Thursday, October 26, 2017

terbang-terbang




Sejak study ni sikit-sikit rasa nak pergi berjalan-jalan. Sebab ye lah Isnin smapai Jumaat dah bergelumang dengan tesis. Kalau boleh sabtu ahad nak juga lari kejap dari landasan (ish ish ish…mana ada org lari dari landasan tesis…jangan tiru pls)
Pastu nak berjalan tu bukan takat dekat-dekat kalau boleh nak juga merasa berjalan yang kena naik kapal terbang haha (sejenis jakun ke apa ni??)
saya ada bagitau encik MM pasal ni. pasal lama dah tak naik kapal terbang. jom kita gi japan ke atau paling kurang sabah ke haha
pastu boleh pulak dia gelakkan saya hampeh betul...dia cakap dia dah boring naik flight
(memang la dah kerja dia memang sentiasa kena naik flight hmmm...)
biasa dulu-dulu kalau pergi bercuti luar negara (setakat ni baru japan, indonesia, vietnam, melborne)
encik suami lebih prefer naik AirAsia je walaupun skang macam2 syarikat penerbangan ada kat Malaysia ni (MAS, malindo, firefly). dia lebih suka airasia sebab murah dan bagi dia kenapa nak bazirkan duit sangat untuk flight. baik simpan untuk belanja bila dah sampai nanti
(saya ikut saja sebab dia adalah menteri kewangan hehehe saya menteri alam sekitar je hehe)

 waktu ni pergi melborne. bestnya. macam biasa flight malam. jadinya tdo je la dalam flight.

AirAsia macam semua org dah tahu antara syarikat tambang murah terbesar di Malaysia. Nasiblah ada airasia kalau tak entah bila nar merasa pergi melborne tokyo semua. hehe. Airasia bukan takat terbang ke melborne & tokyo je tapi lebih 165 tempat di 25 negara didunia. kalau korang perasan paling terbaru ada iklan besar kat federal highway. Airasia ke Hawaii!!! macam..hawaii?? destinasi idaman sejak kecik kot hahaha (mommy la selalu cite kalau dulu2 org gi holiday mesti pergi hawaii haha best kot hawaii ni). makanan dalam flight pun sedap dan murah. tapi korang kena add siap2 masa nak beli tiket. tapi kalau terlupa atau masa tu tak rasa nak makan tapi bila pramugari duk lalu lalang hidang makanan kat orang sebelah dan baru rasa nak makan boleh je kalau nak beli on the spot. bayar je cash. (ni semua orang tahu kot). saya selalu makan nasi lemak. hehe. kalau rasa nak makan maggi di 10,000 meter di udara pun boleh. diorg ada jual.



ingat lagi masa first time pergi japan dulu tahun 2012. umar baru masuk 6 bulan. pergi tokyo dengan airasia. sampai je airport kat sana macam wooowww wooowww bersih..ada baby room yang best...toilet canggih dan bersih...macam sikit wooww sikit sikit wooww hahaha 
(memang sejenis yg jakun tahap tinggi ) 
pastu bila dah balik malaysia. masa tu airasia hab dia kat lcct. macam. apakah?? sedihnya. babyroom yg cuma ada sinki. pastu kerusi nak tunggu pun takde. macam. hmmm. sedihnya. bestkan kalau airport macam kat tokyo. tapi skang KLIA2 dah sangat sangat ok. kalau kena hantar encik suami ke sana mesti nak turun sama sebab boleh jalan2 shopping makan2 semua haha. kalau dulu lcct hantar kat depan pintu je la hahaha (terukkan)
pastu baru saya tahu rupanya airasia ada bergabungan dengan Indonesia AirAsia, Filipina AirAsia, dan AirAsia India mempunyai hab di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda masing-masing pastu airasia X untuk lalauan jarak jauh. (encik suami la bagitu..kalau tak memang tak tahu. yg tahu tiket flight dah ada dalam tangan haha)
 masa ni pergi tokyo. aduuhhh rasa nak pergi tokyo lagi je..duit oh duit...turun la ke pangkuan ku

 skang saya dan adik beradik duk plan nak pergi bercuti (ala-ala family day) ke langkawi
duk tengah cari-cari tiket murah la ni. kakak pulak jenis memang suka check tiket murah kat air asia. kalau ada promotion dia lah yang bagitau tiket ke mana yg murah. kadang2 boleh dapat serendah rm10. Kalau korang bukak website rasmi AirAsia, dorang juga mempunyai promotions online. Tapi kalau korang nak lebih untung, korang boleh usha tiket AirAsia kat site Traveloka. Kita akan dapat harga tiket yang lagi murah dari site AirAsia tu sendiri. Kat situ, kita boleh tengok latest airasia promotions, berapa diskaun yang kita boleh dapat. Di Traveloka, korang boleh dapat promotions bukan saja untuk flight, tapi juga hotel. Korang boleh juga tengok tarikh yang korang nak pergi bercuti sekali dengan harga tiket ada di jadual tu. Jadi korang boleh decide dulu tarikh bila korang nak pergi bercuti dan lepas decide, bar uterus beli tiket. Senang macam mengira 1,2,3 je kan. umar pun boleh buat nih hehehe (over sangat). baru ni saya first time book hotel guna traveloka. senang je rupanya. boleh guna creditcard atau kalau takde credit card debit card pun dah boleh dah skang. just masukkan nombor card dan security number. tu je. senang. nnt dia akan bagi email. kalau tersilap book tarikh call je dan diorg boleh reset balik tarikh yg sepatutnya. with no charge. free...sebab baru ni ke penang saya terbook salah tarikh. nasiblah boleh tukar. hehehe

balik raya baru ni pun dengan airasia. last minute. tapi nasib ada lagi tiket. kalau tak raya kat shah alam je jawabnya.


ok lah.
panjang macam buat chapter 2 dah ni
saya baru je dapat email yg menggembirakan
nanti saya cerita di lain entry
Alhamdulillah .... terubat sikit luka di hati ni ecececece
ok. next entry k
bye.
 



2 comments:

k said...

alhamdulillah. ok, sy tunggu next entry. heheheh

dulu2, xde airline lain, mmg naik MAS. MAS is the best! Sekarang dalam Sabah, still ONLY MAS dan sangat mahal!!! Lahad Datu - KK (55 mins flight) boleh jadi RM200 one way trip. huhuhuhu. baik p Hong Kong kann... heheheh

tp betul, airasia mmg berbaloi. Baru ni sy p KL, tiket RM50 je. kalah harga tiket bas... hahahaha

sapphire said...

berbaloi kan..saya walau ada macam2 jenis airline murah skang. saya mesti tgk airasia dulu..tapi dalam sabah only mas? fuuhhh susah la camtu nak balik kampung...balik melencong ke hongkong haha