Monday, April 23, 2018

mana-manalah

dua tiga menjak ni banyak plak orang cerita pasal beranak kat hospital gah la. hospital kerajaan la
tak nak meneran kalau tak beranak kat hospital besar la. macam-macam.
yang back up hospital kerajaan pun banyak. yg back up hospital swasta pun melambak.
ntah lah. masing-masing kot kan.
saya. secara jujurnya memang tak nak pergi hospital kerajaan. sorry.
ntah. bukan nak berlagak ke apa. tapi ntah. haha
dengar cerita-cerita yg dapat katil tepi koridor la. macam-macam. haha.
tapi masa umar dulu, masa mula2 sakit tu saya pergi hospital serdang dulu tau.
(jauh gila. padahal ada je hospital klang. tp sbb dgr cerita2 tu saya pergi la hospital serdang)
tapi bukaan masa tu baru sikit. doktor suruh balik dulu. lagi pun takde katil kosong lagi.
dah la penuh student keliling katil check bukaan haha. sabor je la.
(mesti dah jadi doktor semua dah tu haha)
pastu sebab jauh sgt. pergi umra je. haha.
yups. kena czer sebab tali pusat melilit.
yg fatimah plak. sbb nk sgt normal pergi salam. sebab ada dr. siti maryam.
Alhamdulillah. dapat merasa normal.
bukan sebab dr. siti je. mungkin sebab saya amalkan macam2 sepanjang pregnant tu.
setiap malam bangun tahajud. baca quran sampai khatam (umar dulu pun khatam).
minum air zamzam setiap hari. kurma. dah nak dekat tu minum olive oil (gigih betul haha)
yg ketiga macam2 benda bila scan. stress aku. haha. masih di salam
doktor cakap kena czer sebab tali pusat menyimpul 2 kali. sangat sangat risky.
suami plak. klu czer kita gi hspt shah alam je la. saya keras hati. cakap tak nak. tak kira.
(sbb bajet dapat normal kan. tp bila kne czer bayaran mahal sikit la kan)
tapi bukan saya nak czer kan. xde rezeki. dlm kepala memang dah set beranak kat salam ni je.
sekali tiba2 nak g hospital shah alam plak. stress betul masa tu. sakit hati pun ada.
tp suami ikutkan juga. thanks thanks.
pasal nak beranak mana ni. ntah la. ikut la kemampuan.
klu kat hospital kat klcc tu. memang saya sendiri pun tak mampu.
apa tah lagi hospital pantai ke apa ntah lagi. saya takkan sekejam tu paksa suami bayar mahal2
semuanya rezeki. rezeki normal ke czer ke. rezeki duit lebih untuk ke hospital idaman hati.
rezeki untuk membesarkan anak lepas beranak lagi. semua tu pun kena fikir.
apa-apa pun. doa banyak2. semoga dimudahkan. doa biar tak sakit sangat. semasa dan selepas.
saya paling suka masa pantang. sebab dapat rehat betul2. takyah masak. takyah jaga budak2 haha.
makan tidur. makan tidur. berbaring je. sampai masa menyusu. best betul.
(sebab sebelum beranakkan penat betulkan. bawak budak dalam perut lagi. jaga budak luar perut lagi kan) hahaha

ok lah. tu je.
ni pendapat saya je
tak sependapat takpe.
masing-masing.

2 comments:

dorsett pink said...

Saya sejak bujang lagi dah aim nak bersalin di hospital swasta sebab takut dengar cerita macam-macam. hehe

sapphire said...

yeayy!!! ada geng hahaha...saya pun..