Tuesday, March 27, 2018

maid oh maid

sejak hud masuk hospital
rumah bersepah tak ingat
baju kotor berbakul-berbakul
baju bersih tak terlipat berbakul-bakul
banyak juga bakul dalam rumah ni ek haha
lantai bertompok-tompok tak bermop
nasib baiklah takde pinggan kotor dalam sink. tong sampah pun takde sampah
kalau tak. rasa nak marah je.
time-time canni la bestnya kalau ada maid kan?
:(

Wednesday, March 14, 2018

soalan 1

kalau kita nak study ke luar negara
berapa jumlah duit yg perlu kita standby?
setahu saya kita atleast kena ada duit dalam bank 10-20k
ok yg tu satu.
selain tu? untuk visa berapa pulak berapa?
untuk sewa rumah kat sana?
sekolah anak-anak?

saja tanya
saya tak ke mana
saya dah fikir masak-masak. tak nak dah apply for attachment lagi
sebab nak siapkan dulu yang tak siap ni
paling kurang pun nak apply conference je
saja je tanya.

cause saya macam best tengok isteri/suami yg sanggup ikut isteri/suami nak sambung study ke luar
adakah diorg kumpul duit sama-sama untuk segala perbelanjaan
atau sebelah pihak sahaja (yg nak pergi study tu yg kena sediakan duit2 tu)
atau mintak ihsan family?
korang yang pernah study kat sana canne korang selesaikan masalah duit2 tu?
atau....petik dari pokok duit duit?? (hahahah ok tak kelakar)

ok lah
harap ada yang sudi menjawab soalan random saya ni :)
kerjasama yang anda berikan amat saya hargai.
sekian terima kasih.


Monday, March 12, 2018

kek kuala pilah

baru-baru ni En. MM ada kenduri kahawin kawan sekerja di Kuala Pilah
saya pun ikut la sekali. macam lama dah tak dapat jemputan kenduri kahwin
kawan-kawan smeua dah kahwin. lama jugak teringin nasi kenduri haha
nak nak kalau kat kampung-kampung. untung-untung dapat makan lauk kampung
hari tu diorang hidang lauk kampung sedap betul.
daging salai masak lemak, rebung masak lemak, ayam goreng rempah, ulam2, sambal belacan
yummms. sedap betul. pastu ada aiskrim. suka la budak2. sikit2 ajak pergi beratur ambik aiskrim
kadang2 saya lagi suka kenduri kahwin kat rumah atau kat kampung.
sebab makanan diorg lagi sedap nk banding dengan yg kat hotel (kadang2 la)
ada je kenduri kat hotel yg hidang makanan sedap2.
impian saya nak buat kenduri kat rumah sendiri tak kesampaian hari tu
sebab rumah apartment je. nak buat canne kan. maka buat la kat dewan.

takde gambar makanan sebab masing-masing dah sampai waktu tidur. semua nak dukung je.

lepas kenduri, singgah kejap ke matrik KMNS. tempat jatuh lagi dikenang. apatah lagi tempat mengangkat sebaldi air ke tingkat empat hehehe
kenangan betul. best juga zaman matrik ni. dapat kawan baru yg boleh masuk.
roomate yg seimbang (yg rajin study dan yang gila-gila)
kawan sekuliah yg sekepala. yg banyak tolong calam jagakan tempat kalau salah seorang geng lambat sampai (sebab kuliah je sama. tutorial tak sama)
kuala pilah kan kawasan paling kering di malaysia. jadinya memang selalu la takde air.
bilik pulak tingkat empat. memang sado sangat la masa tu angkut air dari bawah sampai ke tingkat empat.
kadang2 malas sangat mandi pakai air kat pili bomba je. (semua org buat tak bukan saya je hahaa)
hari outing ambik prebeksapu ke pekan kuala pilah. beli keperluan. rasanya ada econsave je kot. kfc pun ada satu je. kalau nak jauh sikit ke seremban r. tu pun jarang2 sekali.
tapi pernah sekali ke UKM bangi, stay kat bilik kakak kawan yg study kat sana.
pastu kalau bf (waktu tu) datang dari intect shah alam happy bukan main haha
tak keluar pergi mana pun. jumpa kat cafe kat depan blok tu je pun. tapi dah cukup happy dah masa tu haha.
pastu ada sekali dia datang bawak berita sedih. nak breakup. sedih gila2 masa tu.
saya pun tak pasti kenapa dia nk breakup masa tu. (mungkin dah jumpa awek pandai kat intec kot. saya dah marik je sobsosob)
sekali esoknya dia call balik cakap nak sambung balik. hampeh. budak2 sangat kan hahahaha


 
apa lagi? hantu makcik karipap? panjat tangki air?? dressing mcm Cinta AADC?
kenangan betul. hehhee

Friday, March 9, 2018

sv meeting

meeting dengan sv kadang-kadang boleh sangat-sangat menakutkan
especially co-sv tapi macam merangkap main sv
sebab semua progress saya dia yang ambil tahu
yes. main sv pun ambil tahu juga. tapi saya akan update bila dia mintak je haha
co-sv ni macam setiap minggu jumpa. setiap minggu dia bagi kerja. dan setiap minggu kena submit.

sv ni garang sangat-sangat
semua student dia takut. kalau nk jumpa kena siapkan kerja betul
kena study betul-betul. kalau takleh jawab soalan. habis.
soalan tu sebenarnya dia dah tahu. dah publish paper dah pun. tapi saje nk uji kita
maka kadang2 saya pun kena fire jugaklah. boleh murung seminggu
tapi takde maknanya nak murung sampai seminggu sebab esoknya dah kena jumpa lagi update
pengsan kan. hahahhaa

hari ni saya submit research flow, chapter 1 dan table of content
ayat untuk objective saya superduper teruk hahahhahahaha
pastu tadi dia betulkan dalam masa kejap macam tak perlu perah otak pun
macam....petik jari....dah siap...
fuhhh...power gila...macam ada super power dalam writting hahahahha
terkagum kejap haha thank you Dr :)

Alhamdulillah meeting tadi menampakkan saya sesuatu..thank you Dr
ayat untuk objective saya dah dibetulkan dengan cantik dan bergayanya ... thank you Dr
seterusnya saya kena fikir sendiri apa thesis output...insyaAllah

oh satu lagi
paper saya kena reject lagi. for the second time.
i is sad. sob sob sob...

semoga Allah permudahkan perjalanan budak Nilam ni dalm siapkan tesis dia. amin amin.

Thursday, March 8, 2018

story telling 1.0

Semalam kat kelas Umar ada story telling
macam pertandingan antara budak-budak kelas
tema untuk first story telling ni ialah "Myself"
setiap orang kena berdiri depan kelas dan bercerita pasal myself

teacher dah bagitahu pasal ni 2 minggu lepas
 baru seminggu ni saya bersungguh
tulis besar-besar atas kertas
tolong bacakan untuk umar
tapi umar tak berminat
atau saya rasa umar ingatkan kena baca dengan pegang kertas
itu yang macam relex je kot

semalam
dalam kereta masa nak hantar. berbuih jugak lah mulut saya asyik ulang ayat yang sama
dengan harapan umar akan ingat
tapi tak.........:(
umar tak ingat satu pun

teacher bagi video masa umar berdiri depan kelas tu
sedih je tengok....umar tak ingat apa-apa pun
umar tersenngih-sengih....gagap....kesian umar...sorry umar
teringat zaman mommy kecik-kecik dulu...
tak best tak perasaan bila tergagap-gagap depan kelas
mommy tak suka perasaan tu...perasaan macam "saya boleh lagi bagu sebenarnya"
tapi tak...tak berusaha langsung hafal text
sorry umar

so untuk story telling kali ni dan seterusnya
akan ada tiga orang pemenang...teacher share video pemenang
bagusnya....budak2 ni boleh hafal...dan yakin je duk depan kelas
siap dengan gerakan tangan badan semua...
bila teringat video umar...alahai....sedihnyaa :(

sorry umar

lepas ni akan ada lagi story telling
bagus jugak benda ni sebenarnya
boleh kita built keyakinan budak2 ni bercakap depan orang

sorry umar
lepas ni story telling seterusnya
kita buat betul...mommy akan sediakan text awal-awal
kita hafal sama-sama...sampai lancar
kita buat betul-betul...
tak menang tu takpe..asal kita usaha dan buat dengan yg terbaik
mommy tahu umar boleh buat...kita try lagi ok
(tapi kalau boleh mommy nak umar menang hehe #asianmom)
insyaAllah. amin.

Wednesday, March 7, 2018

tukar angin

ada hari malas betul nak pergi UM
tapi kerja kena jugak siapkan
nasib baik ada library shah alam ni
sunyi sepi. 
(semua org kusyuk buat kerja masing-masing)
(tapi kalau musim exam bising jugaklah)
walaupun wifi kat sini tak berapa nak laju
tapi ok la boleh concentrate betul2 kat thesis kan
(kalau tak tangan ni gatal je nak tgk movie)
(latest episode grey's anatomy tak tgk lagi ni)
ok lah.
marilah kita menuju ke jalan yang benar
sekian. terima kasih.

Tuesday, March 6, 2018

drama pgroom

seminggu dua macam-macam berlaku kat pgroom (postgrad room)
office aka tempat untuk budak2 postgrad buat kerja masing2
setiap sorang dapat satu meja. tapi pgroom ni khas untuk civil je
department lain kat tempat lain.
since co-sv saya dari civil. jadi saya pun dapat stau tempat kat pgroom ni


so dua tiga menjak ni macam ada perang tampal notice kat pintu masuk pgroom ni
first sekali berkaitan dengan jangan makan dalam pgroom
saya tak perasan pun sampailah Taher datang bagitau yang dia dan kawan2 dia (org arab dan sewaktu dengannya) tak selesa dengan bau makanan yg budak2 malay makan
(specific gila..budak2 malay tu..) ok la saya cakap saya faham...
tapi kitorng makan takde lama mana pun kan. paling kurang setengah jam (sebab sambil tgk movie jd lama sket hehehe)
dia cakap please...you can eat downstairs..." like....ok..
notice (gambar kat atas)...saya dan dak dak malay dah tahu dah saya punya kerja
hmmm...budak ni selalu je cari masalah dengan org
macam la pgroom tu hak dia

maka mulai hari tu makan la saya sorang kat bawah...hukhukhuk

pastu dua tiga hari lepas baru la ada official notice dari pihak management
katanya HOD pernah masuk pgroom dan bau busuk..ntah sape yg bawak makanan time tu
tu yang management pun keluarkan notice
masalahnya budak2 malay makan tghari je..bawak nasi je
ada budak2 iran tu siap bawak toaster. bakar roti siap...takde pun geng dia nak bising kan

ni official notice dari pihak managementyang dah diconteng conteng dan dibalas conteng haha
saya macam kenal tulisan yg pen hitam tu...macam tulisan taher je hahhaha
hmmm...macam2 la korang ni...

pastu ada plak pihak (saya rasa foreigner) yang tak puas hati
maka satu lagi notice berkenaan jangan buat bising
puak ni saya rasa dia tidur kat pgroom
sebab kawan saya pernah nampak diorg ni mandi semua kat toilet pgroom
kalau balik lambat diorg ni still ada. kalau datang awal pun diorg duk sedap tidor
isk isk isk...pelik pelik la korang ni
apa-apa lah...janji tak ganggu saya

korang ni relex la
tak boleh ke toleransi sikit
bilik ni kan pakai sama2. tahan la sikit hidung tu.
time makan je la time yg dapat relex sikit. tgk youtube ke. drama ke.
time la kena buat kerja dah. masuk lab. 
lagi pun bukannya sepanjang hari ada bau busuk
dah nak dekat 2 tahun saya makan dalam office. selama tu takde pun yg nak tegur busuk ke apa
baru sekarang baru nak tegur. kenapa??
yg suka buat bising tu plak. faham2 la. office tempat org study
bukan untuk berhuha huha
ok lah. jangan gaduh gaduh..heeee
bye

Monday, March 5, 2018

reviewer

baru-baru ni saya ada terima email dengan title "invitation of review"
mula-mula baca tajuk email tu macam...ye ke ni?/ nk suruh kita jadi reviewer ke ni?
paper yang nak di review tu ada kaitan dengan field saya which is waste management
paper tu pasal waste minimization di South Africa.
macam kelakar plak. sebab saya kan student lagi. kalau dah memang lama dalam bidang ni memang logic la kan publisher tu pilih saya utk jadi reviewer kan.



pastu saya pun tanya pendapat kat SV
(semua benda nk tanya pendapat sv. haha. harap sv tak bosan dengan soalan2 saya)
pastu sv cakap
"nilam...awak tu dah tua ...awak dah tahu semua benda dah...cuma kadang-kadang awak tak yakin je.."
(dah tua?????hukhukhuk..memang saya dah tua pun Dr. tp masih study dan tak punya kerja sobsobsob)
"bagus laa nilam..boleh awak belajar canne orang lain tulis paper"
saya pun macam...ok..boleh laa...

baca punya baca..pening kepala dengan paper structure dia hahhaa
seriously...method kat mana. result kat mana...fuhhhh...
(harap reviewer utk paper saya tak rasa macam apa yg saya rasa time check paper ni)
pastu saya kena bagi komen setiap subtopik. dari intro sampai acknowledgment.
bahagian method dan result & discussion panjang lebar sikit comment nya
(bajet sgt tau comment panjang2 paper org hahaha)
sebab nya saya memang tak faham apa yg dia cuba sampaikan..
last sekali ada ruang sama ada paper ni perlukan minor correction atau major atau reject terus
jangan risau...saya bagi major correction je. dan boleh publish lagi
(betul ke apa yg saya buat ni....)

pastu submit

bila dah submit tu publisher email kalau nak jadi reviewer untuk paper tu boleh la hantar cv
saya pun try je la kan. no harm pun. (bak kata sv)
(padalah paper baru 1-2 je..tu pun scopus je hahaha..)
takpe la kita try je la kan. tak try tak tahu setakat mana kita layak kan hehehe
sekali....diterima..Alhamdulillah...
(kelajar je hahah)

so lepas ni apa plak?
tunggu dan lihat je la.. :)
sekian update terkini saya

Friday, March 2, 2018

terlupalah

lamanya tak update blog
saya rasa saya dah lupa saya ada blog
bukan saja lupa nak update lupa nak buka pun sama
ish ish ish teruknya
ok lepas ni saya akan terus merajinkan diri untuk update
(walaupun takde benda pun nak diupdate kan hehe)
korang semua apa khabar?
kerja ok? thesis ok?
anak-anak ok?

saya ok ok je
Alhamdulillah
nanti-nantilah saya update
banyak benda juga nk share yg berkaitan dengan study

ok lah.
bye semua