salah satu tempat yang wajib kita pergi jika kita di Melbourne ialah Queen Victoria Market
yang terletak di Queen Street
nak ke sana boleh naik tram atau kalau mampu boleh berjalan kaki
saya dulu naik tram je (sebab fikir macam jauh)
tapi sebenarnya cuma 1.9km daripada hotel iaitu di Market Street
Queen Victoria Market ni ada macam-macam
dari barangan basah ke barangan kering
kalau nak cari cenderahati murah-murah pun ada banyak kat sini
nak apa?
apron? t-shirt? magnet? frame gambar? semua ada
siap boleh tawar menawar
tapi dengan peniaga local laa
kalau peniaga yang macam ala-ala chinese atau african
memang tak dapat kurang langsung
so pandai-pandai la survey dulu peniaga yang berkenan hiihi
apa yang paling menarik minat saya
bukanlah bahagian cenderahati
tapi bahagian sayuran, buah-buahan dan bahagian daging ikan dan seangkatannya
geram je tengok…sebab semuanya fresh dan kalau sayuran, buah-buahan besar besar dan gemuk gemuk
sehinggakan dua kali saya ke pasar ni untuk beli buah semata-mata
ada satu tips kalau nak beli buah atau sayuran murah
pergi di akhir waktu
contohnya dalam pukul 12 tengahari camtu
bahagian sayuran ni semua dah nak tutup
jadi peniaga semua nak habiskan stock la kot
macam hari tu saya dapoat beli satu kotak anggur dengan harga cuma $2
ada tu, satu kotak peach yang gemuk-gemuk pun cuma $2
buah cherry yang manis-manis pun dapat dengan harga yang super murah
murah dan masih segar..best kan? :)
bahagian basah seperi daging, ikan, ayam pun best
ada yang dah diperap dengan macam-macam jenis perapan
yang macam kalau beli dan makan dengan nasi panas-panas pun sodap ni
tapi apakan daya…semua tu tak halal
dan saya tak jumpa pulak kedai yang halal
kesudahannnya makan roti je laa
bahagian kedai-kedai roti pun bukan main meruntum jiwa dan raga ececece
semuanya fresh dari oven dan baunya alahaiiiiii sedapnyaaaa
diluar
sepanjang pasar ni ada banyak cafe-cafe yang comel-comel
kebetulan lapar betul pagi tu
singgah kejap ke satu cafe yang lupa dah nama apa
makan breakfast set
minum kopi secawan
rehat-rehat sambil perhati gelagat orang
makanya begitulah ceritanya sepanjang melawat Queen Victoria Market
kebanyakkan orang kat sini akan bawa troli satu sorang untuk angkut barang
sebab peniaga kat sini takkan bagi plastik bag pun
kitorang masa tu nasib ada stroller Umar
boleh tumpang sekaki hihi
sekian. bye. :)
No comments:
Post a Comment