Showing posts with label Kyoto. Show all posts
Showing posts with label Kyoto. Show all posts

Thursday, January 28, 2016

final episode

so this is the final episode of Kyoto Trip 2015
di hari ke 27 tahun 2016
really need to finish this up
kalau tak can't start with the new updates
updates la sangat...:D

kita start dengan pengalaman naik MAS selepas berkurun lama tak naik MAS
last sekali masa buat degree kat ukm dulu...
sejak wujudnya AirAsia ... MAS no more hehe
tapi lepas mh370 things naik la kapal terbang apa pun...mesti rasa takut kan
sebelum ni kapal terbang lah transportation yang paling selamat
tapi kalau dah nak jadi..jadi juga kan...
(nasik mas pun nak cerita ke?? :D)

ok lah just share some photo on board

saya sampai kat kyoto dalam jam 7 pagi
kawan saya Taishi-san cakap nak tunggu kat Kyoto Station untuk bawa ktorg ke hotel di Ritto
memandangkan bag punya lah besar gabak dan bila fikir nanti mesti nak kena naik turun naik tangga
jadi ktorg ambil keputusan untuk amik shuttle van ke kyoto station
bayaran tak ingat dah berapa..rasanya dalam rm100
boleh book kat MK punya website sehari atau beberapa hari sebelum kita sampai
bayar di kaunter kat airport..cuma kita kena print siap-siap confirmation email dari diorg

just tunggu je dekat area kaunter tu
nanti the driver akan panggil nama kita bila dah nak gerak

MK shuttle ni dia punya service hanya dalam kyoto city sahaja
dalam website dia ada bagitahu tapi saya nak juga tanya kot kot dia boleh hantar sampai ke Ritto kan
tapi 'lie' ...dalam kyoto sahaja..daerah lain sila naik train hehe
(dia punya balas email tu sepantas kilat hehehe)
jadi dari airport ke bandar kyoto mengambil masa lebih kurang 1jam lebih
sempat juga tertidur kejap tapi kebanyakkan masa macam waaaaa ... waaaaa ....waaaaa....
hahahahahha jakun tak habis habis...
waaaa.....myvi la...
waaa.....keciknya kereta tuu
waaaa.....honda....
waaaa......comelnya kedai tu
dan snap snap snap...lebih 2000 lebih gambar dalam phone T_T

dan sampailah kita ke kyoto station yang dijanjikan
besar ...lagi besar 2 3 kali ganda daripada KL central hehehe
kat dalam ada isetan
depan ada kyoto tower
jalan sikit ke depan ada Yoshida 7 tingkat
jalan tingkat 2 kyoto station ada Mr. Donut yang sedap hehe
sementara tunggu Taishi-san sampai kita bergambar r dulu sebagai kenangan di hari tua

sekitar bandar kecil Ritto

jadi sampai disini sahaja lah cerita - ceriti saya sepanjang di kyoto tahun lepas
lepas ni takkan ada lagi cerita kyoto  yang dah berkurun basi nya..dah berkulat kot
kalau ada lagi cerita kyoto atau japan mungkin cerita baru..InsyaAllah...
menurut sv saya, kemungkinan ada peluang untuk ke Osaka pula...
tapi tak pasti lagi ceritanya macam mana...
doakan eh...
sesekali dapat berjalan ke tempat orang
belajar dengan orang yang berlainan bangsa dengan kita
seronok juga...dan sedikit sebanyak dapatlah menaikkan semangat saya
yang semakin menurun kebelakangan ni
doakan eh... :)

bulan 3 nanti Taishi-san akan datang ke KL lagi
katanya sebab nak belajar something dengan sensei di UKm, UiTM dan UM
rindu dia dan kyoto seluruhnya hahahaha
(mengada sangat...silalah move on sekarang jugak!!!)

adik saya akan ke osaka bulan depan
macam macam soalan ditanya
nak naik train apa
berapa lama dari sini ke sini
osaka ada apa...apa yg tak best kat kyoto hahahaha
macam  lama sangat je saya stay di japan
kalau sebulan saya duk sana mau habis satu kyoto saya teroka 
(dasar kuat berjalan) 

ok lah
tanpa membuang masa lagi
marilah kita sudahi dengan gambar wajib tiap kali ke jepun kihkihkih
gambar di tepi platform
jaket merah yang dipakai waktu ke Tokyo tahun 2012
ok bye!







Tuesday, January 12, 2016

Gion - Shinkyogoku

masih tak move on lagi dengan Kyoto?
yupss...saya ada dua entry lagi dan habislah sudah episod boring jalan-jalan di Kyoto
janji. lepas ni  pasal umar je. atau pasal masak-masak je.

so entry blog hari ni mungkin episod kedua terakhir tentang pengembaraan saya di Kyoto
(pengembaraan lah sangat kan ecececece)
kali ni kita ke Gion dan Shinkyokogu
saya tak ingat dah macam mana nak ke sana
sebab saya bergerak dari Katsura Campus, Kyoto Uni
kena ambil bus untuk ke subway station pastu tukar train pastu jalan sikit sampai ke Shinkyogoku
time ni saya pergi dengan seorang kenalan baru dari Kyoto Uni iaitu Fern dari Thailand
she is master student and also will be phd student soon. Fern dan Dr. Maya yang temankan
disebabkan orang yang bawa makanya macam tak ambil kisahlah cara-cara nak ke situ kan

 

ini adalah gambar-gambar sepanjang perjalanan dari subway station ke satu restoran turki untuk lunch
bila dah sampai tutup la pulak ... kecewa betul...
makanya kami singgah je mana mana kedai yang ada jual tempura
dan kedai ni staf kat situ memang boleh berbahasa English
kira ok la...dan diorg siap siap bgtahu yang mana muslim tak boleh makan dan boleh makan
 sepanjang saya dan kawan dan even Dr. Maya yang dah berbulan lamanya stay kat Kyoto ni, ktorng macam takde la nak carik sangat kedai2 yang jual halal food atau kedai yang jual something yang pedas2 atau beriyani atau seangkatan dengannya
yer..saya tahu..kita kena cari yang halal...tapi kedai2 tu semua agak jauh...dan memakan masa dan duit...
kalau lapar sangat kita singgah beli roti atau oginiri...kalau rasa nak makan, cari kedai yang jual tempura tu je..kalau takde...bawa bekal maggi cup dan makan nasi kat bilik je hehehehe 
boleh ke camtu? :D
 makanan ruji. sedap habis semua! harga pun boleh tahan :)

lorong-lorong kecil ynag boleh muat dua kereta jepun yang kecik dan comel yang takde kat malaysia
rasa nak bawak balik satu je... :D

maklumlah orang alam sekitar. pantang nampak sungai. mesti teruja. atau saya sorang je camtu? :D
so inilah kenalan baru saya. dari kiri yang paling comel tu sayalah.hehe sebelah saya tu Puan Syikin dari Jabatan Linguistik, UKM. Research beliau berkaitan dengan macam mana nak 'translate' kan bahasa saintis ke bahasa yang lebih mudah difahami orang-orang kebanyakkan terutama sekali golongan yang kurang berpelajaran. menarik kan? harap satu hari saya boleh bekerjasam dengan Kak Syikin ni. yang paling tinggi tu pula, Fern dari Thai. dan paling kanan Haslina dari UM.semua ada bidang kepakaran masing-masing.
dari subway station tadi mula-mula sekali korang akan nampak shopping mall yang besar ni
shopping mall? saya kurang minat...jadi saya amik gambar je la
sebab kat mana-mana ada shopping mall kan kihkihkih 
plus kat tempat2 canni tak boleh tawar menawarkan... :D

bila perut dah kenyang baru lah bersemangat nak shopping dan cuci matakan
jalan sikit ke depan belok sana sini tak ingat dah maka sampai lah kita ke Shinkyogoku
tempat di mana ada deretan kedai yang jual macam-macam
dari bag sampai la ke fridge magnet yang harga lagi murah kalau nak dibandingkan dengan di Kyoto Tower
kimono untuk kanak-kanak pun banyak. harga lebih murah. comel comel..
kat sini saya beli tshirt je. untuk adik dan abang ipar dan kakak dan adik. kalau beli kimonon pun bukannya diorg pakaikan. kalau beli pedang samurai nanti akan berakhir di dalam stor. jadi baik kita beli something yang orang akan guna. 

lepas puas shopping. kami bergerak pula ke Gion. 
hari dah gelap waktu tu. hajat nak tengok geisha. tapi tak kesampaian.
biasanya geisha ni akan ada kat area gion tu waktu pukul 4 hingga 5 petang
tapi kami smapai dah lambat. huk huk.
dapat tengok perempuan jepun yang berkimono je. dan tak bermuka putih macam geisha


ok. cangitu je lah pengembaraan saya ke gion dan shinkyogoku
dah roung gion tu kitong singgah kyoto tower plak.
kat kyoto tower ni ada kedai-kedai cenderahati jugak. tapi macam saya cakap tadi la. kat sini mahal sikit.
ada kedai yang boleh tawar menawar. ada yang fix price. 

ok lah. jumpa lagi lain hari.
jumaat ada progress meeting dengan sv. pengsan. 
nak present apa pun tak tahu ni
doakan eh.
bye!

Monday, January 4, 2016

okishima island

balik semula kita acara berjalan-jalan di Kyoto tahun lepas
kali ni kita ke sebuah pulau yang terletak di Lake Biwa, Ritto iaitu Okishima Island
salah satu daripada dua pulau yang terletak di tengah tasik dan masih berpenghuni
satu lagi pulau yang ada ciri2 yang sama terletak di german

lawatan ni disertai group member daripada UKM, UTM, UNISZA, UM dan KU sendiri
kami dibawa melawat waste water treatment dan sekitar perkampungan di pulau tersebut

Okishima Island kecil je. Dulunya populasi nya ialah dalam lingkungan 600 orang. tapi terkini pulau ni berpopulasi 300 orang sahaja. Pekerjaan utama penduduk kat sini ialah sebagai nelayan. suatu ketika dahulu sebelum wujudnya waste water treatment kat pulau ni, penduduk kat sini bekerja sebagai pengangkut segala macam sisa ke tengah tasik Biwa ni. tapi selepas kejadian bot seorang perempuan yang membawa sisa terbalik dan perempuan ni meninggal, ramai yang telah keluar dari pulau dan berpindah ke main land. jadi untuk meramaikan lagi penduduk kat pulau ni terutama sekali kaum perempuan, kerajaan jepun telah membina waste water treatment dengan harapan perempuan daripada main land akan datang ke pulau dan berkahwin dengan lelaki pulau ni. tapi nampaknya tak berjaya. populasi menurun ke 300 orang

kebanyakkan penduduk kat sini bercucuk tanam selain untuk makan sendiri atau jual di main land. kita boleh nampak ada kebun kebun kecil di belakang rumah. segar betul. 
dikatakan kat pulau ni cuma ada 3 orang kanak-kanak. 3 orang? saya cuma jumpa seorang tengah main sorang-sorang kat luar rumah. entah mana lagi dua. hehe. walau pun cuma ada 3 orang budak, pihak berkuasa tetap membina sekolah di pulau ni. tapi untuk meramaikan lagi sekolah ni, diorang menjemput kanak-kanak dari main land untuk bersekolah di pulau ni. menjadikan total pelajar di sekolah tersebut ialah 11 orang. 
daripada 300 orang penduduk, lebih dari separuh adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. dan yups mereka yang saya jumpa kebanyakkannya orang-orang tua. ala ala nenek nenek dah. tapi masih kuat kayuh basikal dengan muatan sayur-sayuran kat belakang. mungkin yang muda-muda keluar bekerja di main land kot. 

salah satu temple di pulau ni. ada beberapa lagi temple di sekitar atas bukit. dan gambar yang bawah tu muzium yang kecil je. katanya, okishima island ni adalah pulau yang penuh bersejarah. katanya pulau ni pernah suatu ketika dulu menjadi tempat 7 samurai datang untuk menyelamatkan diri. ingat tak cerita 7 samurai? yups..yang tu la. dan kebanyakkan penduduk di sini mempunyai family name samurai2 ni. kita boleh nampak family samurai ni melalui nama yang ada pada setiap rumah. dan taak muzium ni dulu adalah tapak kepada istana raja dulu-dulu. 
lunch. yumsss. semuanya ikan. maklumlah muslim kan. ayam ke daging ke tak halal plak. tapi ini pun dah ok sangat. kesukaan!! tempura. salmon bakar. habis licin. hehe. tengok sajalah muka kegembiraan yang terserlah. dasar kuat makan! :D
 UM+UTM+KU+UNISZA clan. hehe. seronok dapat kenal dengan expert expert ni semua. masing-masing ada bidang masing. tak sabarnya nak habis belajar. kerja. #mybraintakmasuklagini #eh
lawatan ke waste water treatment. mereka mereka ni semua kerja kat sini. dan lelaki yang berjaket hijau tu ialah field engineer yang dah berpuluh tahun bekerja di waste water treatment. dia lah pakar berkenaan waste di pulau ni. 
 dari pagi sampai ke petang juga lawatan ni. so tu je la. menarik sebenarnya kalau dengar sejarah okishima island ni. tapi mungkin cara saya cerita tak berapa nak best kan. heee. sorry. boleh google kalau ingin tahu lebih lanjut.