tiap kali nampak budak-budak tahfiz kat area rumah ni
mesti teringat kat kes kebakaran sekolah tahfiz baru-baru ni
teringat video yang .................. menyesal saya tengok video :(
pesalah dah tertangkap dan dua akan menerima hukuman setimpal
(setimpal...? hmm...semoga hukuman Allah balas segalanya padan dengan apa yg korang dah buat ni)
tapi sebenarnya kesian juga kat diorg ni..umur 11 tahun dah keluar malam-malam merayau
mesti struggle juga cari duit nak beli bahan terlarang tu...tengok keadaan rumah plak...
pengetua plak..? stop buat statement yang langsung tidak membantu
kalau nak jugak...buat permohonan maaf atas kejadian anak2 murid yg tak bersalah
(sampai sekarang saya tunggu takde pun haihhh)
setiap kali waktu solat..beramai-ramai berjalan dari townhouse ke surau
hari sabtu ahad...berkopiah main bola kat court futsal..
hari jumaat masing-masing beratur tunggu bas untuk ke masjid shah alam utk solat jumaat
petang khamis ada sekumpulan akan datang setiap rumah bagi ceramah
(yg ni comel...haha sbb nasiblah yg kena buka pintu masa tu..kena dengar ceramh free dari budak2 tahfiz haha..pastu yakin je budak2 ni bagi ceramah..ceramah simple je la tapinya..pastu akhir sekali ajak sesiapa lelaki dalam rumah tu utk turun solat jemaah kat surau...baguskan?)
semoga berbahagialah anak-anak tahfiz kat sana
mesti putih bersih...wangi...muka bercahaya...
kepada adik2 pesalah..semoga Allah memberi peluang dan hidayah
hidup korang panjang lagi...banyak benda lagi yg best korang boleh buat dalam dunia ni
pergo sekolah..amik exam...masuk universiti...cari kerja..beli kereta...kahwin..
(dan hutang pun bertambah haha...tapi itu lah ..nak hidup kan haha)
semoga anak-anak saya...anak kita semua sentiasa dalam lindungan Allah swt..amin..
4 comments:
saya pun masih trauma dengan kejadian kebakaran tahfiz dato keramat tu. huhu
"pengetua plak..? stop buat statement yang langsung tidak membantu" - apa statement pengetua tu?
dia pernah cakap pasal ibubapa yg patut check tahap keselamatan la..apa la...dia sebagai pengetua memang dari awal dah kena ambil tahu hal keselamatan...budak2 tu kan bawah tanggungjawab dia...
oooh.. mcm tu
Post a Comment