masih tak move on lagi dengan Kyoto?
yupss...saya ada dua entry lagi dan habislah sudah episod boring jalan-jalan di Kyoto
janji. lepas ni pasal umar je. atau pasal masak-masak je.
so entry blog hari ni mungkin episod kedua terakhir tentang pengembaraan saya di Kyoto
(pengembaraan lah sangat kan ecececece)
kali ni kita ke Gion dan Shinkyokogu
saya tak ingat dah macam mana nak ke sana
sebab saya bergerak dari Katsura Campus, Kyoto Uni
kena ambil bus untuk ke subway station pastu tukar train pastu jalan sikit sampai ke Shinkyogoku
time ni saya pergi dengan seorang kenalan baru dari Kyoto Uni iaitu Fern dari Thailand
she is master student and also will be phd student soon. Fern dan Dr. Maya yang temankan
disebabkan orang yang bawa makanya macam tak ambil kisahlah cara-cara nak ke situ kan
ini adalah gambar-gambar sepanjang perjalanan dari subway station ke satu restoran turki untuk lunch
bila dah sampai tutup la pulak ... kecewa betul...
makanya kami singgah je mana mana kedai yang ada jual tempura
dan kedai ni staf kat situ memang boleh berbahasa English
kira ok la...dan diorg siap siap bgtahu yang mana muslim tak boleh makan dan boleh makan
sepanjang
saya dan kawan dan even Dr. Maya yang dah berbulan lamanya stay kat
Kyoto ni, ktorng macam takde la nak carik sangat kedai2 yang jual halal
food atau kedai yang jual something yang pedas2 atau beriyani atau
seangkatan dengannya
yer..saya tahu..kita kena cari yang halal...tapi kedai2 tu semua agak jauh...dan memakan masa dan duit...
kalau
lapar sangat kita singgah beli roti atau oginiri...kalau rasa nak
makan, cari kedai yang jual tempura tu je..kalau takde...bawa bekal
maggi cup dan makan nasi kat bilik je hehehehe
boleh ke camtu? :D
makanan ruji. sedap habis semua! harga pun boleh tahan :)
lorong-lorong kecil ynag boleh muat dua kereta jepun yang kecik dan comel yang takde kat malaysia
rasa nak bawak balik satu je... :D
maklumlah orang alam sekitar. pantang nampak sungai. mesti teruja. atau saya sorang je camtu? :D
so
inilah kenalan baru saya. dari kiri yang paling comel tu sayalah.hehe
sebelah saya tu Puan Syikin dari Jabatan Linguistik, UKM. Research
beliau berkaitan dengan macam mana nak 'translate' kan bahasa saintis ke
bahasa yang lebih mudah difahami orang-orang kebanyakkan terutama
sekali golongan yang kurang berpelajaran. menarik kan? harap satu hari
saya boleh bekerjasam dengan Kak Syikin ni. yang paling tinggi tu pula,
Fern dari Thai. dan paling kanan Haslina dari UM.semua ada bidang
kepakaran masing-masing.
dari subway station tadi mula-mula sekali korang akan nampak shopping mall yang besar ni
shopping mall? saya kurang minat...jadi saya amik gambar je la
sebab kat mana-mana ada shopping mall kan kihkihkih
plus kat tempat2 canni tak boleh tawar menawarkan... :D
bila perut dah kenyang baru lah bersemangat nak shopping dan cuci matakan
jalan sikit ke depan belok sana sini tak ingat dah maka sampai lah kita ke Shinkyogoku
tempat di mana ada deretan kedai yang jual macam-macam
dari bag sampai la ke fridge magnet yang harga lagi murah kalau nak dibandingkan dengan di Kyoto Tower
kimono untuk kanak-kanak pun banyak. harga lebih murah. comel comel..
kat
sini saya beli tshirt je. untuk adik dan abang ipar dan kakak dan adik.
kalau beli kimonon pun bukannya diorg pakaikan. kalau beli pedang
samurai nanti akan berakhir di dalam stor. jadi baik kita beli something
yang orang akan guna.
lepas puas shopping. kami bergerak pula ke Gion.
hari dah gelap waktu tu. hajat nak tengok geisha. tapi tak kesampaian.
biasanya geisha ni akan ada kat area gion tu waktu pukul 4 hingga 5 petang
tapi kami smapai dah lambat. huk huk.
dapat tengok perempuan jepun yang berkimono je. dan tak bermuka putih macam geisha
ok. cangitu je lah pengembaraan saya ke gion dan shinkyogoku
dah roung gion tu kitong singgah kyoto tower plak.
kat kyoto tower ni ada kedai-kedai cenderahati jugak. tapi macam saya cakap tadi la. kat sini mahal sikit.
ada kedai yang boleh tawar menawar. ada yang fix price.
ok lah. jumpa lagi lain hari.
jumaat ada progress meeting dengan sv. pengsan.
nak present apa pun tak tahu ni
doakan eh.
bye!
2 comments:
saya hari tu tak jumpa cari kedai halal kat Kyoto, so makan je la kat kedai-kedai biasa
sama! sepanjang saya kat sana mmg tak search langsung halal food. hahaha makan je apa yang ada...dan yakin ....tapi takleh laa pandai2 yakin kan...jgn la pulak gi mkn ayam dah tahu x halal tapi memandaije meyakinkan ayam tu halal....camtu r...:D
Post a Comment