Thursday, August 10, 2017
peluang
yang paling terkesan bila slot Identiti kat TV3
drama Cinta Korporat atau drama Cinta Antara Benua
mulala teringin nak pergi london
(plus selalu dengar cerita dr cousin yg selalu pergi london sebab abg2 dan kakaknya study sana)
(so deep inside saya tanam impian nak kena sana juga)
pastu ada drama lakonan umi aida dan m.nasir kat India
background Taj Mahal yang super cantik
mulala teringin nak ke India pulak (haha gelakkan dia)
(padahal masa tu tak tahu pun yg India dalam tv je cantik haha)
pastu masuk matrik filem AADC
Indonesia lah pulakkan hahaha
(film maker ni pandai betul tukar benda tak cantik jadi cantik)
(lalu mempengaruhi minda budak2 hingusan yg bernama nilam ni)
sementara dapat result matrik saya apply medic kat indon
(dapat..yahoo..universiti kat bandung..tak ingat nama universiti..tapi saya tak pergi haha)
habis degree plak saya terus sambung master
masa ni saya tak tahu canne nak apply biasiswa ke oversea
(jadinya mereputlah saya seorang diri di malaysia menghabiskan tesis master sampai 5 tahun)
masa tu ramai kawan berjaya sambung master ke oversea dan grad dalam masa setahun
(menjadikan saya wehhh kenapa saya tak buat master by course je..??nilai dia sama je kot)
lalu down...down...down....macam lagu yuna tu
jadi saya tanam impian nak ke oversea not as tourist but as a student
habis master. saya kerja. dan cari sana sini biasiswa yg membolehkan saya study di oversea
sana sini email potential supervisor..reject. tak reply. dan satu reply dengan tangan terbuka. dan sampai sekarang masih bertanya khabar.
dan apply biasiswa dan dapat..yahooo!!
but again...saya tak pergi......gelak sambil nangis sambil menyusukan umar yg berusia 10 hari sambil tengok opening ceremony olympic london hahahahahahahahahahahhaah (tak kelakar)
sampai sekarang masih terasa kekecewaankekecewaankekecewaanwhatsoversejenistakbolehmoveonkeapani???
dan kali ni. saya dapat peluang itu lagi sekali
dan sekarang saya rasa saya akan kecewa lagi.
Friday, May 13, 2016
kusatsu
paip yang menghubungkan shower dengan main paip tu berjenama "Kusatsu"
pastu i was like...Kusatsu desu...Kusatsu desu... hahahaa
mula la nak mengimbau balik kenangan kat Kyoto dulu-dulu
(tak habis-habis dengan cerita Kyoto haha sorry guys...)
Kusatsu ni train station sebelum Ritto Station dari arah Kyoto
dan 2 atau 3 station sebelum sampai ke Station Otsu
kat Otsu kita turun kat sini untuk ke graduate research lab
satu station sebelum Otsu plak station Zeze..kat sini kawasan student kyoto uni menyewa
Kusatsu ni bandar (bandar ke?) pertama saya pergi sebaik sampai kat Ritto
sebab kat Ritto takde apa sangat ...
rasa macam nak pergi sana lagi......T_T
tapi entah bila duit nak jatuh dari langit untuk beli flight ticket dan hotel dan makanan
nak pergi time sakura berbunga plak....
time winter macam cantek gak...hari tu kawan share gambar Kyoto snow sangat sangat
putih semuanya........cantek dan membeku lah agaknya hahahaha
nak nak pulak ada kawan-kawan duk share pasal "Sampah Man"
yg pasal student malaysia yang bekerja sambil belajar kat Jepun tu..sebagai pengutip sampah tu
pastu ada pulak orang share "20 sebab kenapa pelajar melayu di Jpeun tak nak balik Malaysia"
pasal kalau barang kita tertinggal kat mana kita boleh wat lek wat pis je tu..esok lusa polis datang hantar dengan keadaan yang masih sama macam kita hilang tu...
Malaysia? malaysia ada nasi lemak...nasi dagang...hujan dan panas sepanjang tahun....
papelah....yg penting...satu hari (dah habis study ni) saya rasa nak buat postdoc plak kat jepun haha
atau kat us...atau kat uk...kahkahkah mari kita gelakkan dia secara berjemaah....
hashtag beranganitufree hashtag berangandulupastuusahasampaidapat
dah la semalam rasa macam mini viva dah hahaha
present result sepanjang bergelar student ni
adoiiiii....
hasilnya?? saya buntu dah nak recheck tang mana lagi
2 3 minggu ni duk buat benda sama je...calculation error...lab error..semua dah recheck
team mate pun buat benda yang sama
aaaaa.....tolong!!!!!
isnin depan kena hantar correction...adoiiii......
tolong kami....bantu kami...kami anak anak yatim piatu ......................
ok lah
berangan dah
berehat pun dah
marilah kita start siapkan apa apa yang patut
Friday, September 18, 2015
fly away
saya ingat lagi
beberapa puluh tahun yang lepas
cousin saya baru habis spm, dan dapat interview JPA untuk ke oversea
masa interview tu panel tu tanya “awak ni saya tengok kecik dan kurus sangat ni…tak takut diterbangkan angin ke?” (soalan menguji minda ke apa ni? haha)
cousin saya tu dapat sambung belajar di Reading University dan sekarang dan menjadi salah seorang yang paling tinggi di JKR
dan rabu lepas seorang lagi cicit arwah Hjjah Wan Zainab dan arwah Hj Abdullah berlepas ke UK untuk study
di Reading University tapi dalam bidang undang-undang
she is the best student for SPM 2013, Anis. untuk tahun 2013, ada tiga orang lagi anak sepupu yang menduduki spm, dan tiga-tiga pun sekarang study law..seorang di UIA dan seorang lagi UKM. tapi ANis baru nk start sebab dia ambil A-Level 2 tahun. Alhamdulillah. semua pandai-pandai belaka. Cik Lang tumpang bangga.
semalam semua dah selamat sampai di London..
diorang singgah sekejap di rumah cousin di Winston Churchill
kalau korang yg berada di London boleh la singgah kat rumah cousin saya ni
dia pandai masak hahaha (sesuka hati je)
yang paling depan tu cousin saya (yg baju merah dan tudung leapord)
mereka dah lama tinggal kat sana, tapi hujung tahun ni nak balik malaysia dah
kepada Anis,
cik lang doakan anis belajar molek kat sana
jaga diri kat tempat orang
make us proud!
cik lang tumpang happy
doakan cik lang pun ada rezeki untuk ke sana macam anis hehe
--------------------------------------------------------------------------------
semua orang dah ke sana
saya?
hmm..
the time will come
sooner or later
kan?
doakan
please
Wednesday, August 27, 2014
#gazawins
pagi tadi
terjaga dari tidur
dalam pukul 4 pagi
(sindrom terjaga pagi-pagi yang entah bila nak stop)
baca timeline twitter
Gaza telah meraikan kemenangan ke atas Zionis
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Mesir akhirnya melancarkan genjatan senjata jangka panjang diantara penjajah Israel dan pejuang Hamas
Berminggu-minggu kita tengok gambar-gambar berdarah yang….
mungkin kita sendiri tak mampu nak laluinya
tapi Alhamdulillah atas berkat doa kita semua
sokongan kita semua
harapnya kemenangan terus-terusan milik Gaza
ameen ameen
dan apa yang paling best
diantara banyak-banyak bendera sepanjang meraikan kemenangan ni
bendera Malaysia turut sama dikibarkan di bumi Gaza sana
rasa macam………………….. :’)
terus-terusan memberi sokongan dan doa
untuk semua saudara islam
walau dimana mereka berada
----------------------------------------------------------
ada dua tiga doa yang dah dimakbulkan
tapi ada lagi yang saya tunggu tunggu untuk dimakbulkan
(boleh tak macam tu hiksss)
sabar ye cik nilam
apa-apa pun
terima kasih Tuhan untuk segala nikmat kegembiraan hari ni
:)
Friday, June 14, 2013
hadiah hari jadi
baru-baru ni
en.mm ada tanya nak apa untuk hadiah harijadi
dia ada cadangkan beberapa hadiah yg mungkin saya berminat
tapi kebanyakkannya macam benda yang dah ada
bukan ada la..tapi fungsinya macam nak sama
dan ada juga benda yang macam tak perlukan sangat
macam mesin jahit…
bila masa saya nak menjahit ni..? *dalam hati*
lepas fikir-fikir
saya dah tahu dah nak hadiah apa
jeng…jeng…jeng…….hihi
so saya bagitau en.mm
kalau ada rumah sendiri nanti
saya nak dapur yang lengkap
mesti ada oven
mesti ada microwave
mesti ada mesin buat kuih
mesti ada petisejuk
mesti ada blender
mesti ada kitchen pantry
mesti ada itu
mesti ada ini
pastu ini pun mesti ada
eh itu pun mesti ada jugak
pastu en.mm pun pening dan pengsan time tu jugak
haha…..
over lah sangat kan :p
takde la
sebenarnya
kalau ada oven dan mesin buat kuih pun dah ok dah
peti sejuk wajib la kan
brand apa-apa pun tak kisah
atau apa-apa yang memudahkan saya masak-masak nanti la
senang sikit kalau en.mm nak order makan apa ni hihi :)
dapat bayangkan
bakal dapur saya nanti tak ada besar mana pun
tapi cukup la untuk saya seorang yang uruskan nanti
orang lain jangan nak masuk campur
bahagian dapur saya punya tau
en.mm ke umar ke adik umar ke boleh main jauh-jauh heee
pasal warna
en.mm dah cakap dia nak warna hitam
ok. saya tak kisah. asal cantik dan tak serabut.
dan bahan-bahan masak mesti tersusun rapi dan tak bersepah
angan-angannya
saya nak yang macam dalam gambar ni
saya tahu takkan dapat the exact the same kan
tapi kalau boleh nak dekat sama pun dah ok
so hadiah jadi boleh skip sampai 5 tahun la..
boleh macam tu en.mm? :D
cukup tinggi tak angan-angan saya?
semua gambar saya ambil dari pinterest
dan
kalau boleh saya tak nak tak nak dapur yang macam ni
yang jenis kayu-kayu antik macam ni..pleaseeeeeee ^_^
ok
jangan nak banyak soal
jom kumpul duit dari sekarang!!!
bye.
eh jap
kalau ada anak perempuan
dan ada duit lebih
nak sangat set dapur untuk budak-budak
maklumlah
kecik-kecik dulu tak pernah dapat kan…. hihiok
bye
Friday, January 27, 2012
angan
ini cuma....ehemmmm....angan bin angan sahaja
cantik kan.... ? :)
memandangkan saya masih tinggal dengan mummy
dan bilik untuk saya hanya ada satu
jadi......bilik saya bilik baby juga :D
tapi...saja la berangan kan
baby cot yang gambar last tu cantik dan nampak tegap je
entah berapa keturunan boleh guna ni :)
yang besi pun boleh tahan cantiknya....mcm sangat klasik
teringat plak baby cot zaman adik-beradik saya dulu-dulu
besi mcm tu la...habis 4 beradik guna yang sama :)
dan saya rasa kalau baby girl tak semestinya warna pink
dan baby boy pun tak semestinya warna biru kan?
light green, light yellow, white, light grey pun sesuai gak rasanya...
yer dok?? :)
dan yang ni pulak
en.mm, ingat tak apa yang kita cakapkan pasal dahan-dahan kat delicious malam tu..?
kalau buat macam ni lagi kemas dan tak serabut..
cuma lukis dahan dan letak para-para untuk letak frame.... boleh ke...? :D
haihh....kalau diikutkan nak upload semua gambar-gambar yang cute kat sini..
geram betul nengoknya.... :)
apa-apa pun
yang penting mummy and baby sihat...
nah satu lagi gambar cute untuk korang...sekian.... :)
Wednesday, November 23, 2011
astana
semua orang ada DREAM HOUSE masing-masingkan
tak kira rupa macam mana
hiasan macam mana
tapi itu kita punya dream house
tak ada siapa boleh bantah hehe :)
saya tak ingat bila kali pertama saya mula fikir tentang dream house
mungkin masa di tadika atau sekolah rendah
bila mummy belikan satu set buku cerita Disney
yang penuh dengan imaginasi-imanigasi yang indah belaka
*biasalah nama lagi Disney. semua pun indah belaka. hehe*
tapi rupa bentuk dream house saya akan berubah ikut umur
ini yang saya inginkan dulu *kot* masa tadika
haha. sungguh kanak-kanak. :)
tapi apa yang saya nak sangat sekarang ialah macam ni
basic color: black and white
simple and exclusive
berangan dulu la kan.hiks :)
so, korang ada dream house juga kan. share nak? :)
Wednesday, October 12, 2011
jepang
macam hari ni. kelas pertama 9-11am
pastu sambung lagi 11-1pm.
macam mana nak cakap eh
penat satu. otak tepu satu. (.__.)
mana ada otak tepu.
tipu! tipu! :D
jadi.... apa-apalah
selamat bekerja kawan-kawan
jangan stress stress
tak bagus :)
nah sikit untuk menggembirakan hati sendiri
dengan berangan sekarang kita di jepun
*jauh dari nota kuliah-masalah student-exam paper*
minum kopi di cafe cute-comel berlatar belakangkan music jazz
camera lomo dan buku nota kecil tentang jepun di tangan
bunga-bunga sakura yang pink yang bersepah di kaki
makanan jepun dengan rasa yang paling asli
dan dan..jangan lupa kesayangan mesti ada bersama-sama :)
bye. selamat berangan. :D
Monday, June 27, 2011
environmental ethics
hari ini menjadi hari paling tak produktif
Friday, June 17, 2011
si hidung mancung
sangat muda. tapi pengalaman mengajar dan menjadi doktor sangat luas.
mula-mula saya ingatkan mesti berjanggut dan beruban putih
rupa-rupanya. kenapa muda sangat nih.
belajar di Manipal. lepas tu jadi doktor kejap. pastu mengajar di Manipal.
pastu pindah ke US. mengajar kat sana plak.
sekarang datang Malaysia. mengajar lagi dan lagi.
saya harap saya pun mampu jadi macam dia.
buat mummy bangga.
amin.
:)
Thursday, June 16, 2011
balcony
Friday, May 27, 2011
How many more times, love?
note: baru lepas makan karipap sebesar tapak tangan – free – persatuan pelajar2 islam buat makan free – untuk perkenalkan persatuan mereka kat student baru – kalau sesiapa nak rasa karipap tu boleh pergi kat pusat bandar damansara depan watson ada makcik bukak gerai kueh pagi pagi - macam tahu tahu jer saya tengah lapar - tengahari nanti makan kat kedai Gopal nak?







