Monday, October 30, 2017

berita

macam dah lama tak update blog sambil makan-makan
ni masa minggu lepas...saya rasa mcam malas nak drive ke um..jadinya drive ke library shah alam je
ok jugak sbb dekat jadi pukul 5 baru nak kemas-kemas barang pun ok..530 dah sampai school umar..

ok sebenarnya berita yang nak saya share ni biasa2 je kot
tapi bagi saya..hehe..macam..omg!! omg!! omg!! haha
masa email tu terpancar (terpancar??) kat screen telefon
macam..alamak result dah keluarlah...aduhhh takutnya nak buka
(sebab beberapa sebelum baru je terfikir eh bila la result nk keluar..ke saya tak terpilih)
tapi buka je email tu...dalam hati..berdebar-debar sungguh..
pastu.....
dear Sir/Madam,....
.
.
.
.
.
.
.
Alhamdulillah
Alhamdulillah...thank you Allah
abstract yang saya hantar 2 bulan lepas terpilih untuk ke Biological Sciences Graduate Congress 2017
ALhamdulillah....mcm happy sangat haha...sebab dah kecewa tak dapat pergi Estonia kan hehe
BSGC2017 akan bertempat di NUS, Singapore..yang menggabungkan Universiti dari Malaysia (UM), universiti dari China dan NUS sendiri..
saya hantar abstract ni pun dah last minute sebab last minute juga karang dan last minute juga tahu pasal ni..itu pun kawan yang bagitau..(sbb dia pun tahu betapa kecewanya tak dapat ke estonia...over tak haha!!)
jadi saya amik je result yang ada karang serba sikit dan minta sv check ok ke tak dan submit
Alhamdulillah...mungkin ini yang terbaik untuk saya :)
details pasal BSGC2017 ni tak tahu lagi macam mana..minggu depan akan ada meeting dengan student2 yang terpilih sama nanti..nanti saya cerita lagi k...

berdebor pulak...kena present kat universiti luar ni..
harap semuanya ok...harap suara kuat dan tak nervous...
doakan eh :)

Thursday, October 26, 2017

terbang-terbang




Sejak study ni sikit-sikit rasa nak pergi berjalan-jalan. Sebab ye lah Isnin smapai Jumaat dah bergelumang dengan tesis. Kalau boleh sabtu ahad nak juga lari kejap dari landasan (ish ish ish…mana ada org lari dari landasan tesis…jangan tiru pls)
Pastu nak berjalan tu bukan takat dekat-dekat kalau boleh nak juga merasa berjalan yang kena naik kapal terbang haha (sejenis jakun ke apa ni??)
saya ada bagitau encik MM pasal ni. pasal lama dah tak naik kapal terbang. jom kita gi japan ke atau paling kurang sabah ke haha
pastu boleh pulak dia gelakkan saya hampeh betul...dia cakap dia dah boring naik flight
(memang la dah kerja dia memang sentiasa kena naik flight hmmm...)
biasa dulu-dulu kalau pergi bercuti luar negara (setakat ni baru japan, indonesia, vietnam, melborne)
encik suami lebih prefer naik AirAsia je walaupun skang macam2 syarikat penerbangan ada kat Malaysia ni (MAS, malindo, firefly). dia lebih suka airasia sebab murah dan bagi dia kenapa nak bazirkan duit sangat untuk flight. baik simpan untuk belanja bila dah sampai nanti
(saya ikut saja sebab dia adalah menteri kewangan hehehe saya menteri alam sekitar je hehe)

 waktu ni pergi melborne. bestnya. macam biasa flight malam. jadinya tdo je la dalam flight.

AirAsia macam semua org dah tahu antara syarikat tambang murah terbesar di Malaysia. Nasiblah ada airasia kalau tak entah bila nar merasa pergi melborne tokyo semua. hehe. Airasia bukan takat terbang ke melborne & tokyo je tapi lebih 165 tempat di 25 negara didunia. kalau korang perasan paling terbaru ada iklan besar kat federal highway. Airasia ke Hawaii!!! macam..hawaii?? destinasi idaman sejak kecik kot hahaha (mommy la selalu cite kalau dulu2 org gi holiday mesti pergi hawaii haha best kot hawaii ni). makanan dalam flight pun sedap dan murah. tapi korang kena add siap2 masa nak beli tiket. tapi kalau terlupa atau masa tu tak rasa nak makan tapi bila pramugari duk lalu lalang hidang makanan kat orang sebelah dan baru rasa nak makan boleh je kalau nak beli on the spot. bayar je cash. (ni semua orang tahu kot). saya selalu makan nasi lemak. hehe. kalau rasa nak makan maggi di 10,000 meter di udara pun boleh. diorg ada jual.



ingat lagi masa first time pergi japan dulu tahun 2012. umar baru masuk 6 bulan. pergi tokyo dengan airasia. sampai je airport kat sana macam wooowww wooowww bersih..ada baby room yang best...toilet canggih dan bersih...macam sikit wooww sikit sikit wooww hahaha 
(memang sejenis yg jakun tahap tinggi ) 
pastu bila dah balik malaysia. masa tu airasia hab dia kat lcct. macam. apakah?? sedihnya. babyroom yg cuma ada sinki. pastu kerusi nak tunggu pun takde. macam. hmmm. sedihnya. bestkan kalau airport macam kat tokyo. tapi skang KLIA2 dah sangat sangat ok. kalau kena hantar encik suami ke sana mesti nak turun sama sebab boleh jalan2 shopping makan2 semua haha. kalau dulu lcct hantar kat depan pintu je la hahaha (terukkan)
pastu baru saya tahu rupanya airasia ada bergabungan dengan Indonesia AirAsia, Filipina AirAsia, dan AirAsia India mempunyai hab di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda masing-masing pastu airasia X untuk lalauan jarak jauh. (encik suami la bagitu..kalau tak memang tak tahu. yg tahu tiket flight dah ada dalam tangan haha)
 masa ni pergi tokyo. aduuhhh rasa nak pergi tokyo lagi je..duit oh duit...turun la ke pangkuan ku

 skang saya dan adik beradik duk plan nak pergi bercuti (ala-ala family day) ke langkawi
duk tengah cari-cari tiket murah la ni. kakak pulak jenis memang suka check tiket murah kat air asia. kalau ada promotion dia lah yang bagitau tiket ke mana yg murah. kadang2 boleh dapat serendah rm10. Kalau korang bukak website rasmi AirAsia, dorang juga mempunyai promotions online. Tapi kalau korang nak lebih untung, korang boleh usha tiket AirAsia kat site Traveloka. Kita akan dapat harga tiket yang lagi murah dari site AirAsia tu sendiri. Kat situ, kita boleh tengok latest airasia promotions, berapa diskaun yang kita boleh dapat. Di Traveloka, korang boleh dapat promotions bukan saja untuk flight, tapi juga hotel. Korang boleh juga tengok tarikh yang korang nak pergi bercuti sekali dengan harga tiket ada di jadual tu. Jadi korang boleh decide dulu tarikh bila korang nak pergi bercuti dan lepas decide, bar uterus beli tiket. Senang macam mengira 1,2,3 je kan. umar pun boleh buat nih hehehe (over sangat). baru ni saya first time book hotel guna traveloka. senang je rupanya. boleh guna creditcard atau kalau takde credit card debit card pun dah boleh dah skang. just masukkan nombor card dan security number. tu je. senang. nnt dia akan bagi email. kalau tersilap book tarikh call je dan diorg boleh reset balik tarikh yg sepatutnya. with no charge. free...sebab baru ni ke penang saya terbook salah tarikh. nasiblah boleh tukar. hehehe

balik raya baru ni pun dengan airasia. last minute. tapi nasib ada lagi tiket. kalau tak raya kat shah alam je jawabnya.


ok lah.
panjang macam buat chapter 2 dah ni
saya baru je dapat email yg menggembirakan
nanti saya cerita di lain entry
Alhamdulillah .... terubat sikit luka di hati ni ecececece
ok. next entry k
bye.
 



Tuesday, October 24, 2017

Hujicam

selain jam di federal highway
benda-benda ni lah yang selalu saya nampak bila sampai kat um
terutamanya di fakulti engineering
mungkin takde padang rumput hijau untuk lepak lepak
tapi tempat ni saya selalu lepak (seorang diri) 
kalau boring sangat dah duk dalam office
atau bila rasa nak ambik angin
atau bila sejuk sangat dalam office
dah try app Huji? App ni macam kita guna kamera filem dulu2
filter cuma satu. siapa da tarikh. tapi throwback ke tahun 1998
klasik kan?
ok lah. jom sambung siapkan gis.
sape yg suka gis kat sini?
saya dari dulu tak suka
tapi kena buat juga
FIGHTING!!

Friday, October 20, 2017

takde tajuk

apa yang saya tulis kat sini
sekadar nak jadikan kenang-kenangan tahun-tahun akan datang
sekarang banyak masa (masa untuk social media)saya lebih ke instagram
sebab senang tengok kat phone je kan 
(walaupun sebenarnya saya lebih suka blog sebab tak ramai yg kenal saya kat sini
maksud saya sedara mara, kawan2 terdekat..jadi boleh mengarut sikit kat sini)
(kalau kat IG kena b erlapik sikit haha)
tapi sayangnya sampai sekarang saya tak jumpa app yang best utk saya update blog
ada yang nanti gambar jadi besar sangat la...kena bayar laa (nak yg best dan free je haha)
jadi kalau nak update blog time saya memang tengah mengadap laptop/komputer kat office

bila saya baca balik entry saya yang 10 tahun lepas
Ya Allah...rasa nak pengsan hahahha
inikan ciknilam yang dahulu kala zaman remaja takde masalah anak nak poopoo?
hahahhaahaa
free and easy..bila2 je boleh mengadap laptop tanpa penarikan baju oleh anak-anak hahaha
kadang-kadang rindu pula zaman single...tapi bila fikir balik kalau takde askar2 yg suka sangat kacau saya ni
entah macam mana lah kehidupan saya hahaha
Alhamdulillah..thank you Allah untuk pinjamkan saya Umar, Fatimah dan Hud
(teringat pula berita gembira dato siti baru2 ni..sape yg terharu dan termenangis dengar pengumamn tu?kita geng!! hahaha )

ok lah
entry takde tujuan canni lah
masa saya format laptop saya minggu lepas 
saya terlupa nak save satu folder result saya 
satu folder ok! fuhhhhh
menangis tak berlagu saya semalam 
nak kena cari balik kot kot ada dalam email
ALhamdulillah...nasib baik ada
haihhhhh kenapalah saya pergi format laptop??!! kenapa??!!

hari ni ada orang tu bangun awal tanpa drama sebab nak ikut mommy pergi office

Monday, October 16, 2017

the journey


last week rasanya macam minggu yang paling penat 
(minggu minggu lepas pun ada juga yang penat
tapi last week penat bercampur stress bercampur dengan lapar bahagi dengan lapar lagi haha)
risau sangat pasal tesis..sebab ada banyak gila tak siap
kesiannya lah...kawan-kawan saya dah habis anlyse data...tinggal nak writting je
pastu kawan saya yang boleh ajarkan gis busy yang amat
pastu nanti nak kawen..pastu bulan satu nak ke london sebab buat attachment kat sana
pastu plak........macam benda
laptop plak virus bermacam-macam...balik format laptop pukul 12 malam
esoknya still kena bangun pagi sebab umar school (nk ponteng tak boleh sebab exam week)
kena jugak bangun....penantnya wehhh
pastu tengahari tu...antara tengahari yang paling memenatkan
nak balik tu ... dah pukul 3.. lupa rupanya belum solat zohor lagi
makanya singgah jap masjid sebelah main gate um ni
dalam kepada tesis...tesis...tesis....tesis.....
lepas solat doa la.."ya Allah...kalau kawan saya ni takleh tolong ajarkan gis sape lagi yg boleh ajarkan..?bulan 12 tak lama lagi dah ni...terangkanlah hati...kurniakan ilham macam mana nak siapkan gis ni.." (spesifik gila siap sebut nama kawan tu haha)
(rasa macam nak nangis je hahahaha gelakkan dia)
macam biasa lepas tu solat akan baca 1 page quran 
(sbb macam nak khatam dalam masa siapkan tesis ni)
sekali dah nak habis 1 page tiba-tiba ada satu ayat yang biasa sangat saya sebut kalau dalam ketakutan kerisauan atau sebelum nak jumpa sv haha
ayat tu ialah
:( :( :(

"Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung"
"Ya Allah...permudahkanlah budak Nilam ni siapkan tesis dia amin amin"

Wednesday, October 11, 2017

masakan homesick

selepas sekian lama tak masak ....no no..bukan tak masak...masak je...tapi lauk biasa2 je
semalam terlebih rajin sikin ditambah dengan rasa nak makan
maka terhasillah nasi ayam special
resepi rahasia turun temurun dari mommy :)
mommy cakap resepi ni mommy dapat daripada kawan, chinese
dia ada kedai nasi ayamkat Trg dulu... sedap sangat  jadi minta resepinya
kawan ni cakap..kalau nak nasi ayam yg sedap..rahsianya cuma satu
bawang putih dan halia..tu je..
bawang putih sahaja. no bawang besar..bawang merah..bawang holland..bawang putih sahaja dan halia

semalam umar dan fatimah makan banyak
memang favorite umar kalau ada nasi dan sup. fatimah pun. 
selalu je terfikir nanti bila budak2 ni dah besar
masakan apa yang paling mengingatkan diorg kat mommy dia ni hehe
nasi ayam ke? nasi lauk ikan goreng ke? nasi goreng hotdog ke? atau bihun goreng? :)
semoga boleh jadikan salah satu sebab la diorg bila dah besar nanti
bila dah masuk asrama, masuk universiti, dah duduk sendiri
untuk datang balik rumah nak merasakan masakan homesick air tangan mommy hehe
(masa tu mommy dah tua...harap masih sihat aminn)

ok lah.
malam ni nak masak apa plak?

Thursday, October 5, 2017

jepuk pisang

pernah tak beli barang2 kat bahagian reduce price kat tesco?
saya pernah!! heee
bahagian reduce ni ada sayur-sayur dan buah-buah
bahagian reduce barang kering plak dia tempat kat tempat lain
kadang-kadang ada potato..cili hidup..oren..apple..
salad..asparagus..benda-benda canni kadang2 elok sangat lagi...
kita kena pandai pilih je..kalau salad tu boleh dapat harga dua kali ganda murah
baru-baru ni ada nampak pisang..elok sangat lagi...
harga dari rm4.90 reduce sampai rm1.90..
 elok sangat kalau buat jepuk pisang. apa lagi...amik la
makanya pagi tadi terhasillah jepuk pisang untuk bekal umar ke school :) 
tapi selalu je tak menjadi kalau buat jepuk pisang
terlebih lembek la..terlebih tepung la..
takkan la nak google juga resepi jepuk pisang 
tapi umar suka..so tak jadi masalah lah kan

k.bye.

Tuesday, October 3, 2017

kain putih

tiap kali nampak budak-budak tahfiz kat area rumah ni
mesti teringat kat kes kebakaran sekolah tahfiz baru-baru ni
teringat video yang .................. menyesal saya tengok video :(
pesalah dah tertangkap dan dua akan menerima hukuman setimpal
(setimpal...? hmm...semoga hukuman Allah balas segalanya padan dengan apa yg korang dah buat ni)
tapi sebenarnya kesian juga kat diorg ni..umur 11 tahun dah keluar malam-malam merayau
mesti struggle juga cari duit nak beli bahan terlarang tu...tengok keadaan rumah plak...
pengetua plak..? stop buat statement yang langsung tidak membantu
kalau nak jugak...buat permohonan maaf atas kejadian anak2 murid yg tak bersalah
(sampai sekarang saya tunggu takde pun haihhh)

setiap kali waktu solat..beramai-ramai berjalan dari townhouse ke surau
hari sabtu ahad...berkopiah main bola kat court futsal..
hari jumaat masing-masing beratur tunggu bas untuk ke masjid shah alam utk solat jumaat
petang khamis ada sekumpulan akan datang setiap rumah bagi ceramah
(yg ni comel...haha sbb nasiblah yg kena buka pintu masa tu..kena dengar ceramh free dari budak2 tahfiz haha..pastu yakin je budak2 ni bagi ceramah..ceramah simple je la tapinya..pastu akhir sekali ajak sesiapa lelaki dalam rumah tu utk turun solat jemaah kat surau...baguskan?)

semoga berbahagialah anak-anak tahfiz kat sana
mesti putih bersih...wangi...muka bercahaya...
kepada adik2 pesalah..semoga Allah memberi peluang dan hidayah
hidup korang panjang lagi...banyak benda lagi yg best korang boleh buat dalam dunia ni
pergo sekolah..amik exam...masuk universiti...cari kerja..beli kereta...kahwin..
(dan hutang pun bertambah haha...tapi itu lah ..nak hidup kan haha)

semoga anak-anak saya...anak kita semua sentiasa dalam lindungan Allah swt..amin..

Monday, October 2, 2017

dietwhat

dari pagi nak tulis something pasal apa yang sempat saya makan masa balik Trg baru-baru ni
tapi ni dha petang lupa dah
so terimalah ikan celup tepung bukan dari kedai poknong yang viral tapi kedai tepi pantai yang sama sedap dan fresh dan sesiapa yang boleh cakap Trg boleh dapat harga murah

nasi lemak, laksam dan nasi minyak kegemaran dari kedai tepi petronas batu buruk dan bersebelahan dengan hotel park inn dan bukan kedai yang berada di tepii jalan tapi belakang kedai tepi jalan tu

dan akhir sekali nasi kerabu tersedap di dunia sbb terpilih antara 50 makanan tersedap di dunia ini. dan dan lepas tu nak makan kena beratur macam nasi beratur.

ok lah. laptop buat perangai lah pulop. bye.