,3 dah siap. isi kandungan dah siap. muka depan dah lama siap.
yg tak siap page number, chapter 4&5, list of figures, tables, equations, appendix, dan segala macam benda lagi.
paper lagi tak siap. saya rasa nak stop. pastu gi shopping tudung kat jalan TAR skang jugak.
tapi tetap la kat postgrad room. type entry ni. lepas ni kena siapkan 2 papers tu.
ok lah. nak nangis sekarang boleh tak??
kbai.

Friday, June 1, 2018

ada la tu nanti

baru lepas jumpa sv
saya rasa sv happy dengan progress
progress semua student dia
termasuk saya la kot hehe (hopefully)
alhamdulillah
berita tak bestnya hari ni job application saya ke research institute kat universiti kat utara sana
telah di tolak. huwahuwahuwa. tapi dia akan simpan application saya untuk masa2 akan datang
hmmm...takpe laa..takde rezeki lagi..
ada sape2 yg apply vacancy kat uitm baru2 ni? ada yang dah dapat jawapan ke?
senyap je...
harap-harap ada rezeki kat mana-mana
amin amin..

Tuesday, May 29, 2018

bangun pagi buka periuk

dah tua-tua ni
bilasampai hari tak boleh puasa. rasa macam hari-hari biasa jugak
bukannya boleh makan pun kan
even kalau kat rumah pun. takde rasa nak makan pun.
rasa macam kalau la boleh puasa haha
skang masuk hari ke 4 dah tak puasa
(saya perlu cerita. sbb follower perlu tahu ni haha)
bangun sahur macam biasa. sahur makan kurma tiga biji mcm biasa.
minum air banyak2. buka puasa pun macam biasa.
cuma semangat nak cari baju raya je masih sama macam dulu2 haha
kalau boleh nak cari karpet raya. balang kuih raya. pinggan raya. semua raya. haha
korang dah start buat persiapan raya ke?

Tuesday, May 22, 2018

sleepy bird

bulan puasa ni. lapar dahaga tuok lagi. boleh tahan.
(hari-hari pun bukannya makan mana pun)
yg paling seksa bila tahap mengantuk tahap tinggi bila otw pergi dan balik UM
Tuhan je tahu betapa stressnya bila mengantuk sambil drive.
semalam sebab mengantuk sangat saya stop kat stesen minyak. tidur kejap.
baru gerak balik. tu pun punya lah jauh nak boleh ke sampai ke stesen minyak.
kawan-kawan semua. kalau ngantuk stop tepi tau. jangan paksa diri. bahaya.
semoga kita semua dilindungi Allah swt.
selamat berpuasa. 

Saturday, May 19, 2018

1st time

kat school umar sekarang, teacher class dia menggalakkan budak2 berpuasa
walaupun budak tu sahur pukul 7. tapi teacher nk budak2 ni puasa
atleast separuh hari. habis waktu sekolah boleh berbuka kat daycare
tapi bergantung juga, kalau budak2 tu tak larat teacher bagi je makan
ramai je yang berjaya puasa sampai petang (berbuka bila sampai rumah)
ada jugak yang berjaya sampai magrib
jadinya umar pun terlibat samalah. sahur pukul 7 la tapinya haha
memang dia nak try. tapi bangun pagi nak susu hehe
tapi lepas tu tak makan dah sampai tengahari (ok la kan)
semalam berapa kali dah cakap suruh kita kejutkan bangun sahur
bila kita kejutkan tak nak bangun plak haha
(macam mommy kecik2 dulu je haha)
saya kalau hari sekolah macam kesian nk kejutkan bangun sahur
sebab takut dia ngantuk. bangun pukul 5. kalau kita pun ngantuk nak gi kerja. budak2 lagila
tapi parents ada yang cakap, anak2 diorg bangun sahur tapi tidur balik sampai pukul 7-8.
kalau pukul 8 baru bangun. alamatnya pukul 10 la mommy baru gerak gi UM.
canne tu?? lambatnya. pukul 3 mesti nak kena keluar dari UM dah
kalau tak mesti kena mengadap jam yg teruk kat federal
(kawan cakap nk boleh keluar dari UM pun dah jam)

takpe umar kita try slow slow
separuh hari pun dah ok
mommy dulu darjah 3 baru belajar puasa penuh
tu pun tak penuh 30 hari hehe
ok lah..hari ni nak masak apa untuk berbuka??

Wednesday, May 16, 2018

esok puasa!!

pejam celik. pejam celik. esok dah masuk bulan puasa.
Alhamdulillah. tak sabarnya.
rutin bulan puasa saya macam hari hari biasa je
(cuma takde makanan nak kunyah-kunyah time buat kerja hehe)
mungkin akan jarang ke UM sebab traffic mesti sangat teruk
nak nak kalau keluar selepas pukul 4. alamatnya pukul 7 la baru sampai rumah
nasib baik ada library shah alam yg best. boleh buat kerja kat sana
(cuma internet la. super slow.)
tahun ni nak sambung baca quran yg dah masuk juzuk 13
memandangkan tahun ni mungkin akan ada "hari cuti"
harap dapat khatam 17 juzuk lagi tu. doakan eh.
yg lain-lainnya. biasa je
takde menu berbuka selama sebulan. apatah lagi menu sahur.
masak apa yg sempat je. kalau tak sempat tumpang berbuka kat rumah mami je hehe
(tp klu berbuka kat rumah mami mesti balik rumah lambat)
(pastu mesti mami suruh tdo sana je. )
(tapi kalau tdo sana mesti esoknya ada drama taknak pergi school)
(arrgghhhhh. malas)
hajat di hati nak beli telekung baru. telekung kain cotton biasa je.
tapi tak sempat. klu kat jalan TAR byk sket pilihan. tgklah canne.
harap tahun ni rajin bangun solat malam. dan rajin stay up siapkan thesis hehe. doakan eh

ok lah
sebelum terlupa.
selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia kepada semua pembaca kesayangan saya
semoga amalan kita diterima dan semoga istiqomah untuk bulan2 seterusnya
semoga doa-doa kita dimakbulkan. semoga diberikan kesihatan yg baik sepanjang bulan ni
semoga.............berbuka tu berpada-pada. jangan tamak haloba tau!!
bai! :)

Monday, May 14, 2018

a new day has come

apa yang saya boleh kata dengan GE tahun ni
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah
saya mengundi di Trg (lupa nak tukar kerakyatan hehe)
(tapi ada alasan nak balik kampungkan. ala 5 tahun sekali je pun)
dan suami plak mengundi di shah alam (tukar kerakyatan dah hehe)
jadinya pagi tu suami keluar mengundi awal2 pagi. pastu gerak balik trg.
sampai terengganu dalam pukul 2 lebih terus ke tempat mengundi. Alhamdulillah sempat
cat hitam kat jari pun tak hilang-hilang lagi
habis mengundi duk refresh twitter je (tempat utama saya check update terkini)
(padahal ada je yang lebih boleh dipercayai. tapi ntah. twitter lebih laju hehe)
dia punya berdebar menunggu keputusan tu macam nak tunggu result spm
betul tak?? hehe
sebabnya saya taknak dah kecewa macam 5 tahun lepas
sukanya tahun ni bangun pagi keputusan memihak kepada PH
(tak larat tunggu sampai SPR umum keputusan. takat pukul 2 je)
rasa nak marah betul bila dapat tahun adik mengundi dacing
mak saya memang selamanya dacing. memang tak boleh apa. (tp macam frust jugak)
dan terengganu jatuh ke tangan bulan hahaha macam....what???!!! why??? haha
takpe la. harap pentadbiran baru di trg dapat berikan yang terbaik
dan untuk malaysia seluruhnya. semoga malaysia akan kembali menjadi lebih baik
taknak dah dengar cerita2 cincin berharga juta2. derma wang berbillion ke acc sendiri
cukup2 lah. letih dah. kalau cakap pasal malaysia. jadi bahan gelak.
semoga dibawah pemerintahan PH, malaysia akan dipandnag tinggi macam dulu2
tapi jangan harapkan pemerintah je yang baru
rakyat pun boleh dah kot berubah menjadi lebih baik
ala benda2 simple macam kemas meja lepas makan kat McD ke
jangan berebut lift dengan mereka yang lebih memerlukan (yg bawak stroller)
jangan buang sampah dari tingkap kereta
be punctual. no more malaysian time. please.
saya dulu macam pelik juga angkat dulang lepas makan kat McD
tapi lama-lama terbiasa jugak lah. yups. kadang2 org pandang semacam. tapi lantaklah.
sama-sama kita jayakan New Malaysia, New Malaysian.ok?

ok
bai. back to work. 

Monday, May 7, 2018

thirtyfour

alhamdulillah
untuk kali ke 34
semoga segala yang dihajiti dimakbulkan
semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun lepas
amin.

yang sedih.
tahun ni takde birthday cake
even wish pun takde. paling hambar.
takpe. saya pun tak buat reminder kat fb
nampak sangat takde sape ingat birthday saya kalau takde reminder tu huhu
takpe. fatimah dah nyanyikan pagi semalam. thanks fatimah :)

lagi pun abang ipar kena dimasukkan hospital
(tak best pulak org tgk risau risau kita bersuka ria plak)
ada something kat bahagian dada katanya
dan doktor cakap kena operate dengan kadar segera
dan alhamdulillah dah selamat operate pagi tadi

 itu je la update hari jadi tahun ni
happy birthday to you, ciksapphire



Thursday, May 3, 2018

idaman

selalu kalau otw nak pergi um saya akan guna jalan untuk ke gate KL
(macam nak menghala ke midvalley)
kadang-kadang bila agak-agak jam je saya suka guna jalan nak menghala ke amcorp mall tu
so nanti akan susur ke kiri ke kawasan perumahan dan nanti akan masuk gate PJ
bila lalu kawasan perumahan ni suka tau berangan bestnya kalau ada rumah landed
ada tanah sikit kat untuk anak-anak main basikal petang
atau untuk anak-anak mandi mandi guna swimming pool yang tiup tu
atau saya boleh la tanam pokok mangga ke. betik ke. nangka ke.
(macam dulu-dulu kat rumah kat kampung hehe)
tapi rumah landed skang mahal jugak
kalau nak beli kena join loan baru la mampu
yang suka lalu kat perumahan PJ ni sebab rumah-rumah dia klasik betul
ala rumah quaters kerajaan. klasik 80an kan. tapi ada juga rumah yang besar2. kereta besar2. hehe

kalau otw balik pulak. kalau jalan depan ppum ni agak2 macam jam je
saya suka jalan dari mahsa kolej. pastu masuk kawasan perumahan. lebih cepat.
boleh la cuci mata dengan tgk rumah rumah orang yang cantik haha
rumah rumah yang setingkat pun cantik. laman pun bersih je kemas. bestnya.

Ya Allah...berangan je la dulu kan haha
rumah kat shah alam pun mahal.
nak murah kat area kota kemuning ke puncak alam ke
kat area alam impian dan bukit raja pun dah mahal
tak mampu.....
harap bila dah kerja nanti mampu la nak beli satu hehe
(beli berpinjam hehe)

ok lah.
done berangan.
jom buat kerja.
bai.

Wednesday, May 2, 2018

too old

saya tak jadi pergi check gigi dekat klinik hari tu
sebabnya ic tertinggal. sigh
maka balik dan pergi tukar tayar kereta. empat2 tayar dah macam haus gila.
nak tayar yg murah boleh pergi kedai Oscar Tyre, kota kemuning
cumanya lama gila. hahah. dari pagi sampai  ke petang.
maklumla murah. orang ramaikan.
bila gigi dah tak sakit, demam la pulop
demam urat ke apa ntah
badan rasa lenguh-lenguh betul
ni semua sebab join 5km fun run baru ni kot
orang yang tak pernah exercise. tiba-tiba lari 5km
(lari sikit je. jalan yang banyak. hehe)
tapi demam pun, kerja rumah kena buat jugak
layankan juga anak-anak nak apa. makan apa. susu la. poo poo la
saya rasa dulu2 kalau demam ok lagi. kejap je dah baik (dalam sehari camtu)
tapi kali ni hari ketiga dah. siap rasa nak muntah.
(seriously rasa macam 2-3 bulan awal pregnant. tgk ayam rasa loya. tgk kari asam pedas fuhhh)
(tapi jangan risau. saya tak pregnant. not at this moment hehe)
sampaikan tak larat sangat saya pasangkan je favorite movie budak2 ni
biarkan diorg tgk. saya berbaring dalam bilik.
(untung2 boleh terlelap kejap hehe)
ya Allah...terasa diri ini dah tua.
ni pun demam lagi. day 3. tapi datang juga ke um.
takut SV cari untuk publish paper.
yups. baru dapat text pukul 230 kena pergi mengadap.
harap2 tak lama.
kalau tak mungkin ada yang termuntah dalam bilik sv.
doakan saya eh.
bai.

Monday, April 30, 2018

si bongsu

korang pernah cabut wisdom tooth tak?
tak boleh tidur ni...sakit gigi :(
duk google pengalaman orang lain
ramai yang ke klinik kerajaan sebab murah je. tak sampai seratus pun.
kalau swasta sampai rm600
kalau kerajaan kita check kat klinik dulu
kalau perlu minor surgery kena refer ke hospital
masalahnya. saya pernah tgk kawan cabut gigi kat klinik kerajaan
dia punya struggle nak cabut tu scary gila :(

malam-malam ni dia buat sakit gigi plak
tak sure gigi yang mana
rasa macam gigi atas
rasa macam wisdom tooth yg bawah
benci betul...nak tidur pun tak lena
dah la penat join larian pagi tadi tak hilang lagi
tolong!!

esok kita ke klinik kerajaan dulu tgk canne doktor cakap apa.

Monday, April 23, 2018

mana-manalah

dua tiga menjak ni banyak plak orang cerita pasal beranak kat hospital gah la. hospital kerajaan la
tak nak meneran kalau tak beranak kat hospital besar la. macam-macam.
yang back up hospital kerajaan pun banyak. yg back up hospital swasta pun melambak.
ntah lah. masing-masing kot kan.
saya. secara jujurnya memang tak nak pergi hospital kerajaan. sorry.
ntah. bukan nak berlagak ke apa. tapi ntah. haha
dengar cerita-cerita yg dapat katil tepi koridor la. macam-macam. haha.
tapi masa umar dulu, masa mula2 sakit tu saya pergi hospital serdang dulu tau.
(jauh gila. padahal ada je hospital klang. tp sbb dgr cerita2 tu saya pergi la hospital serdang)
tapi bukaan masa tu baru sikit. doktor suruh balik dulu. lagi pun takde katil kosong lagi.
dah la penuh student keliling katil check bukaan haha. sabor je la.
(mesti dah jadi doktor semua dah tu haha)
pastu sebab jauh sgt. pergi umra je. haha.
yups. kena czer sebab tali pusat melilit.
yg fatimah plak. sbb nk sgt normal pergi salam. sebab ada dr. siti maryam.
Alhamdulillah. dapat merasa normal.
bukan sebab dr. siti je. mungkin sebab saya amalkan macam2 sepanjang pregnant tu.
setiap malam bangun tahajud. baca quran sampai khatam (umar dulu pun khatam).
minum air zamzam setiap hari. kurma. dah nak dekat tu minum olive oil (gigih betul haha)
yg ketiga macam2 benda bila scan. stress aku. haha. masih di salam
doktor cakap kena czer sebab tali pusat menyimpul 2 kali. sangat sangat risky.
suami plak. klu czer kita gi hspt shah alam je la. saya keras hati. cakap tak nak. tak kira.
(sbb bajet dapat normal kan. tp bila kne czer bayaran mahal sikit la kan)
tapi bukan saya nak czer kan. xde rezeki. dlm kepala memang dah set beranak kat salam ni je.
sekali tiba2 nak g hospital shah alam plak. stress betul masa tu. sakit hati pun ada.
tp suami ikutkan juga. thanks thanks.
pasal nak beranak mana ni. ntah la. ikut la kemampuan.
klu kat hospital kat klcc tu. memang saya sendiri pun tak mampu.
apa tah lagi hospital pantai ke apa ntah lagi. saya takkan sekejam tu paksa suami bayar mahal2
semuanya rezeki. rezeki normal ke czer ke. rezeki duit lebih untuk ke hospital idaman hati.
rezeki untuk membesarkan anak lepas beranak lagi. semua tu pun kena fikir.
apa-apa pun. doa banyak2. semoga dimudahkan. doa biar tak sakit sangat. semasa dan selepas.
saya paling suka masa pantang. sebab dapat rehat betul2. takyah masak. takyah jaga budak2 haha.
makan tidur. makan tidur. berbaring je. sampai masa menyusu. best betul.
(sebab sebelum beranakkan penat betulkan. bawak budak dalam perut lagi. jaga budak luar perut lagi kan) hahaha

ok lah. tu je.
ni pendapat saya je
tak sependapat takpe.
masing-masing.

Friday, April 20, 2018

percubaan kelima

baru-baru ni asaya da join baking class
lama dah teringin nak pergi baking class
tapi class ni yang untuk beginner macam saya ni la
yang tak tahu beza butter
yang tak tahu soda bikarbonat tu untuk apa
yang tak macam mana suhu oven sendiri
haha
(entah bila nak cerita pasal baking class ni)

so masa baking class ni ada diajarkan buat kek pisang
resepi nya mudah je
takyah guna mixer pun
kira macam mesti jadinya punya resepi la ni
buat kat class bukan main lagi...menjadi cantik betul
sekali balik rumah buat..hampeh 3 kali buat 3 kali mendap
rasa nak give betul. nasib baiklah bahan-bahan murah je
so kuatkanlah juga hati yang lara. try juga untuk kali keempat
text balik cikgu yang mengajar hari tu. kenapa? kenapa?

untuk kali yang keempat. Alhamdulillah. menjadi dengan cantiknya
budak-budak makan tak berhenti. mommy pun dapat rasa sikit je
so semalam buat lagi. menjadi lagi. ALhamdulillah.
rasa macam dah boleh open order.haha
kalau sesapa di area shah alam nak rasa kek pisang saya boleh la order hehe


ok meh saya share resepi kek pisang yang special sungguh ni

5 biji pisang (yang best guna pisang berangan yang dah hampir lebu)
1 cup gula
1 cup minyak
4 biji telur (gred A)
1 1/2 cup tepung
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat (ketiga2 bahan kering ni diayak sekali)
1 tsp esen vanila
bakar pada suhu 170 deg C, selama 30-35 minit (bergantung kepada oven masing2)

ok senang kan?
silalah mencuba :)

Friday, April 6, 2018

last episode

semalam last episode dah
next week malam-malam takde lagi benda nak tgk kat tv
best cerita ni. simple. semuanya simple
takde watak berat pendengki ke apa. make-up pun simple-simple je
hazran & athia plak sweet. hazran hensem plak tgk dia dalam drama ni
ost pun best best. lagu aziz harun, ismal izani, masha. best plak dgr haha
sape yg layan drama ni jugak kita geng hehe
kalau tak tgk lagi boleh la tgk. kat online banyak.



Thursday, April 5, 2018

tingtong

setiap hari rakyat Malaysia membuang 0.8kg makanan yang tak disentuh setiap hari
tahun 2015, 15,000 ton makanan telah terhasil dan 3,000 ton adalah makan yang masih elok dan tak perlu dibuang pun. sisa makanan ni termasuklah sisa daripada dapur kita, daripada food industry mahupun daripada pasar-pasar. setiap step dalam pemprosesas makanan akan menghasilkan sisa makanan yg akhirnya dilupuskan ke landfill dan seterusnya berpotensi menghasilkan greenhouse gases terutama sekali gas metana. faham?hehe

bila penat dengan tesis dan sebab teringin nak makan cornflakes meringue ni. makan jadilah macam ni.
tingtong!!

Tuesday, April 3, 2018

diskusi

hujan lebat ni kat UM
parking jauh. kat fakulti business sana
seberang jalan sana
tengah buat diskusi ni
susahnya
pastu rasa macam result sikit. tak cukup.
sv plak tak reply lagi email.
entah cukup ke result yang diemail dulu
bencilah perasaan ni
Ya Allah. kurniakanlah ilmu, ilham, idea macam mana nak siapkan thesis ni cepat-cepat
aminn..amin..

Tuesday, March 27, 2018

maid oh maid

sejak hud masuk hospital
rumah bersepah tak ingat
baju kotor berbakul-berbakul
baju bersih tak terlipat berbakul-bakul
banyak juga bakul dalam rumah ni ek haha
lantai bertompok-tompok tak bermop
nasib baiklah takde pinggan kotor dalam sink. tong sampah pun takde sampah
kalau tak. rasa nak marah je.
time-time canni la bestnya kalau ada maid kan?
:(

Wednesday, March 14, 2018

soalan 1

kalau kita nak study ke luar negara
berapa jumlah duit yg perlu kita standby?
setahu saya kita atleast kena ada duit dalam bank 10-20k
ok yg tu satu.
selain tu? untuk visa berapa pulak berapa?
untuk sewa rumah kat sana?
sekolah anak-anak?

saja tanya
saya tak ke mana
saya dah fikir masak-masak. tak nak dah apply for attachment lagi
sebab nak siapkan dulu yang tak siap ni
paling kurang pun nak apply conference je
saja je tanya.

cause saya macam best tengok isteri/suami yg sanggup ikut isteri/suami nak sambung study ke luar
adakah diorg kumpul duit sama-sama untuk segala perbelanjaan
atau sebelah pihak sahaja (yg nak pergi study tu yg kena sediakan duit2 tu)
atau mintak ihsan family?
korang yang pernah study kat sana canne korang selesaikan masalah duit2 tu?
atau....petik dari pokok duit duit?? (hahahah ok tak kelakar)

ok lah
harap ada yang sudi menjawab soalan random saya ni :)
kerjasama yang anda berikan amat saya hargai.
sekian terima kasih.


Monday, March 12, 2018

kek kuala pilah

baru-baru ni En. MM ada kenduri kahawin kawan sekerja di Kuala Pilah
saya pun ikut la sekali. macam lama dah tak dapat jemputan kenduri kahwin
kawan-kawan smeua dah kahwin. lama jugak teringin nasi kenduri haha
nak nak kalau kat kampung-kampung. untung-untung dapat makan lauk kampung
hari tu diorang hidang lauk kampung sedap betul.
daging salai masak lemak, rebung masak lemak, ayam goreng rempah, ulam2, sambal belacan
yummms. sedap betul. pastu ada aiskrim. suka la budak2. sikit2 ajak pergi beratur ambik aiskrim
kadang2 saya lagi suka kenduri kahwin kat rumah atau kat kampung.
sebab makanan diorg lagi sedap nk banding dengan yg kat hotel (kadang2 la)
ada je kenduri kat hotel yg hidang makanan sedap2.
impian saya nak buat kenduri kat rumah sendiri tak kesampaian hari tu
sebab rumah apartment je. nak buat canne kan. maka buat la kat dewan.

takde gambar makanan sebab masing-masing dah sampai waktu tidur. semua nak dukung je.

lepas kenduri, singgah kejap ke matrik KMNS. tempat jatuh lagi dikenang. apatah lagi tempat mengangkat sebaldi air ke tingkat empat hehehe
kenangan betul. best juga zaman matrik ni. dapat kawan baru yg boleh masuk.
roomate yg seimbang (yg rajin study dan yang gila-gila)
kawan sekuliah yg sekepala. yg banyak tolong calam jagakan tempat kalau salah seorang geng lambat sampai (sebab kuliah je sama. tutorial tak sama)
kuala pilah kan kawasan paling kering di malaysia. jadinya memang selalu la takde air.
bilik pulak tingkat empat. memang sado sangat la masa tu angkut air dari bawah sampai ke tingkat empat.
kadang2 malas sangat mandi pakai air kat pili bomba je. (semua org buat tak bukan saya je hahaa)
hari outing ambik prebeksapu ke pekan kuala pilah. beli keperluan. rasanya ada econsave je kot. kfc pun ada satu je. kalau nak jauh sikit ke seremban r. tu pun jarang2 sekali.
tapi pernah sekali ke UKM bangi, stay kat bilik kakak kawan yg study kat sana.
pastu kalau bf (waktu tu) datang dari intect shah alam happy bukan main haha
tak keluar pergi mana pun. jumpa kat cafe kat depan blok tu je pun. tapi dah cukup happy dah masa tu haha.
pastu ada sekali dia datang bawak berita sedih. nak breakup. sedih gila2 masa tu.
saya pun tak pasti kenapa dia nk breakup masa tu. (mungkin dah jumpa awek pandai kat intec kot. saya dah marik je sobsosob)
sekali esoknya dia call balik cakap nak sambung balik. hampeh. budak2 sangat kan hahahaha


 
apa lagi? hantu makcik karipap? panjat tangki air?? dressing mcm Cinta AADC?
kenangan betul. hehhee

Friday, March 9, 2018

sv meeting

meeting dengan sv kadang-kadang boleh sangat-sangat menakutkan
especially co-sv tapi macam merangkap main sv
sebab semua progress saya dia yang ambil tahu
yes. main sv pun ambil tahu juga. tapi saya akan update bila dia mintak je haha
co-sv ni macam setiap minggu jumpa. setiap minggu dia bagi kerja. dan setiap minggu kena submit.

sv ni garang sangat-sangat
semua student dia takut. kalau nk jumpa kena siapkan kerja betul
kena study betul-betul. kalau takleh jawab soalan. habis.
soalan tu sebenarnya dia dah tahu. dah publish paper dah pun. tapi saje nk uji kita
maka kadang2 saya pun kena fire jugaklah. boleh murung seminggu
tapi takde maknanya nak murung sampai seminggu sebab esoknya dah kena jumpa lagi update
pengsan kan. hahahhaa

hari ni saya submit research flow, chapter 1 dan table of content
ayat untuk objective saya superduper teruk hahahhahahaha
pastu tadi dia betulkan dalam masa kejap macam tak perlu perah otak pun
macam....petik jari....dah siap...
fuhhh...power gila...macam ada super power dalam writting hahahahha
terkagum kejap haha thank you Dr :)

Alhamdulillah meeting tadi menampakkan saya sesuatu..thank you Dr
ayat untuk objective saya dah dibetulkan dengan cantik dan bergayanya ... thank you Dr
seterusnya saya kena fikir sendiri apa thesis output...insyaAllah

oh satu lagi
paper saya kena reject lagi. for the second time.
i is sad. sob sob sob...

semoga Allah permudahkan perjalanan budak Nilam ni dalm siapkan tesis dia. amin amin.

Thursday, March 8, 2018

story telling 1.0

Semalam kat kelas Umar ada story telling
macam pertandingan antara budak-budak kelas
tema untuk first story telling ni ialah "Myself"
setiap orang kena berdiri depan kelas dan bercerita pasal myself

teacher dah bagitahu pasal ni 2 minggu lepas
 baru seminggu ni saya bersungguh
tulis besar-besar atas kertas
tolong bacakan untuk umar
tapi umar tak berminat
atau saya rasa umar ingatkan kena baca dengan pegang kertas
itu yang macam relex je kot

semalam
dalam kereta masa nak hantar. berbuih jugak lah mulut saya asyik ulang ayat yang sama
dengan harapan umar akan ingat
tapi tak.........:(
umar tak ingat satu pun

teacher bagi video masa umar berdiri depan kelas tu
sedih je tengok....umar tak ingat apa-apa pun
umar tersenngih-sengih....gagap....kesian umar...sorry umar
teringat zaman mommy kecik-kecik dulu...
tak best tak perasaan bila tergagap-gagap depan kelas
mommy tak suka perasaan tu...perasaan macam "saya boleh lagi bagu sebenarnya"
tapi tak...tak berusaha langsung hafal text
sorry umar

so untuk story telling kali ni dan seterusnya
akan ada tiga orang pemenang...teacher share video pemenang
bagusnya....budak2 ni boleh hafal...dan yakin je duk depan kelas
siap dengan gerakan tangan badan semua...
bila teringat video umar...alahai....sedihnyaa :(

sorry umar

lepas ni akan ada lagi story telling
bagus jugak benda ni sebenarnya
boleh kita built keyakinan budak2 ni bercakap depan orang

sorry umar
lepas ni story telling seterusnya
kita buat betul...mommy akan sediakan text awal-awal
kita hafal sama-sama...sampai lancar
kita buat betul-betul...
tak menang tu takpe..asal kita usaha dan buat dengan yg terbaik
mommy tahu umar boleh buat...kita try lagi ok
(tapi kalau boleh mommy nak umar menang hehe #asianmom)
insyaAllah. amin.

Wednesday, March 7, 2018

tukar angin

ada hari malas betul nak pergi UM
tapi kerja kena jugak siapkan
nasib baik ada library shah alam ni
sunyi sepi. 
(semua org kusyuk buat kerja masing-masing)
(tapi kalau musim exam bising jugaklah)
walaupun wifi kat sini tak berapa nak laju
tapi ok la boleh concentrate betul2 kat thesis kan
(kalau tak tangan ni gatal je nak tgk movie)
(latest episode grey's anatomy tak tgk lagi ni)
ok lah.
marilah kita menuju ke jalan yang benar
sekian. terima kasih.

Tuesday, March 6, 2018

drama pgroom

seminggu dua macam-macam berlaku kat pgroom (postgrad room)
office aka tempat untuk budak2 postgrad buat kerja masing2
setiap sorang dapat satu meja. tapi pgroom ni khas untuk civil je
department lain kat tempat lain.
since co-sv saya dari civil. jadi saya pun dapat stau tempat kat pgroom ni


so dua tiga menjak ni macam ada perang tampal notice kat pintu masuk pgroom ni
first sekali berkaitan dengan jangan makan dalam pgroom
saya tak perasan pun sampailah Taher datang bagitau yang dia dan kawan2 dia (org arab dan sewaktu dengannya) tak selesa dengan bau makanan yg budak2 malay makan
(specific gila..budak2 malay tu..) ok la saya cakap saya faham...
tapi kitorng makan takde lama mana pun kan. paling kurang setengah jam (sebab sambil tgk movie jd lama sket hehehe)
dia cakap please...you can eat downstairs..." like....ok..
notice (gambar kat atas)...saya dan dak dak malay dah tahu dah saya punya kerja
hmmm...budak ni selalu je cari masalah dengan org
macam la pgroom tu hak dia

maka mulai hari tu makan la saya sorang kat bawah...hukhukhuk

pastu dua tiga hari lepas baru la ada official notice dari pihak management
katanya HOD pernah masuk pgroom dan bau busuk..ntah sape yg bawak makanan time tu
tu yang management pun keluarkan notice
masalahnya budak2 malay makan tghari je..bawak nasi je
ada budak2 iran tu siap bawak toaster. bakar roti siap...takde pun geng dia nak bising kan

ni official notice dari pihak managementyang dah diconteng conteng dan dibalas conteng haha
saya macam kenal tulisan yg pen hitam tu...macam tulisan taher je hahhaha
hmmm...macam2 la korang ni...

pastu ada plak pihak (saya rasa foreigner) yang tak puas hati
maka satu lagi notice berkenaan jangan buat bising
puak ni saya rasa dia tidur kat pgroom
sebab kawan saya pernah nampak diorg ni mandi semua kat toilet pgroom
kalau balik lambat diorg ni still ada. kalau datang awal pun diorg duk sedap tidor
isk isk isk...pelik pelik la korang ni
apa-apa lah...janji tak ganggu saya

korang ni relex la
tak boleh ke toleransi sikit
bilik ni kan pakai sama2. tahan la sikit hidung tu.
time makan je la time yg dapat relex sikit. tgk youtube ke. drama ke.
time la kena buat kerja dah. masuk lab. 
lagi pun bukannya sepanjang hari ada bau busuk
dah nak dekat 2 tahun saya makan dalam office. selama tu takde pun yg nak tegur busuk ke apa
baru sekarang baru nak tegur. kenapa??
yg suka buat bising tu plak. faham2 la. office tempat org study
bukan untuk berhuha huha
ok lah. jangan gaduh gaduh..heeee
bye

Monday, March 5, 2018

reviewer

baru-baru ni saya ada terima email dengan title "invitation of review"
mula-mula baca tajuk email tu macam...ye ke ni?/ nk suruh kita jadi reviewer ke ni?
paper yang nak di review tu ada kaitan dengan field saya which is waste management
paper tu pasal waste minimization di South Africa.
macam kelakar plak. sebab saya kan student lagi. kalau dah memang lama dalam bidang ni memang logic la kan publisher tu pilih saya utk jadi reviewer kan.



pastu saya pun tanya pendapat kat SV
(semua benda nk tanya pendapat sv. haha. harap sv tak bosan dengan soalan2 saya)
pastu sv cakap
"nilam...awak tu dah tua ...awak dah tahu semua benda dah...cuma kadang-kadang awak tak yakin je.."
(dah tua?????hukhukhuk..memang saya dah tua pun Dr. tp masih study dan tak punya kerja sobsobsob)
"bagus laa nilam..boleh awak belajar canne orang lain tulis paper"
saya pun macam...ok..boleh laa...

baca punya baca..pening kepala dengan paper structure dia hahhaa
seriously...method kat mana. result kat mana...fuhhhh...
(harap reviewer utk paper saya tak rasa macam apa yg saya rasa time check paper ni)
pastu saya kena bagi komen setiap subtopik. dari intro sampai acknowledgment.
bahagian method dan result & discussion panjang lebar sikit comment nya
(bajet sgt tau comment panjang2 paper org hahaha)
sebab nya saya memang tak faham apa yg dia cuba sampaikan..
last sekali ada ruang sama ada paper ni perlukan minor correction atau major atau reject terus
jangan risau...saya bagi major correction je. dan boleh publish lagi
(betul ke apa yg saya buat ni....)

pastu submit

bila dah submit tu publisher email kalau nak jadi reviewer untuk paper tu boleh la hantar cv
saya pun try je la kan. no harm pun. (bak kata sv)
(padalah paper baru 1-2 je..tu pun scopus je hahaha..)
takpe la kita try je la kan. tak try tak tahu setakat mana kita layak kan hehehe
sekali....diterima..Alhamdulillah...
(kelajar je hahah)

so lepas ni apa plak?
tunggu dan lihat je la.. :)
sekian update terkini saya

Friday, March 2, 2018

terlupalah

lamanya tak update blog
saya rasa saya dah lupa saya ada blog
bukan saja lupa nak update lupa nak buka pun sama
ish ish ish teruknya
ok lepas ni saya akan terus merajinkan diri untuk update
(walaupun takde benda pun nak diupdate kan hehe)
korang semua apa khabar?
kerja ok? thesis ok?
anak-anak ok?

saya ok ok je
Alhamdulillah
nanti-nantilah saya update
banyak benda juga nk share yg berkaitan dengan study

ok lah.
bye semua

Monday, February 5, 2018

take turn

Salam semuanya
hari bersiaran dari rumah tokma
sebab lepas umar diserang chicken pox fatimah plak kena sekali dengan hud
tapi hud tak demam. fatimah demam. suhu sampai 40 degree C.
(mommy letih hehe)
semalam plak fatimah mengigau ke apa ntah
masa tu kat rumah saya, saya duk buat kerja sket dalam bilik
umar pun dalam bilik buat kerja sekolah
hud......hmm dia dalam bilik main toys kot (budak ni dah pandai main sorang2 skang)
fatimah tidur kat depan tv..tiba-tiba nangis dengan kuat
siap tutup tutup muka. pastu kadang-kadang bukak tengok dia tutup lagi dengan tangan
macam nampak sesuatu. mula la seriau kita. baca ayat kursi.
bila saya baca ayat kursi lagi kuat fatimah nangis. saya baca lagi kuat.
dah 2 3 kali baca baru ok. minum air sikit pastu nak susu
bila saya tanya kenapa. fatimah jawab dia cakap ada orang hitam besar
fuuuhhhhh....meremang bulu roma. saya dah la bukan berani sangat.
cepat2 kemas barang tidur rumah tokma. masa kemas-kemas barang tiba2 rasa seriau. haihhh
malam nak tidur pun sama. fatimah nangis-nangis camtu lagi.
aduhhhh. saya memang tak boleh la benda-benda canni..
kenapa eh? risau plak.. T_T

Thursday, January 25, 2018

entah

chapter 2 saya hampir siap. hampir. macam dah ok. tapi entahlah. 
esok bila tengok balik. mesti rasa macam ada yang kena tambah lagi ni.
35 pages je. cukup ke tak ek? saya rasa macam dah cukup.
SV cakap submit je dulu. cukup ke tak tu tugas dia. nanti dia bagilah komen-komen yang membina.
adoiiii. sebenarnya banyak mana yang kita perlu tulis untuk literature review?

Tuesday, January 23, 2018

chickenpox

jarang-jarang Umar sakit. kalau batuk selsema tu biasa. tapi kali ni demam sampai suhu cecah 40degree. badan lemah. nak bangun pun tak larat. semalam pergi klinik doktor cakap demam campak. sebab ada bintik-bintik yang berair. tapi tak banyak. Doktor bagi ubat sapu dan ubat telan (ubat antiviral).

kat school umar rupanya ramai juga yang demam campak. saya memang perasan sejak last week lagi ada parents yang cakap anak-anak cuti sebab demam campak. tak sangka pulak akan berjangkit ke umar. sebab tahun-tahun sebelum ni ok je. dah nak kenakan. :(

tapi semalm memang kemuncak. sebab ramai pulak yang cuti sebab demam campak ni. nasihat Doktor semalam kalau school ada lebih dari 5 orang yang demam campak school tu patutnya ditutup supaya pihak sekolah dapat bersihkan sekolah dari virus campak ni. saya pun maklumkan kepada pihak semalam. rupanya pihak seklah dah maklumkan KKM untuk datang check.

petang semalam jugak KKm datang. dan lepas disiasat (eceh disiasat haha mcm ada kes besar je hehe)so lepas disiasat rupanya ada 20 orang student yang berjangkit. ish ish ish. memang hari ini dalam sejarah betul ni. sebab sepanjang umar sekolah kat sini tak pernah sampai canni. jadinya school umar tutup starting today until 31Jan.

PKD pun dah call setiap parents yang anaknya terlibat. termasuk saya lah. Pegawai tu cuma bagitau apa yang kita sebagai parent patut buat kat rumah yg ada anak yang demam campak. yang kesiannya kat parents yang takde tempat nak hantar anak-anak. especially yang kerja. saya ok la. tak kerja. bolehlah jagakan sepanjang 2 minggu sekolah tutup ni. semoga dimudahkan urusan parents yang lain.

hari ni hari kedua dah umar tak sihat. macam dah bertenaga sikit. dah boleh gaduh dengan fatimah
dah ada selera nak makan roti ke minum susu ke.

cepat2 sihat umar. risaulaa canni.
Ya Allah. berilah kesembuhan kepada Umar Nashriq, Aminn.

Wednesday, January 17, 2018

kuat tdo


pagi tadi saya bangun pukul 4
sebenarnya dah set jam pukul 2. pukul 3. pukul 4. pukul 5 dan pukul 6
banyak gila hahahaha
saya takut kalau saya terjaga pukul 2 pastu tdo balik alarm pukul 3 boleh kejutkan saya balik dan seterusnya lah kan. so hari ni alarm pukul 4 baru berjaya kejutkan saya. tu pun mengantuk lagi.
saya bangun terus ke meja on laptop. sementara laptop on tdo kat meja. ok pastu terjaga. bukan file chapter 2. scroll scroll. tertido lagi kat meja.
end up saya banyak tdo je hahahhahaha adoiiiiiii apa nak jadi ni???
padahal pukul 10 dah tdo. teruknya :( :( :(
pastu pukul 6 dah kena siap-siap susu-baju sekolah-baju daycare untuk budak2
pastu camtu je...
apa nak jadi ni???

Tuesday, January 16, 2018

yssp

baru-baru ni saya dah terlepas satu attachement program. terlepas deadline untuk register.
aaaahhhhh ruginya...program ni ialah Young Scientists Summer Program di Austria
program areas pun sangat kena dengan bidang saya
attachment start dari bulan june hingga august
tapi sv bagi email pasal program ni 2 hari sebelum deadline
saya plak sibuk dengan paper nak kena submit kat co-sv
tak sempat nak karang proposal dan register
ruginyaaa...
saya macam nak sangat pergi Austria
sebab of coz la tempat dia cantik dan penuh history kan
tapi sebab lain ialah kot kot la boleh jumpa MFA guru, Prof Brunner di Vienna University ke haha
berangan sungguh. susah kot nak jumpa Prof ni.
alahaiii....ruginya...padahal boleh je bagi phd proposal dulu...adoila ciknilam oiiii
(tapi kalau dapat boleh pergi ke..??en.MM benarkan ke?? estonia pun tak boleh pergi...hmmm)
kalau korang tahu mana-mana program canni share dengan saya tau tau tau
kat Japan ke. Autralia ke. tapi dengan scholarship la..tau tau tau!!! bagitau saya tau..
ok lah. entry tiada tujuan canni lah. banyak tau je. haha. bye. :)

Wednesday, January 10, 2018

tahun akhir

tahun baru tahun ni tak macam tahun lepas. tahun lepas saya sambut tahun baru lepas 3 bulan cuti. cuti berpantang. best gila. haha. 3 bulan tak sentuh langsung thesis. 3 bulan bersamaan 1 sem kot. bila dah start tu pergi berjumpa sv dulu. geleng kepala dia dengar saya tak buat apa2 3 bulan ni. sv dulu masa phd, dia pun pernah lahirkan anak juga. tapi lepas 2 minggu dah kena masuk lab. pengsan!! gigih tak gigih.

tapi tahun ni tahun baru cuma lanjutan hari hari biasa. takde apa sangat. haha. cuma kena set satu plan baru menggantikan plan tahun lepas. selalunya awal tahun sv memang mintak planner kita. apa yang kita plan sepanjang tahun. tapi tahun ni sv tak mintak lagi. saya pun baru nak buat ni haha.

ok tahun lepas. banyak benda berlaku. yang happy. yang tak berapa nak happy. yang frust. yang frust teruk gila-gila. fuhhh. macam-macam. tahun lepas memang tahun yang agak memenatkan. padahal setiap tahun pun penat huhu. memang patut dah saya cari maid sorang ni. #berangan

ok. saya nak share planner saya untuk tahun lepas. benda ni saya tak pernah share kat sape2. kat mana2 (social media). sebab ye la. tak sampai setahun lagi kan. cuma saya share dengan sv lah sebab dia yang nakkan hehe.

Alhamdulillah. banyak juga benda yang saya plan untuk tahun lepas berjaya saya siapkan terutama sekali perkara2 yang melibatkan thesis. macam data analysis, publish paper.tapi semuanya saya dapat siapkan bukan on time tau. macam dalam bulan Febuary tu saya plan saya dapat siapkan water modelling. tapi bulan 8-10 baru saya jumpa orang yang nak ajarkan dan saya dapat analysis sendiri. tu pun lepas berjuta emails dan whatsapp saya hantar. malu pun ada. tapi teruskan juga. hehe. dan bulan 11 baru sv setuju dengan result. Alhamdulillah. kita plan je. saya approvenya mestilah Dia kan. 

so dari segi thesis 2 bahagian dah siap, 2 paper dah publish (scopus je la, tengah siapkan paper ISI semoga dapat submit bulan ni), candidature defence pun dah selesai dengan flying colors (ini yg paling tak dapat dilupa Alhamdulillah), international conference pun dah (yg singapore baru ni), yang national pun dah, apa lagi. tu je rasanya. apa yang best pasal planner yg saya buat ni ialah bila saya dapat potong apa-apa yang dah di plan tu. walaupun plan bulan 1 bulan 12 baru dapat potong. :) 

cumanya, plan untuk buat attachment ke estonia terpaksa cancel last minute. siap dah pergi kedutaan estonia. whatsapp dengan penyewa rumah. whatsapp dengan malaysian yang menetap kat sana. last sekali. hmmm. kecewa. kecewa sangat sangat. Tuhan je la tahu macam mana kecewanya saya waktu tu. ada orang cakap kalau saya nk juga pergi maknanya saya mementingkan diri sendiri. sampai sekarang saya ingat. dan memang takkan lupa. pentingkan diri sendiri ek. suka hati mung lah. 

so apa azam tahun baru ni.?tahun 2018? 

kalau ikutkan plan terkini, saya nak.................
  • siapkan draft chapter 1, 2, 3 dan submit kat sv bulan 2 ni
  • pastu submit report result bahagian waste
  • submit 1 paper untuk setiap objective
  • submit draft chapter result & discussion
  • dapat kerja. sebab mybrain dah habis
  • submit thesis dan viva dan merdeka yeayyy!!!!!
saya macam tak sure sempat tak untuk konvo tahun ni. tapi harap harap harap sangat dapat submit thesis tahun ni jugak dan viva tahun ni jugak. mesti akan menjadi jalan yang berliku tapi harap Allah mudahkan dari segi apa-apa pun.

Ya Allah, permudahkanlah budak Nilam ni siapkan thesis suapaya dia dapat submit tahun ni jugak. amin. amin.

azam dari segi family dan anak-anak dan diri sendiri kita cerita di lain entry. (entry yang tak tahu bila itu haha)

Selamat Tahun Baru!!!

Friday, January 5, 2018

empat tahun lah

tahun baru kisah baru cerita baru bab baru
semua baru kecuali diri ini yang masih ciksapphire yang dulu
(yang semakin banyak uban dan kesukaan kepada barang basah di pasar semakin meningkat)
(nampak sangat diri ini dah tua hahhaa #sayaredha #lumrahhidup)

saya taknak bercerita pasal azam tahun baru lagi sebab yang dilain entry
kali ni nak bercerita pasal cikfatimah yang dah mula ke sekolah
Fatimah dah masuk umur 4 tahun tahun ni. macam abang umar yang start masuk tadika masa umur 4 tahun. eh tak. abang umar masuk tadika aka daycare aka playschool sejak umur 2 tahun

Alhamdulillah fatimah dapat kelas pagi. kalau tak susah jugak sebab petang time to sleep kan
fatimah plak jenis tidur mesti nak sampai 2 jam. kalau tak keluarlah naga dalam badan hahaha

ok. hari pertama ok. teachers semua dah kenal fatimah sebab dah selalu ikut saya pergi hantar dan ambil abg umar. kebetulan ada teachers yang follow IG saya. sampaikan masa saya nak bayar yuran dan ambil uniform principal plak yang tahu fatimah. belum pape dah glemer haha
hari pertama ialah hari daycare. kelas belum start. minggu ni memang tak belajar apa-apa lagi.
cuma sesi teacher n student supaya student happy nak datang sekolah.
main toys. color-color. camtu je la minggu ni.
fatimah pun macam ok. sengih bukan main haha

hari kedua sampai depan pintu sekolah dia buat nak balik
nangis sikit. tapi bila dah masuk dapat main blocks semua dah lupa dah mami.
hari ketiga pun camtu. nangis kejap. katanya nak balik rumah tokma. (sudahhhh)
terpaksalah mommy dukung sampai ke pintu. pastu pass kat teacher. dah masuk kelas ok dah.
teacher bagi gambar fatimah ok je. tak nangis pun. anak2 yang lain pun camtu. masa hantar Ya Allah macam2 drama. saya plak yang kesian tengok. menangis sampai muntah-muntah. tapi bila parents dah balik dan masuk kelas dan main ngn kawan2 semua ok. hahahha. adoiii. korang ni kan saja je tau.

umar plak dah masuk kelas 6 tahun. kelas pra-tahfiz. minggu depan baru start belajar. mengaji semua. umar dah ok dah. cuti sekolah hari tu pun dia memang tiap hari datang daycare. cumanya umar ni pagi-pagi kat rumah ada hari dia buat taknak pergi sekolah la. mandi la. nk tgk tv la. memang boleh naik hot jugaklah mommy yang comel ni hahahha. 

tbh, hantar fatimah ke schoool tak emosi masa hantar umar dulu.
memang tak dapat dilupa. nangis je. mommy nangis. umar lagilah. nangis sampai panjat pintu.
kesian sangat. masa tu umar tak sampai 2 tahun pun lagi. tapi disebabkan tokma nak dapat cucu baru jadi tak sampai hati nak biar tokma jaga cucu ramai2. makanya terpaksa la umar yang berkorban pergi daycare. daycare yg first saya rasa umar tak happy sangat. pastu saya berhenti kerja umar dah stop pergi daycare. bila umar dah 2.5 tahun dan saya pun dah kena start datang um. umar saya masukkan ke LC yang ada kelas untuk anak2 2.5-3 tahun. fulldayacare namanya.
kat FDC ni umar happy dan activiti pun best-best. Alhamdulillah.

semoga anak-anak mommy dilindungi walau kat mana pun korang belajar
semoga sentiasa dalam rahmat Allah.
semoga diterangkan hati untuk terima apa yang belajar kat school.
tipu la kalau mommy cakap mommy tak kisah dengan gred, kelas nombor berapa, berapa banyak A semua tu. haha sebab mommy kan typical asian mom. mesti lah ambik kira semua tu. haha. cuma kita usaha sama k. insyaAllah. kalau kita usaha pasti akan mendapat ganjarannnya. semua tu rahsia Allah.
mommy dulu tak pandai sangat. tapi mommy nak anak-anak mommy jadi lagi pandai dari mommy k :)

akhir kata dari mommy yang sokmo terlebih emosi,
belajar rajin-rajin
solat jangan tinggal