Wednesday, October 11, 2017

masakan homesick

selepas sekian lama tak masak ....no no..bukan tak masak...masak je...tapi lauk biasa2 je
semalam terlebih rajin sikin ditambah dengan rasa nak makan
maka terhasillah nasi ayam special
resepi rahasia turun temurun dari mommy :)
mommy cakap resepi ni mommy dapat daripada kawan, chinese
dia ada kedai nasi ayamkat Trg dulu... sedap sangat  jadi minta resepinya
kawan ni cakap..kalau nak nasi ayam yg sedap..rahsianya cuma satu
bawang putih dan halia..tu je..
bawang putih sahaja. no bawang besar..bawang merah..bawang holland..bawang putih sahaja dan halia

semalam umar dan fatimah makan banyak
memang favorite umar kalau ada nasi dan sup. fatimah pun. 
selalu je terfikir nanti bila budak2 ni dah besar
masakan apa yang paling mengingatkan diorg kat mommy dia ni hehe
nasi ayam ke? nasi lauk ikan goreng ke? nasi goreng hotdog ke? atau bihun goreng? :)
semoga boleh jadikan salah satu sebab la diorg bila dah besar nanti
bila dah masuk asrama, masuk universiti, dah duduk sendiri
untuk datang balik rumah nak merasakan masakan homesick air tangan mommy hehe
(masa tu mommy dah tua...harap masih sihat aminn)

ok lah.
malam ni nak masak apa plak?

No comments: