selalu cepat terpengaruh dengan drama kat tv
yang paling terkesan bila slot Identiti kat TV3
drama Cinta Korporat atau drama Cinta Antara Benua
mulala teringin nak pergi london
(plus selalu dengar cerita dr cousin yg selalu pergi london sebab abg2 dan kakaknya study sana)
(so deep inside saya tanam impian nak kena sana juga)
pastu ada drama lakonan umi aida dan m.nasir kat India
background Taj Mahal yang super cantik
mulala teringin nak ke India pulak (haha gelakkan dia)
(padahal masa tu tak tahu pun yg India dalam tv je cantik haha)
pastu masuk matrik filem AADC
Indonesia lah pulakkan hahaha
(film maker ni pandai betul tukar benda tak cantik jadi cantik)
(lalu mempengaruhi minda budak2 hingusan yg bernama nilam ni)
sementara dapat result matrik saya apply medic kat indon
(dapat..yahoo..universiti kat bandung..tak ingat nama universiti..tapi saya tak pergi haha)
habis degree plak saya terus sambung master
masa ni saya tak tahu canne nak apply biasiswa ke oversea
(jadinya mereputlah saya seorang diri di malaysia menghabiskan tesis master sampai 5 tahun)
masa tu ramai kawan berjaya sambung master ke oversea dan grad dalam masa setahun
(menjadikan saya wehhh kenapa saya tak buat master by course je..??nilai dia sama je kot)
lalu down...down...down....macam lagu yuna tu
jadi saya tanam impian nak ke oversea not as tourist but as a student
habis master. saya kerja. dan cari sana sini biasiswa yg membolehkan saya study di oversea
sana sini email potential supervisor..reject. tak reply. dan satu reply dengan tangan terbuka. dan sampai sekarang masih bertanya khabar.
dan apply biasiswa dan dapat..yahooo!!
but again...saya tak pergi......gelak sambil nangis sambil menyusukan umar yg berusia 10 hari sambil tengok opening ceremony olympic london hahahahahahahahahahahhaah (tak kelakar)
sampai sekarang masih terasa kekecewaankekecewaankekecewaanwhatsoversejenistakbolehmoveonkeapani???
dan kali ni. saya dapat peluang itu lagi sekali
dan sekarang saya rasa saya akan kecewa lagi.
3 comments:
Hidup ni mcm tula nilam..sy pun mcm tu..dulu dah set dah,nk buat phd kt luar negara...tp percayalah ada kebaikan dlm kekecewaan..
peluang dan rezeki memang misteri. just keep on looking k, the best is yet to come. inshaAllah.
Be strong Cik Nilam! Yakinlah, semua pasti ada hikmahNya. Think positive and keep on moving...
Post a Comment