Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

hari guru

hari guru
kalau kat sekolah dulu
apa yang best selain boleh tengok kawan-kawan buat persembahan
kita dapat hadiah jugak yang dipanggil ‘request’
bukan hadiah sangat la
cuma chocolate atau bunga atau kadang-kadang dapat apple
beserta dengan kad yang tulis nama si pengirim rahasia hihi
bajet secret admirer la tu :)

sekarang saya sendiri jadi cikgu
tapi tak dipanggil cikgu la
cuma fungsinya tetap sama
mengajar..memberi ilmu kepada anak bangsa
ecehsss

sempena hari yang istimewa ni
saya nak ucapkan selamatlah buat cikgu-cikgu diseluruh dunia
yang pernah mengajar saya secara langsung mahupun tak langsung
jasa kalian amatlah saya hargai sampai bila-bila :)

pada suatu hari yang lain
iaitu 13 mei yang lepas
saya dan students dah ke Tapak Perlupusan Sisa Pepejal, Bukit Tagar
ini kali pertama saya ke tapak perlupusan sampah
dah sampai ke pagar dah boleh bau semerbak…harum sungguh…

just nak share beberapa gambar lah eh
dari gambar ni korang semua dah boleh tahu
proses-proses yang terlibat :)

Jom masuk kelas Solid Waste Management!

IMG_1626Tapak perlupusan sisa pepejal Bukit Tagar menerima sisa pepejal daripada Selangor dan Kuala Lumpur setiap hari.
IMG_1632beberapa  jenis liner yang digunakan untuk menutup lapisan sisa pepejal yang telah dimampatkan di tapak perlupusan bagi mengelakkan leachate (air sampah) mencemarkan air bawah tanah
IMG_1645IMG_1680proses-proses perlupusan sampah IMG_1724Kolam rawatan leachate IMG_1725 Phragmites yang digunakan sebagai penyerap bahan-bahan pencemar yang masih ada di dalam leachate sebelum digunakan sebagai air siraman pokok

apa yang saya boleh disimpulkan di sini ialah
waste is money! :)
syarikat yang menguruskan sisa pepejal di Bukit Tagar ni mendapat keuntungan sehingga berjuta-juta ringgit setahun
itu baru untuk dalam Malaysia, belum lagi cawangan di China, Arab, India dan Philipine lagi
memang boleh buat duit betul :)

---------------------------------------------------
sebelum tutup tirai
en.mm cakap saya tulis blog macam huru-hara
macam cepat-cepat nak pergi mana ntah hihi
betul ke wahai pembaca-pembaca kesayangan saya sekalian? :)

Thursday, December 6, 2012

sampingan


mungkin saya patut tukar profession , no?
:)

Tuesday, June 26, 2012

graduasi



 ini kali pertama 
saya ke majlis convocation sebagai pemerhati sebagai lecturer
rasanya sangat lain
rasa macam.......akhirnya grad juga diorang ni..... 

tahniah semuanya!! :)

bila tengok orang ber-konvo
mulala rasa nak ber-konvo jugak
padahal...perjalanan nak sampai ke hari konvo tu
punyalah berliku-liku

tapi orang kata
setelah kesulitan pasti ada kesenangannya kan..... :)

tahniah juga saya nak ucapkan kepada
pemilik blog resepi, kak ijan
sebab dah berjaya menghabiskan kajian PhD nya baru-baru ni
dah boleh panggil Dr.Ijan.....
tak lama lagi nak balik malaysia dah....


oh...sangat buat saya bersemangat nak sambung study lagi... :)
kalau la saya ditempat kak ijan sekarang...
mesti hati duk berbunga-bunga je....aaaaa.......
mesti duk sibuk pukul gambar thesis tak habis-habis
mesti duk upload gambar sepanjang perjalanan menyiapkan thesis kat FB
*ah...over lah awak ni hihi*

saya pun nak sambung
saya pun nak sambung
saya pun nak sambung belajar

ok
bye
:)

Friday, February 24, 2012

tiada lagi hujung minggu


jadual kelas untuk degree dah keluar
maka dengan ini saya mengistiharkan perintah berkurung di office bermula April hingga Jun

habis
bila plak nak belajar masak ni..? eceehhs alasan...

*pengsan*

tak apa..en.mm kata rezeki ... :')

Tuesday, November 15, 2011

kecewa

DSCN5016

UKM sahaja dah hasilkan ribu-ribu lemon graduan
sama ada degree atau master atau phd
degree jangan cakaplah kan
jumlah dia sama banyak dengan jumlah penduduk kat pekan semenyih
ramai tak ramai

jadi adik-adik pelajar-pelajar ku sekalian
tolonglah rajin-rajin sikit
rajin belajar
rajin buat research apa yang nak dibentangkan
rajin buat latihan sebelum buat perbentangan
berlatih depan cermin
kalau tak tahu tanya
walaupun hanya pembentangan kecil dalam kelas


kesungguhan
kerajinan
ketersediaan
semuanya diambil kira
kalau isi bagus akan lagi banyak dapat markah

kalau tak rajin dari sekarang bila lagi?

saya dulu
cikgu bagi tajuk petang ni. malam karang present
pengsan!!

tapi saya tak buat macam tu sebab awak baru diploma

sekarang saya bagi 4 hari
masih tak dapat siap.
kecewa saya tahu.

semoga kita semua berubah ke arah yang lebih baik

sebab dunia luar selepas belajar sangat mencabar.
persaingan sangat sengit.



sekian sahaja dari cikgu sapphire.bye.:p

Wednesday, October 12, 2011

jepang

saya tak berapa suka kelas straight terus menerus
macam hari ni. kelas pertama 9-11am
pastu sambung lagi 11-1pm.
macam mana nak cakap eh
penat satu. otak tepu satu. (.__.)
mana ada otak tepu.
tipu! tipu! :D
jadi.... apa-apalah
selamat bekerja kawan-kawan
jangan stress stress
tak bagus :)


nah sikit untuk menggembirakan hati sendiri
dengan berangan sekarang kita di jepun
*jauh dari nota kuliah-masalah student-exam paper*
minum kopi di cafe cute-comel berlatar belakangkan music jazz
camera lomo dan buku nota kecil tentang jepun di tangan
bunga-bunga sakura yang pink yang bersepah di kaki
makanan jepun dengan rasa yang paling asli
dan dan..jangan lupa kesayangan mesti ada bersama-sama :)
bye. selamat berangan. :D

101642922389f4ba71 tumblr_lsqdjqjRXh1qaiz7oo1_500 1015796623ce39fdca tumblr_lss2phIGYj1qaiz7oo1_500 tumblr_lsmizkNDqW1qaiz7oo1_500 tumblr_lsonabtyNn1qaiz7oo1_500 1015270310c8537e35
saya rasa dengan berangan kita akan tahu apa yang kita nak dan akan berusaha untuk mendapatkanya..kan? ;)

Friday, October 7, 2011

penang oh penang

DSCN4560DSCN4569 DSCN4573 DSCN4587 DSCN4605 DSCN4608 DSCN4612 DSCN4671 DSCN4672 DSCN4675 DSCN4678 DSCN4684 DSCN4687
saya cuba cari lirik lagu Jambatan Pulau Pinang
tapi tak jumpa
ingat lagi tak dengan lagu tu
lagu kelas Muzik sekolah rendah
beriya main rekorder
mastu Cikgu Warith yang ajar
kadang-kadang cikgu cina lelaki yang ajar
apa ntah nama dia

saya baru balik dari Penang sebenarnya
pulang dengan membawa batuk demam dan selsema yang agak teruk
sambil menulis ni sambil batuk batuk
habis tercemar laptop dengan kuman

masuk kali ni dah 3 kali saya ke Penang
tapi masih tak dapat round habis satu Penang
banyak lagi bangunan antik yang tak sempat saya snap
makanan jangan cakap la. tak sampai separuh pun saya cuba
takpe lah. kita ke Penang untuk khusus bukan untuk jalan jalan yer dok? :)

banyak benda saya terfikir nak buat sebelum pergi Penang hari tu
nak makan nasi kandar la. nak makan char kueh teow la
nak gi kedai nasi daging la. semua tergendala. huhu
betapa yang Menentukan tu lebih berkuasa kan….. :D



ok lah.
kesihatan tak mengijinkan nak update panjang panjang
bye.xoxo

Wednesday, August 17, 2011

jalan mudah

DSCN9864-2DSCN9865-2 DSCN9867-2 DSCN9869-2
Salam  
saya bersiaran daripada office tercinta
ramai yang cuti hari nih…semua sakit…
semoga cepat-cepat sihat eh semua
(saya jaga exam sorg-sorg ke?? -–“)

ada baiknya juga kerja time orang lain cutii nih
sebab jalan yang sedia ada jem sangat lengang dan smoooooth jer
*sambil nyanyi lagu smoot criminal*
keluar rumah jam 7. 730 dah sampai office kesayangan.
parking pun tak ada orang amik. :)

semalam saya dah jumpa
satu jalan yang membolehkan saya sampai rumah setengah jam lebih awal
yeay!! *lompat-lompat*
walaupun cuma 30 minit. tapi sangat bermakna
boleh jadi sakit belakang kalau tiap hari mengadap jem
sebab tu sempat pukul gambar dua tiga keping tu
kalau tak…….sabar..sabar…sabariah…

apa-apa pun
Salam Nuzul Quran kepada semua
sama-sama kita hayati sejarah Nuzul Quran itu sendiri
semoga Allah merahmati kita semua.amin.

:)


 

 

 

p/s: sesuatu yang buruk dan menakutkan berlaku petang semalam di kawasan rumah saya. hati-hati eh semua. perompak bukan sahaja yang bermuka perompak. yang bermuka ratu cantik pun boleh jadi. Jangan lupa baca ayat kursi selalu dan ayat: HasbunAllahu wa Ni'mal-wakil (Al-Imran 173 "cukuplah Allah (menjadi pelindung)bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung). macam-macam orang sanggup buat untuk senang dengan jalan mudah. semoga Allah melindungi kita semua. amin.

Thursday, July 7, 2011

the most fofular students

DSCN9425-1DSCN9437-1

saya tak tengok Nora Elana.

sebab. yeah. mesti sama sahaja kan. sorry.

tapi saya boleh tengok Ghost, Kami, Destinasi Bajet, Dunia Baru, Buddy, Blogger boy dan saya tak boleh fikir dah lebih 67 kali.

 

sekarang saya layan Anissa sebab tak ada AFC, HBO, Star World atau baby tv sebab tak bercadang nak langgan astro.

 

tak tengok. tapi mengada ambil gambar macam peminat setia. tapi saya memang minat Azhar Sulaiman. dari cerita Impian lagi.. :)

 

“senyum…senyum….haa kan comel” – Min (Amy Mastura – Impian)

Friday, June 24, 2011

ironic


Salam,
selamat hari jumaat
esok saya akan berada di MidValley untuk Education Fair
kalau rasa nak jumpa saya
jom lah !

owh
semalam saya TER-jumpa Sue Anna Joe
tapi segan nak tegur

:)

Thursday, June 23, 2011

H2O

 

water

Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.

Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan.

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

Surah Al-Mu’minun

Monday, June 20, 2011

sakit mata

bukan zone selamat
cabaran akan start bulan 9
bila kita happy dengan apa yang kita buat
*senyum*

Friday, June 17, 2011

si hidung mancung


baru habis dengar talk oleh seorang lecturer dari department BioMed, Dr.Bagar Raju
sangat muda. tapi pengalaman mengajar dan menjadi doktor sangat luas.
mula-mula saya ingatkan mesti berjanggut dan beruban putih eh mana ada uban warna lain kan
rupa-rupanya. kenapa muda sangat nih.
belajar di Manipal. lepas tu jadi doktor kejap. pastu mengajar di Manipal.
pastu pindah ke US. mengajar kat sana plak.
sekarang datang Malaysia. mengajar lagi dan lagi.

saya harap saya pun mampu jadi macam dia.
buat mummy bangga.
amin.
:)

papan hitam


tiga subjek:
water supply and quality management
pest and vector mangement
built environment, housing and technology

paling risau subjek ketiga

nampaknya saya masih tak tergoda dengan nora elena
semalam dah episod akhir kan..?
kalau sudi.cerita r sket ending nya canne...

:)