Showing posts with label iamsapphire. Show all posts
Showing posts with label iamsapphire. Show all posts

Monday, December 4, 2017

kitaran hidup

bulan lepas ada postdoc baru register masuk kat department saya. Malaysian. 
graduan UPM. baru je convo time musim konvo baru-baru ni. 
dan baru minggu lepas baru sempat nak borak-borak
 (maklumlah lelaki. nak borak2 pun macam segan jugak) 
tapi sebab dia tanya kenapa dia punya pc tak connect dengan internet
 kalau tak memang dia kat hujung sana. saya kat hujung sini. senyap. hehehe 
 borak
 borak
 borak 
 sampailah part suami kerja apa. isteri dia plak kerja apa. 
anak dah berapa. yang sulong umur berapa.
 kenapa tak buat postdoc kat oversea. kenapa tak kerja je terus. 
last sekali. 
 "habis tu kalau suami takde awak sorang ke handle budak2?" 
"aah saya je la"
 "maid takde?"
 "takde" (senyum kambing) 
"fuuhhh kalau isteri saya, seminggu saya tinggal outstation boleh haru jadinya."
 "awak berbulan2 tinggal. larat ek."
 "larat je huhuuhuh" (huhu je la).

 kalau ikutkan hati memang tak larat jugak 
sampai boleh jadi naik hot kalau anak-anak buat tumpah air bla bla bla
 kadang-kadang nak je suruh suami amik maid sorang. 
untuk buat kerja-kerja rumah (basuh baju, basuh pinggan, kemas rumah) 
ni kita la kemas rumah kita la jugak suap nasi 
last sekali anak-anak tidur kita pun sama naik terbongkang keletihan 
walaupun dah biasa tapi jauh disudut hati kenalah kuatkan diri capai kain basah lap air tumpah tadi 
nak ada maid macma tak mampu lagi. plus canne ek ada orang asing dalam rumah?
tapi best jugak kalau ada orang yg boleh basuhkan baju. mop lantai setiap hari. bunang sampah. kan?
 
patut ke saya dapat duck scarf setiap bulan sebagai reward? (tiba-tiba hahahah)

Monday, November 6, 2017

16 years ago today

hari ni hari pertama SPM 2017
saya punya hari pertama SPM ialah pada 16 tahun lepas
pada tahun 2001 di MRSM Kota Putra, Besut
bilangan subjek? 10 subjek (yg wajib 9 tapi mengada tambah 1 tassawur islam)
keputusan? 4A 4B 2C
sangat sangat teruk dalam sejarah peperiksaan besar hidup saya 
sad...sad...sad...
menyesal? banyak menyesal
bestfriend saya dua dua 10A
cinta hati (waktu tu) pun 10A
saya je..takde rezeki...nasib tak cukup baik...? entah
nak kata tak study..study je...tak cukup study hard kot...

adik-adik yang bakal ambil spm tahun-tahun depan
jangan leka...study...study...study dan study..
hafal..hafal...hafal...
buat latihan banyak-banyak...
solat hajat banyak-banyak...doa banyak-banyak
seterusnya berserah kepada yang Maha perancang..dia lebih tahu
jangan jadi macam kakak nilam ni haa... haha

tapi apa yang saya belajar dari kegagalan terbesar dalam hidup ni
saya tahu pelajaran tu amat penting...
awak nak buat apa sekali pun belajar tetap belajar
nak bercinta ke nak join sport ke...belajar tetap nombor satu
dan saya rasa yang mengerakkan saya untuk sambung study sampai peringkat sekarang
pun sebab cita-cita nak jadi doktor zaman spm tak kesampaian
makanya bertungkus lumus la buat master dengan lab yg susah gila
dan skang dengan analisis data GIS yang entah macam mana ntah pening kepala inewww

kesenangan tak datang bergolekkan
semua pun bermula dari bawah...
kawan-kawan yang sekang dah MO dan pun tengah sambung master pun bersusah payah belajar 6 tahun..pastu mengadap zaman HO yang letih dan tak cukup tidur..

tapi jangan la pulak
"dia tu spm 4A je..boleh je buat phd" no no no no...
itu konsep yang salah ok..
apa-apa exam pun penting..upsr pmr spm stpm smeua penting
penting sebab kita menggalas harapan ibubapa yang tinggi
(sorry mummy..mesti mummy kecewa dengan result spm lang dulu kan :( )

ok lah
entah apa yang saya cakap ntah haha
kalau baik ambil..kalau tak baik jadikan kenangan (betul ke?? pelik je bunyinya)

so here we are today with our juniors
(muka semua nak copy paste je hahaha)
dari kanan: Dr. Nina, Dr. Diana dan Dr. Nilam (soon soon soon to be doakan eh)
yang paling saya pasti kenangan di Kota Putra adalah antara kenangan paling best

bye

Wednesday, August 23, 2017

apa-apalah

seminggu juga saya bersedih hati
hahahaha (gelak fake)
beberapa kali juga hujan banjir ribut taufan di office
sampaikan kawan saya (Taher) tanya whats wrong
mungkin sebab mata dan hidung merah kot
dan time tu jugaklah dia nak tanya soalan
hahahaah (gelak ikhlas)
takpelah...mungkin rezeki kat tempat lain kot
kalau tak 25hb ni dah fly dah..13jam penerbangan
transit kat istanbul 10jam...pastu flight ke tallinn 2 jam
berapa jam semuanya tu? :)
time to time...dah dapat terima kenyataan
dan baru isnin lepas bagitau supervisor kat sini dan kat sana
dan sv kat sana tak reply lagi
hmmm...segan sungguh nak email cakap nak cancel
tapi kena juga email...sebab segalanya dah disediakan untk saya kat sana
ramai orang tanya kenapa nak pergi sangat
jawapan saya senang... untuk pengalaman dan mencantikkan cv
yupss..untuk cantikkan cv..
sebab sekarang semua orang ada publication..semua orang
tak kiralah scopus ke isi ke..semua orang ada
tapi attachment ke luar negara? hmm..saya rasa tak ramai...(saya rasalah)
tapi semua orang tak faham...semua orang faham sebab nak merasa winter..hmm...
apa-apalah...
minggu lepas saya apply satu seminar kat singapore
3 hari..gabungan university dari malaysia, singapore dan china
dan untuk terpilih akan ada mock presentation peringkat fakulti
(sebab student dari fakulti sains je boleh apply)
dan yang ni husband bagi green light... hmmm
harap sangat saya terpilih...doakan eh
ok lah...bye bye..jap lagi ada meeting dengan sv plak...
doakan yang terbaik untuk cik nilam ni..aminn :)

Thursday, August 10, 2017

peluang

selalu cepat terpengaruh dengan drama kat tv
yang paling terkesan bila slot Identiti kat TV3
drama Cinta Korporat atau drama Cinta Antara Benua
mulala teringin nak pergi london
(plus selalu dengar cerita dr cousin yg selalu pergi london sebab abg2 dan kakaknya study sana)
(so deep inside saya tanam impian nak kena sana juga)
pastu ada drama lakonan umi aida dan m.nasir kat India
background Taj Mahal yang super cantik
mulala teringin nak ke India pulak (haha gelakkan dia)
(padahal masa tu tak tahu pun yg India dalam tv je cantik haha)
pastu masuk matrik filem AADC
Indonesia lah pulakkan hahaha
(film maker ni pandai betul tukar benda tak cantik jadi cantik)
(lalu mempengaruhi minda budak2 hingusan yg bernama nilam ni)
sementara dapat result matrik saya apply medic kat indon
(dapat..yahoo..universiti kat bandung..tak ingat nama universiti..tapi saya tak pergi haha)
habis degree plak saya terus sambung master
masa ni saya tak tahu canne nak apply biasiswa ke oversea
(jadinya mereputlah saya seorang diri di malaysia menghabiskan tesis master sampai 5 tahun)
masa tu ramai kawan berjaya sambung master ke oversea dan grad dalam masa setahun
(menjadikan saya wehhh kenapa saya tak buat master by course je..??nilai dia sama je kot)
lalu down...down...down....macam lagu yuna tu
jadi saya tanam impian nak ke oversea not as tourist but as a student
habis master. saya kerja. dan cari sana sini biasiswa yg membolehkan saya study di oversea
sana sini email potential supervisor..reject. tak reply. dan satu reply dengan tangan terbuka. dan sampai sekarang masih bertanya khabar.
dan apply biasiswa dan dapat..yahooo!!
but again...saya tak pergi......gelak sambil nangis sambil menyusukan umar yg berusia 10 hari sambil tengok opening ceremony olympic london hahahahahahahahahahahhaah (tak kelakar)
sampai sekarang masih terasa kekecewaankekecewaankekecewaanwhatsoversejenistakbolehmoveonkeapani???
dan kali ni. saya dapat peluang itu lagi sekali
dan sekarang saya rasa saya akan kecewa lagi.

Tuesday, July 25, 2017

masak memasak

encik suami dah balik
lalu mata akal menu apa nak masak setiap malam
takde hal kalau tiba-tiba dia ajak makan luar
atau dia rajin nak masak
tapi kita dari petang dah fikir nak masak apa
kang nanti komen pulak kita masak lauk sama
(dia tak komen..tapi kita tahulah kan hihi)
(atau saya yg serkap jarang? memandai je)

korang ada idea tak nak masak apa
atau boleh share "menu sebulan makan malam yang super simple sesuai untuk para isteri"
hehehe

jangan bagi idea masak nasi arab atau nasi minyak plak :D

satu lagi
anak-anak pulak jenis memilih
masakan paling fav sup ayam carrot
(ayam tak makan..makan carrot je)
fatimah plak kadang-kadang tak nak kuah langsung
nak nasi putih dengan ikan goreng je
habis tu canne?
katakan semalamdah buat sup ayam
takkan malam esok nak buat sup ayam jugak
korang masak lauk asing untuk anak ke canne?

adoii
dah nak masuk tahun ke 6 ada anak pun
masih blur bab bab masak memasak ni


yang benar,
mommy yang setiap masa kena belajar benda baru

Wednesday, July 19, 2017

ini adalah pengakuan

kadang-kadang rasa nak marah je
entah kenapa...tiba-tiba je
bencinya...
semalam contohnya
bilik bersepah..carpet banyak rambut
biskut bertaburan
jadi nak vacuum
fatimah tekan vacuum on off
umar nak main main batang vacuum
pastu saya jerit
(i know..semua org cakap tak boleh nak bayang canne saya marah n jerit2)
sila bayangkan sekarang...sama je macam mak mak lain..

penat ke?
penat juga...
tapi balik saya tak masak..
saya harapkan adik saya yang masak
saya tahu dia pun agak marah sebab dia je yg masak
saya ni? duk harap dia je masak
tapi saya tak buat apa apa..
balik dan tengok tengok budak-budak je
kadang-kadang sampah pun dia yg buangkan
teruknya la


pastu malam
lepas makan basuh botol susu yang melambak
rasa penat dah haha (basuh botol pun boleh jadi penat ke?)
pastu rasa nak tidur dah..tapi kena pump susu dulu
pump susu ..pastu fatimah kacau lagi..umar nak main tab..
saya marah lagi..jerit lagi...hud terjaga..
bencinya...saya nampak fatimah macam sedih :(
bencinya..kenapalah tak boleh sabar sikit...
layan je la..mungkin fatimah nak gurau-gurau dengan saya kot
pastu semua kena paksa tidur..
semua pun tidur..
esok sama lagi..
encik MM pulak kena extend 3-4 hari lagi...ntah bila boleh balik..sepatutnya hari ni...

canne korang..mak-mak sekalian alam handle benda benda macam ni??
 

Wednesday, May 10, 2017

finally ter-update

 kenapalah tahun ni kerajinan dalam penulisan blog nampak begitu jatuh merundum sekali tahun ni?
kenapa? kenapa? kenapa??
instagram dan yang lain-lainnya dah menjauhkan saya dengan blog kesayangan saya ni
ish ish ish... tapi kat IG pun jarang juga update..apa tah lagi kat fb...
habis tu hang buat apa selama ni??

ok lah..
bagi menghargai pembaca-pembaca blog saya sekalian alam 
(bajet artis sangat kihkihkih)
saya buat rumusan je lah k tentang apa yang dah terjadi 
dalam kehidupan saya setakat ni 
last update ialah pada bulan March yang lepas?? ish ish ish
maafkanlah saya yer pembaca kesayangan saya :(

Hydrology Class
 bulan 3 dan 4 hari tu, supervisor saya minta tolong saya jagakan class untuk budak-budak degree
degree in environmental engineering.  Bukan kelas sebenarnya, lab je pun. satu lab Hydrology (yang satu apa pun saya tak tahu haha nasib baik ada kawan saya yg datang tolong) dan satu lagi lab environmental (yang ni memang bidang sayalah...) studentnya tak ramai pun...dalam 10-15 je...sikit sangat..betullh statistik yang duk viral dalam social media tu kan..memang dah ramai student sains...semua nak jadi artis ke? 

Fatimah first dental visit
kesian fatimah. satu hari tu dia duk nangis je. saya pun macam hilang punca kenapalah budak ni seharian duk nangis-nangis ni?? *sampai naik hot jugak lah* Fatimah pulak jenis pelat lagi nak bagitau itu ini. memang susah sangat nak faham. kadang-kadang saya sorang je yang faham. abahdia memang tak faham sangat. so seharian stay dengan abah memang duk nangis je lah kerjanya. so petang saya balik dari UM rupanya Fatimah sakit gigi. Gigi depan. terus ke klinik gigi kat Vista Alam, Sect 14, Shah Alam. klinik gigi kanak-kanak. tapi tutup pulak. kesian Fatimah. Esoknya pergi klinik doktor cakap kena tampal sikit gigi depan tu sebab dah patah separuh. serpih. doktor cakap sebab fatimah suka minum susu botol pastu kemam dalam mulut. sebab tu gigi cepat rosak. kesian fatimah meraung dalam operation room tu. dari mula smapai habis panggil "aboh...aboh.." *tak panggil mummy pun :( so sekarang fatimah dah tak minum susu dalam botol dah. minum dalam sipping cup je. so that dia takkan kemam susu dalam mulut. klinik gigi kanak-kanak tu best sangat. kids friendly. tapi harga pun best jugak lah. hahaha.

Aiskrim Malaysia
first time buat aiskrim malaysia. umar suka betul. especially perisa milo. macam milo lori katanya. haha. saya buat pendek-pendek je sebab budak-budak bukannya habis pun makan kalau buat panjang-panjang. 

Chef Aboh
Aboh kalau sesekali balik cuti memang suka betul masak. sejak habis pantang ni kitaorang dah balik rumah sendiri. sepanjang tu aboh je lah yang masak. yeay!! saya jagakan budak-budaklah. kemas-kemas rumah je la. still tak boleh goyang kaki tengok tv hahaha cumanya aboh kalau masak take time sikit. haha. sebab semua benda nak freshly blend. macam cili boh. bawang kisar. saya guna je yang dah siap saya blend. *sebab mana ada masa. nanti hud nangis plak. fatimah nak poo poo pulak* antara makanan yang aboh masak...

Ruang kosong
ingat lagi tak post saya pasal first time beli meja kerusi kat ikea dan pasang semuanya sendiri? ingat la ingat la..hehe. so baru-baru ni kawan saya masa kat UKM dulu baru start online business carpet cantik tapi murah. carpet ala2 scandinavian atau ikea tu..tapi harga jauh lagi murah. kualiti sama. nak beli yang ikea pun tak berapa nak mampu lagi. nak beli kat kedai2 parkistan pun tak mampu juga. nasib baik ada carpet murah kawan saya jual tu. berbaloi-baloi. hehe. kalau ada yang berminat boleh ke IG zarisca.my. dah tak kosong lagi ruang kosong di dapur kecil ku ni :)

My adik ipar is my proof reader
untung juga la ada adik ipar yang pandai baha inggeris ni. hehe. nak dekat 8 tahun kat oversea. bahasa omputih ni macam kacang r. so baru-baru ni saya nak kena submit paper. seperti biasa bila last minute memang takde sape la nak terima paper 20 pages untuk di proof read. makanya dengan muka tebal minta tolong adik ipar. hehe. fuhhh banyak juga grammar error. ish ish. malu betul. tapi lantaklah asalkan boleh submit on time. 

Rezeki
Alhamdulillah. dalam kegawatan ekonomi sekarang ni aboh dimurahkan rezeki . ada beberapa job yang dia dapat. Alhamdulillah. lega betul hati ini. sekarangkan bidang oil and gas ni banyak betul yang kena buang kerja kan. Rezeki anak-anak. Makanya Aboh dah fly ke Brunei. Semoga dipanjangkan rezeki aboh. Amin. 

Tech-Post
Bulan lepas saya ada join satu conference anjuran UM. POst grad conference yang mana all accepted paper akan di publish dalam ISI journal. so rugilah kalau tak join kan.saya cuma present result yg ada je. paper saya under Civil category. Pastu yang tak disangka-sangka sangat tu saya menang Best Presenter untuk Civil./ hahaahahah kelakarkan. dah la mas nak kena present tu saya duk menunggu kat bilik yang salah. sampai comittee panggil pastu terkejar-kejar masukkan slide dalam pc present dalam keadaan termengah mengah. ish..tapi Alhamdulillah. sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat saya yang jatuh merundum kebelakangan ni. hehehe. 

apa lagi nak cerita??

now everyone can cook
Dah lama tak masak-masak. Kali ni saya buat puding caramel. resepi copy sebijik dari blog hana memories. menjadi sangat. umar pun cakap sedap betul. satu hari je dah licin. kalau takde ABoh memang ala kadar je la masaknya. lauk makan tengahari pun dua jenis je. tu pun ikut selera budak-budak. takleh yg pedas sangat. nak yg sup je. hmmm. pagi plak. nak pan cake je. ok lah daripada makan hot dog je kan. cuma skang nak lagi best saya minta Umar join sekali kacau bahan-bahan dalammangkuk. Umar suka la. macam main masak-masak. hehe.

On the go
Breast feeding journey saya kali ni. saya rasa sama je macam umar dan fatimah dulu. kalau stress dia akan berkurang sikit. kalau makan alfafa dia kembali banyak. baru ni ganti puasa kurang juga sikit. nanti puasa sebulan harap tak berkurang sangat la. nasib ada yang frozen punya. boleh la buat top up. selalunya saya akan pump dua kali kat UM. satu pagi. satu petang. kadang-kadang duk asyik sangat buat kerja memang termiss sesi petang. jadi. hmm. yang jangan tiru ye. saya pump sambil drive. breast pump saya tu bukan la jenis handfree. kena pegang. jadinya satu tangan pegang stereng. satu lagi pegang corong breast pump. huhu. tapi ok la. jalan nak balik Shah Alam kan jam je. slow je perjalanannya. jadinya ok la bawa kereta satu tangan je.

Face app
mudah terpengaruh. dan mudah mempengaruhi. hahahah. sape je yang tak try lagi app ni? pergi try sekarang. hahaha. saya try dan hmm...agak memberangsangkan juga hasilnya. rupa saya masa tua sebiji macam makcik saya. haha. masih comel dan cantik walaupun dah pangkat nenek. hehehe

33  
happy birthday to me. yang ke 33. dah tua. tapi masih lagi belajar. dan tak punya kerja tetap. dan tak punya kereta sendiri. dan masih tak mampu beli duckscarf. sedihkan? 33. bukan sekadar nombor. dah punya 3 orang anak. seorang suami. of cos hehe. kesihatan yang baik. anak-anak sihat. punya keluarga yang best. kawan-kawan yang pandai dan banyak menolong dalam siapkan tesis. Alhamdulillah. dah 33 tahun dapat bangun pagi dan meneruskan rutin harian. teirma kasih Tuhan. Terima kasih semuanya. :)

CD?
CD?? oh my. hujung bulan ni nak kena menghadapi candidature defense. berdebar dia macam nak viva. kalau viva lagi berdebar kot. hahaha. untuk CD kali ni saya cuma boleh present dua objective yang dah tercapai. tinggal satu lagi objective yg kena siapkan selepas CD nanti. slide tak siap lagi ni. data analysis pun tak siap lagi ni..aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. tolong!!!!!!!!!!!!!

ok. bye. nak kena fokus kat CD. eececeecece
bye bbye. jumpa lagi. tahun depan. :p

Friday, September 23, 2016

cerpen minggu ini

seminggu yang lepas saya rasa hari yang paling takde mood sekalai dalam dunia ini haha
entah...macam-macam yang berlaku...
dari sepatutnya happy menjadi satu kerunsingan langsung masuk fasa entah apa-apa je
en.MM was not around to talk to
makanya pendam la sebuah luka yang lara hehehe #overtau

tapi tu la
ALhamdulillah...dengan ada YB Umar dan Mek Fatimah
boleh buat-buat happy dan bergelak ketawa
boleh la lupa kejap masalah yang melanda
padahal dalam hati .... rasa nak lari ke hutan belok ke pantai je

tapi bila budak dua orang ni buat perangai
memang tepat la pada waktunya...kena la marah sebakul dua hehehe
sorry umar
sorry fatimah

sabor je la kan :)

tugas-tugas seharian saya
(kalau en.MM offshore)

masak..kalau en.MM ada ..akan ada hari-hari yang bila malas masak boleh gi makan kat luarkan..tapi kalau bertiga je dengan budak dua orang ni...nak taknak kena masak juga la..masak simple simple je pun tapi nya
 kalau ada hari balik dari UM awal..macam semalam...bawak budak2 ni main kat playground...kesian umar..balik sekolah asyik nk main slide je..tapi dah kalau sampai rumah pukul 6..canne?? nak masak lagi..nak rehat2 kejap lagi... T_T
 hantar dan ambil umar kat school...hantar dan ambil fatimah kat rumah tokma..
mandikan...tidurkan...suapkan makanan...segala macam lagi #sayapatutdapatbagLVsatu hehehe

nak gajikan maid tak mampu
tapi kalau ada maid kena fikir pasal maid plak 
ada orang asing plak dalam rumah
tak best..tak best...

sabor je la
syurga menanti mu cik nilam :)

semalam pergi checkup kat Dr. Siti Mariam
doktor siti ni yang sambut kelahiran Fatimah dulu
in sha Allah doktor yang sama akan sambut yang ketiga nanti
aduhhh berdebornya..T_T

saya dah minggu ke 33 dan 5 hari
doktor siti cakap baby kecik..tapi sesuaila dengan keadaan tubuh badan saya ni
berat baby 1.7kg
nampak tak gambar scan tu..
baby buka mata 

macam nak cakap
"takpe mummy...everything will be ok..sabar ok"

ok lah..
selamat berhujung minggu
minggu ni mungkin tak ke mana
sebab minggu depan Umar ada exam
nak kena practise tulis ABC 123
baca buku pun tak lancar lagi
tahun depan nak masuk 5years dah..
doakan eh!

Ki wo tsukete!!!

Wednesday, April 20, 2016

the incredible


sejak pengalaman buat labwork masa master dulu
saya rasa macam tak nak dah buat labwork 
(masa tu baru habis labwork master..jd fikir kalau buat phd mmg taknak dah buat labwork)
tapi sekarang nak tak nak kena cuba cuba menyayangi labwork sepenuh hati
meaning ... kalau result tak cantek kenapa boleh jadi tak cantek
kalau tiba-tiba sample jadi putih tak kuning macam yang lain..kenapa? kenapa?
light yellow yang macam mana kita perlu tentukan sebelum masukkan 1ml starch
benda-benda macam tu kadang-kadang buat saya jadi penat LOL
tapi sebenarnya untuk masa akan datang akan menjadikan lebih mudah untuk saya buat report
atau tulis kat chapter result & discussion nanti
tapi penat dia Ya Allah Ya tuhan...sampai boleh termenangis tak tentu pasal hahaha
saya tak tahu mungkin sebab tengah pregnant
atau penat yang berpanjangan yang tak berkesudahan
balik buat lab tempuh jalan jem
balik rumah melayan umar fatimah masak basuh baju segala benda
dan esok sambung lagi
benda-benda canni buat saya rasa nak ada maid
so balik rumah makanan dah tersedia atau baju dah terlipat cantek dalam cabinet
hal-hal mandikan fatimah umar boleh buat sendiri
tapi tak boleh...kalau saya bergaji lain cerita...
en.MM pun komen dia whatsapp hari ni esok petang baru reply
kadang-kadang jauh disudut hati nak je en.mm kerja normal 8pg-5ptg
tapi dengan keadaan sekarang mana boleh mengade-ngade sangat
dia berkorban saya pun kena berkorban juga
saya taknak jadi supermom sampai kepenatan sepanjang  masa
saya taknak...please...
penat itu tak best
#menangisbawahmeja

Thursday, March 31, 2016

letih

pagi tadi nak hantar umar ke school
umar berdrama lagi..dari nak keluar rumah
sampai lah depan pintu school
pastu teacher datang amik dan bawak masuk dalam
sorry umar..

pastu hantar fatimah ke rumah tokma
saya plan, tahun depan fatimah masuk 3 tahun dah boleh hantar daycare sama macam umar
harap ada rezeki lebih untuk bayar yuran fatimah plak
sebab nanti baby ketiga ni keluar..kesian plak kat tokma nak jaga cucu
dah macam buka taska :(
sorry tokma

dalam kereta makan sandwich telur yg saya buat sebelum gerak td
sebab macam lapar sangat..semalam makan roti je
macam tak berselera..tapi lapar..canne tu
pastu tiba-tiba je rasa macam penatnya
boringnya..penat lagi...boring kali 100x...
tiba-tiba rasa nak baring sambil tengok program masak-masak

macam tak dapat bayang nak melayang tiga orang askar nanti hahaha
ya Allah permudahkanlah segala urusan

*****
pagi tadi kat era
(yups pagi2 saya dengar era. sila jangan kecam saya.
kalau saya dengar radio bernama mengantuk pulak. jadi......)
topik dia trend lelaki/suami suka memasak sekarang
trend ke? bagi setengah orang mungkin
tp mungkin juga bagi saya sebab suami isteri sekarang kebanyakkannya bekerja
yg isteri balik rumah bukan je kena masak, nak kena basuh baju, lipat baju,
sapu sampah, lap meja, kemas rumah
takkan la nak tunggu hujung minggu baru nak kemas..ye dok?rimas la juga kan
jd nya bagi saya mungkin sesetengah lelaki/suami ni kesian tgk isteri
jadi sesekali tolong la masakkan...ye ke?? hahhaa (bagi saya la)
sbb klu nk tolong lipat baju. nnt tak ikut spesifikasi plak
atau nak kemas rumah nanti ala kadar plak. jd ke dapur la kot hehe
kalau en.MM kadang2 ada hari rajin la dia ke dapur
kadang2 masakan dia menjadi mengalahkan saya.
kadang2 tak menjadi langsung hahaha. tawar la. masin sangat la. hahaha sorry!

ok lah
saya pun bukan pandai sangat masak
masak untuk diri sendiri tu boleh laa
tapi harap suami2 tolong la isteri2 . kesiankan la kekasih hati awak tu hehe
tiba2 rasa nak amik maid hahahahah #mariberangan

Thursday, January 21, 2016

my days lately

tak ada yang menarik sangat tentang hari-hari yang masuk hari 20 tahun 2016
pergi lab..balik lab..ambil umar...masak..makan...tidur
repeat 20x
boring kan hehehe
ditambah pula dengan berita-berita baik bagi orang lain tapi berita yg meng-jealouskan bagi saya
haaa..camno tu...hehhee

i need good news 
apa sahaja lah
sekadar nak menceriakan hati ini eceehhhh :D

gambar tahun 2009 ni
di meja kerja ...wastu ni kerja di cheras
dari dulu sampai sekarang kemaruk dengan UK dan seluruhnya hahahaha
(sampai husband pun naik bosan bila cerita pasal ni #sedihkita)

ok lah
sebenarnya hari ni saya bekerja dari rumah
sebab ada perabot yang dah diorder nak sampai jap lagi
tapi seriously tak boleh la..
asyik ngantuk je... baru berjaya type 3 ayat...haihhhh

tolong!!!


Wednesday, January 6, 2016

hello 2016

cuti tahun baru yang lepas
ramai yang habiskan masa ber-holiday dengan family
family saya? stay at home je sobsss
sebabnya saya samplingkan on 29th pastu kena sambung buat labwork sampailah new year eve
makanya bertapalah kita di lab dan dirumah
pastu kena siapkan report lagi
pastu............
double the sobsss T_T
#postgradstudentproblem #dontblamenajib #takdekaitan

jadi on new year eve
saya kena siapkan e.coli test
sambungan daripada semalam punya test
dan Alhamdulillah this time e.coli is showing up woohooo
clap!! clap!! clap!!

cantik tak? cantik kan? hahaha
the blue dots are the e.coli yang sebelum ni malu-malu nak keluar
saya tak tahu apa yang silap dalam labwork yg lepas
either the dilution or the temperature 
tapi kali ni Alhamdulillah

tahun baru dimulakan dengan merasa ice cream nyor huuhu
the famous sangkaya
kedainya baru buka kat Plaza Masalam. sebelah rumah je. so kena try lah
yang saya makan ni harganya ialah RM10.50
ada 4 scoops dan ada 2 flavor iaitu coconut and thai tea
saya pilih coconut
bagi saya biasa je...macam makan ice cream pakcik2 jual atas motor round kat rumah tu
heee...sorry.... tapi sbb nak rasa kan...
lepas ni tak rasa dah kihkihkih

malam tu the chef Aboh beraksi di dapur dengan kepakaran western foodnya
kali ni lamb chop with black pepper source, mashed potato and steam veges
sedap menjilat jari kihkihkih
mashed potato yang paling sedap kalah kfc punya kalah restoran lain punya hahahaha
#jangancakapakaktakpayung
chef aboh kalau bab masak western food ni dia memang pakar
tapi lama betul prosesnya...dan habis kecah dapur ku yang bersih itewww

tengahari esoknya pula giliran saya pulak masak masak
sebab dah lama tak makan nasi ayam
makanya ber-nasi ayam lah kita pada 2 januari 2016
resepi boleh follow kat sini
kali ni nasinya menjadi baik punya
cili nya pun menjadi
kira menjadi lah kali ni

akibat sikap yang mudah terpengaruh dengan apa sahaja yg ada di media sosial
terutama sekali Pinterest
dengan bersemangatnya terhasillah my very first Surprise Inside Cake wohooo!!!
kurang menjadi sebab star tu sepatutnya kat bawah sikit
sebab terlebih letak base-nya. jadi dia naik lebih
next try kena letak sikit je bestnya
dan star tu buat nipis2 je..
umar paling "wauuu wauuu ada star dalam cake umar" hehehe

kajol memang cantik kan? makin cantik
shah rukh khan plak handsome ... macam dulu dulu
filem ni cantik...iceland memang cantik
pernah tengok story of walter witty? yupss...tempat yang sama
cuma saya rasa jalan cerita diwale ni biasa je..typical...
saya bayangkan se-power kuch kuch ho ta hai atau pun kabhi kushi kabhi gham
meleset....hehehe..tapi still ok
ada part yang lawak...ada part yang sweet sweet...
akan tgk lagi sekali..tp bukan kat wayang #bazirje tengok kat rumah je

last sebelum school starts dan labwork menanti untuk disiapkan
ke taman layang-layang, kepong
first time ke sini
best...umar berlari lari 
"kite batman....tu kita banana...besarnya kita frozen" haha tak habis2
fatimah makan je kerjanya
first time juga saya berjaya terbangkan layang layang
senang je rupanya hehehe

so thats sum up my new year weekend
i guest a good start for a great year ahead amin...amin...


oh, saya dah  jumpa planner yang best
tak pasti apa namanya..tapi harganya cuma rm12 
macam agak murah gak kan..
tapi tak beli lagi hehehe (dah masuk hari ke 6 dah ni)
tgk lah canne..

bye!
 

Thursday, December 31, 2015

the best nine

the last day of 2015
time flies really fast
now i need to plan my 2016 goals

so here are my very best of 2015

tahun 2015 start dengan umar officially to school. Not the real school just a daycare but we love to call it as school. you know. hehe. with the uniform. school bag. student's file. He's grown up. besar dah Umar. teachar cakap umar pendiam. dan dia ada geng pendiam kat school. katanya bercakap melalui kuasa minda. haha. kalau nak mandi umar dah boleh take off baju sendiri. pakai kasut sendiri. makan sendiri. tahun depan starting 7th January he will be in 4years class. the real class. reading class. phonics class. art class. solat class. etc. dan paling best baru-baru i just found out he already knwo abz to z and 123 to 10. at 3 years. kalau saya masa umur 3 tahun dulu mungkin saya tahu abc je kot. huhu. so mentang mentang dah kenal abc kat mana mana kalau jumpa perkataan yang besar umar akan baca huruf satu satu. happy sangat tengok. :) so canne nak ajar baca pulak? any ideas?

my baby sister is married. the last one in the family. Alhamdulillah. bertemu jodoh dengan orang Penang. kawan kepada abag ipar saya juga. dulu susah betul nak ke penang. ye la macam tak ada alasan. sekarang macam tiap tiap tahun mesti sekali at least saya ke penang. tapi adik dan husband PJJ. sorang si shah alam. sorang di penang. setiap weekend diorg akan bergilir balik shah alam. minggu depan balik penang. macam tu lah sampai.....tak tahu bila. mungkin bila husbandnya dapat tukar kerja kat putrajaya. semoga emi bahagia selalu sampai bila. dikurniakan anak anak yang soleh solehah.
 
 officially registered as a phd student in UM. session 2014/2015. saya registered on semester kedua sebab masa semester pertama yang sepatutnya semua orang register saya ada hal apa ntah. lupa dah. tapi Alhamdulillah. semua ok. mula-mula sangat risau dengan yuran pendaftaran yang tinggi. kalau boleh tak nak menyusahkan sesiapa lagi. nasib baik by the time saya nak register tu mybrain saya dah diluluskan. so masa registration tu cuma bawa surat tawaran byrain dan walaaahhh selesai. Alhamdulillah.


first time dalam hidup saya masak untuk sejumlah tetamu. tetamunya keluarga saya dan keluarga mertua je pun. hahaha. tapi ramai juga la (bagi saya). dan the menu was soto, puding, sate, fruits, kek, dan sirap. yang saya masak soto je pun. tapi leceh kot nak buat soto. dengan begedilnya. dengan isi ayam yang perlu dicarik-carik. tauge yang perluu dicelur dan dibuang ekor. lada kicap. fuhhhh. berpeluh jugak r. dan Alhamdulillah semua memberikan kritikan yang sungguh membina. katanya ada yang teringat-ingat soto saya. hahaha. thanks for coming for our open house kecil-kecilan. :)

 berpantang kali ke 3. but this time is so special. :) tak lama sangat. dan tak ketat sangat. ikan bakar dengan olive oil, garam, lada hitam, kunyit dan nasi kosong. yumsss. but still no ice for 100 days. yang ni tak boleh mengelat. angkat barang berat2 pun tak boleh. ada hikmah disebalik semuanya. fatimah is not ready to be kakak. umar still need my full attention. really need to focus on my research. tapi seriously baby, mummy more then happy to have you. walaupun tesis sangat tensen. mummy tak ada gaji cuma mybrain. walaupun kakak fatimah sokmo manja manja. mummy is always ready. :) sepatutnya bulan 4. saya rasa kali ni macam baby boy. entah. heee. InsyaAllah...ada la tu nanti... :)

 got to meet my Prof Paul Brunner. the guru in material flow analysis. it was so nice to finally meet him. the way he comment and gave suggestion during the conference. we know he is such walking reference for many books especially waste. harap satu hari nanti dapat bekerjsama dengan beliau.

berita sedih untuk seluruh keluarga. Pagi jumaat yang redup dan mendung arwah PakHitam pergi selamanya. arwah macam ketua keluarga. segala macam keputusan mesti mendapat persetujuan atau at least pandangan arwah. seorang yang banyak tolong especially keluarga saya. macam-macam. semoga arwah pakhitam bahagia di sana dan ditempatkan dengan mereka-mereka yang beriman.

lepas beberapa abad meninggalkan kerja-kerja di lab. tahun ni saya terpaksa-rela melibatkan diri sekali lagi dalam dunia labwork. keluar ke tempat tempat yang tak diketahui. ambil sample seharian suntuk. balik kena sambung buat labwork. dan labwork berlanjutan sehingga seminggu. dan analisis data. dan submit progress report. Alhamdulillah. lepas beberapa kali cuba untuk dapatkan data dan gagal. doing the labwork at least saya ada data sendiri. walaupun penatnya. (maklumlah usia dah senja...) so this labwork thing akan berakhir hujung tahun depan. InsyaAllah. amin. dan saya konvo. amin amin amin. heeee #berangan semoga segalanya berjalan lancar. amin amin. doakan eh semua :)

so the highlights of the year is the Japan Trip of course. hehe. never dream to have this chance to actually go and be student in kyoto uni walaupun cuma 2 minggu. kihkihkih...student lah sangat kan. tapi ala-ala la. dapat study di luar negara adalah impian yang saya tunggu tunggu selama ni. dah melepaskan peluang belajar di luar malaysia dua kali. atas sebab sebab tertentu. kalau peluang tu datang lagi. saya rasa saya takkan tolak. i will go for it. and angkut semua sekali ikut sama. hehehe paling best juga bila dapat kenal kawan japan yang sangat berpengetahuan dalam bidang yang sama dengan saya. dapat kenal  lecturers dari ukm um unisza utm. at least ada connection dan hopefully dapat la buat research sama sama nanti. hehehe berangan sungguh. harap dapat lagi peluang sebegini tahun tahun akan datang. amin. 

so itu je
Alhamdulillah untuk segala rezeki untuk tahun 2015
ada banyak lagi rezeki yang tak terluahkan kat sini
rezeki yang kecil. yang besar. Alhamdulillah
tak lupa juga untuk segala sakit dan ujian
segalanya ada hikmat di sebalik.

untuk tahun 2016
saya berharap segalanya baik baik belaka
rezeki yang murah dan diredhai
kesihatan yang baik
dan bukan sahaja untuk saya tapi untuk semua
umar, fatimah, encik MM dan family.  
begitu juga kepada pembaca-pembaca blog saya yang setia
(ada yang membaca ke?? hehe)

selamat tahun baru
jumpa lagi tahun depan.
bye!