Tuesday, October 24, 2017
Hujicam
Wednesday, March 2, 2016
penang
Wednesday, February 4, 2015
Bukit Fraser
dua tahun berturut-turut
bulan Febuari mesti kami sekeluarga mesti pergi holiday
dua tahun lepas ke Tokyo
tahun lepas ke Melbourne
tahun ni?
berholiday sambil jaga Fatimah di rumah
*boringgg*
memandangkan jadual cuti Encik MM dah lari 90 darjah
(disebabkan cuti berpantang hari lama sangat)
makanya bulan Febuari tahun ni kita duk rumah je la ye
hukhukhuk
raya tahun ni pun mungkin taka dapat beraya bersama
*menangis bawah meja sekarang*
disebabkan kita duk rumah jaga Fatimah je
marilah kita throwback sikit jalan-jalan kita bulan November tahun lepas
ke Bukit Fraser je pun
tu pun balik hari je
sampai atas selepas melalui jalan yang berpusing2 sampai rasa nak muntah
makan nasi goreng ayam yang tak sedap
pastu balik
(-_-“)
encik MM cakap jalan yang berpusing-pusing tadi tu best kalau naik dengan basikal
hmmm…nak tgk track basikal rupanya (-_-)
ni first time saya sampai ke Bukit Fraser
dan first time berjalan jauh dengan dua orang anak
terutama sekali mek Fatimah kita yang masih bayi iteww :)
tapi Alhamdulillah Fatimah ok je sepanjang perjalanan
abg Umar pun ok..tak banyak ragam
cuma mummy nya je rasa nak muntah pening-pening segala :p
ok tu je
oh…satu lagi
Bukit Fraser dah tak sejuk mana dah
mari kita salahkan kepada Global Warming
bye
:P
Monday, December 1, 2014
Thursday, August 28, 2014
Fitzroy Garden
kita kembali lagi ke Rancangan Jalan-Jalan kita
kali ini kita menjelajah pula ke antara taman yang tercantik yang terdapat di Melbourne, Australia
iaitu Fitzroy Garden yang terletak di Wellington Parade
untuk ke Fitzroy Garden ni
ada dua macam cara
kalau larat dan berkemampuan boleh kiranya berjalan kaki
kalau tak larat untuk berjalan kaki bolehlah menaiki tram yang disediakan
yang mana satu pilihan di hati?
disebabkan hari tu masih pening-pening dengan sistem tram di Melbourne
saya berjalan kaki dari Flinders Street ke Fitzroy Garden ni
tak jauh…cuma……entah berapa kilometer ntah…saya pun lupa dah :D
tapi kalau nak naik tram pun ok
cuma ambil route 86 tram dah boleh sampai
mungkin kena lintas jalan sikit…jalan sikit lah
nama lagi taman kan
semua pun hijau hijau je
bersih dan dijaga rapi
dah sampai sana selepas berkilometer bejalan
baring-baring ala ala omputih jugak lah kita pun hihi
(penat wehhh…jauh jugak sebenarnya perjalanan hukhukhuk)
Fitzroy Garden ni tersangatlah besar
dan kami tak sempat round sampai habis pun
pergi mana yang terlarat je huhu
rugikan?? T_T
Friday, August 22, 2014
Queen Victoria Market
salah satu tempat yang wajib kita pergi jika kita di Melbourne ialah Queen Victoria Market
yang terletak di Queen Street
nak ke sana boleh naik tram atau kalau mampu boleh berjalan kaki
saya dulu naik tram je (sebab fikir macam jauh)
tapi sebenarnya cuma 1.9km daripada hotel iaitu di Market Street
Queen Victoria Market ni ada macam-macam
dari barangan basah ke barangan kering
kalau nak cari cenderahati murah-murah pun ada banyak kat sini
nak apa?
apron? t-shirt? magnet? frame gambar? semua ada
siap boleh tawar menawar
tapi dengan peniaga local laa
kalau peniaga yang macam ala-ala chinese atau african
memang tak dapat kurang langsung
so pandai-pandai la survey dulu peniaga yang berkenan hiihi
bukanlah bahagian cenderahati
tapi bahagian sayuran, buah-buahan dan bahagian daging ikan dan seangkatannya
geram je tengok…sebab semuanya fresh dan kalau sayuran, buah-buahan besar besar dan gemuk gemuk
sehinggakan dua kali saya ke pasar ni untuk beli buah semata-mata
ada satu tips kalau nak beli buah atau sayuran murah
pergi di akhir waktu
contohnya dalam pukul 12 tengahari camtu
bahagian sayuran ni semua dah nak tutup
jadi peniaga semua nak habiskan stock la kot
macam hari tu saya dapoat beli satu kotak anggur dengan harga cuma $2
ada tu, satu kotak peach yang gemuk-gemuk pun cuma $2
buah cherry yang manis-manis pun dapat dengan harga yang super murah
murah dan masih segar..best kan? :)
ada yang dah diperap dengan macam-macam jenis perapan
yang macam kalau beli dan makan dengan nasi panas-panas pun sodap ni
tapi apakan daya…semua tu tak halal
dan saya tak jumpa pulak kedai yang halal
kesudahannnya makan roti je laa
bahagian kedai-kedai roti pun bukan main meruntum jiwa dan raga ececece
semuanya fresh dari oven dan baunya alahaiiiiii sedapnyaaaa
sepanjang pasar ni ada banyak cafe-cafe yang comel-comel
kebetulan lapar betul pagi tu
singgah kejap ke satu cafe yang lupa dah nama apa
makan breakfast set
minum kopi secawan
rehat-rehat sambil perhati gelagat orang
makanya begitulah ceritanya sepanjang melawat Queen Victoria Market
kebanyakkan orang kat sini akan bawa troli satu sorang untuk angkut barang
sebab peniaga kat sini takkan bagi plastik bag pun
kitorang masa tu nasib ada stroller Umar
boleh tumpang sekaki hihi
sekian. bye. :)