pejam celik. pejam celik. esok dah masuk bulan puasa.
Alhamdulillah. tak sabarnya.
rutin bulan puasa saya macam hari hari biasa je
(cuma takde makanan nak kunyah-kunyah time buat kerja hehe)
mungkin akan jarang ke UM sebab traffic mesti sangat teruk
nak nak kalau keluar selepas pukul 4. alamatnya pukul 7 la baru sampai rumah
nasib baik ada library shah alam yg best. boleh buat kerja kat sana
(cuma internet la. super slow.)
tahun ni nak sambung baca quran yg dah masuk juzuk 13
memandangkan tahun ni mungkin akan ada "hari cuti"
harap dapat khatam 17 juzuk lagi tu. doakan eh.
yg lain-lainnya. biasa je
takde menu berbuka selama sebulan. apatah lagi menu sahur.
masak apa yg sempat je. kalau tak sempat tumpang berbuka kat rumah mami je hehe
(tp klu berbuka kat rumah mami mesti balik rumah lambat)
(pastu mesti mami suruh tdo sana je. )
(tapi kalau tdo sana mesti esoknya ada drama taknak pergi school)
(arrgghhhhh. malas)
hajat di hati nak beli telekung baru. telekung kain cotton biasa je.
tapi tak sempat. klu kat jalan TAR byk sket pilihan. tgklah canne.
harap tahun ni rajin bangun solat malam. dan rajin stay up siapkan thesis hehe. doakan eh
ok lah
sebelum terlupa.
selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia kepada semua pembaca kesayangan saya
semoga amalan kita diterima dan semoga istiqomah untuk bulan2 seterusnya
semoga doa-doa kita dimakbulkan. semoga diberikan kesihatan yg baik sepanjang bulan ni
semoga.............berbuka tu berpada-pada. jangan tamak haloba tau!!
bai! :)
No comments:
Post a Comment