Wednesday, March 14, 2018

soalan 1

kalau kita nak study ke luar negara
berapa jumlah duit yg perlu kita standby?
setahu saya kita atleast kena ada duit dalam bank 10-20k
ok yg tu satu.
selain tu? untuk visa berapa pulak berapa?
untuk sewa rumah kat sana?
sekolah anak-anak?

saja tanya
saya tak ke mana
saya dah fikir masak-masak. tak nak dah apply for attachment lagi
sebab nak siapkan dulu yang tak siap ni
paling kurang pun nak apply conference je
saja je tanya.

cause saya macam best tengok isteri/suami yg sanggup ikut isteri/suami nak sambung study ke luar
adakah diorg kumpul duit sama-sama untuk segala perbelanjaan
atau sebelah pihak sahaja (yg nak pergi study tu yg kena sediakan duit2 tu)
atau mintak ihsan family?
korang yang pernah study kat sana canne korang selesaikan masalah duit2 tu?
atau....petik dari pokok duit duit?? (hahahah ok tak kelakar)

ok lah
harap ada yang sudi menjawab soalan random saya ni :)
kerjasama yang anda berikan amat saya hargai.
sekian terima kasih.


2 comments:

k said...

Saya cuba jawab ya Nilam :) Tapi, specific belajar di USA dan dapat biasiswa KPT dan USM.

(1) Duit yg perlu standby: Terus terang, kami (suami isteri - belum ada anak - baru kahwin 6 bulan sebelum fly - saya tidak bekerja sebelum fly) tak standby duit langsung. Memang bergantung 100% kepada duit biasiswa. Dalam tangan masa ke sana adalah $200 seorang kot (Tak ingat dah... hehehe. Tapi, masa tu, $1 = RM3.20)

(2) Visa ke USA: RM 500/seorang dan wajib interview di USA embassy. (sekrang visa ke USA dah naik RM700 kalau tak silap)

(3) Masalah duit sebelum ke USA (sebelum mendapat biasiswa): Ibu bapa saya byk membantu. Especially duit visa dan ujian2 yg perlu diambil seperti GRE (ujian khas utk ke USA yg menilai English dan Matematik - RM500 kot dan pusat ujian hanya di KL) dan TOEFL (RM500 jgk kot) - Semua kos ni, tidak ditanggung oleh USM, bayar sendiri.

(4) Duit di USA: sebelum ke USA, kami mmg mohon visa yg membolehkan suami bekerja di USA. Tapi, bila sampai, sy terus pregnant (hehehe) dan kami buat keputusan husband tak perlu kerja, tapi, pergi kelas bahasa Inggeris ($30/setahun - murah gila kannnn). ALHAMDULILLAH duit cukup - husband yg urus duit sbb sy malas nak fikir... hehe. ALHAMDULILLAH masih mampu simpan duit iaitu duit yg USM bagi sebagai elaun setiap bulan. Duit dari KPT buat belanja di sana. Kadang-kadang jika perlu, baru guna elaun dari USM tu.

Lain negara, lain kos hidup. Kawan saya (single) belajar di Hong Kong tak dapat simpan elaun dari USM tu sbb kos hidup terlalu tinggi termasuk sewa terlalu mahal.

Menjawab soalan Nilam tak? heheh... kalau duit sendiri, tanpa biasiswa, saya pun tak pasti bagaimana blh survive... huhuhu... melainkan kaya raya kot... takpun, mmg kerja part time/berniaga online di sana.

Kalau nk tanya apa2 lagi, boleh je :)

Takpe Nilam, lps ni target conference jauh2 di luar negara... ehhehe. Good luck!

Unknown said...

thanks Ilzam...
saya tanya je saja-saja nak tahu...hehe
saya tak ke mana pun..mmg nak apply pergi coference je hujung tahun ni