Sunday, February 24, 2013

Negara Doraemon

macam cita-cita / angan-angan / impian / keinginan
menjadi satu kenyataan
macam rezeki yang datang yang tak disangka-sangka
ecehss

apa-apa pun..Alhamdulillah :)

minggu lepas
saya, en.mm dan en. umar ke Jepun
lebih kurang seminggu jugak ke sana
kali ni (kali ni?mcm nak pergi lagi je) saya ke Tokyo sahaja

pergi ke sana sendiri-sendiri
say no to travel agent
tapi segala persiapan en.mm yang uruskan
saya cuma................uruskan umar je hihi :)

mungkin sebab selalu sangat tengok Doraemon
tiap hari Sabtu, pukul 7 malam
dan mummy pun selalu jugak beli komik Doraemon
menyebabkan saya teringin sangat pergi ke Jepun
kejap pun jadi la
dan minggu lepas en.mm dah realisasikan impian saya tu
keinginan en.mm jugak sebenarnya

memang sangat mencabar jugak
pergi negara orang dengan sendiri-sendiri ni
nasiblah public transport kat jepun tip top
kalau tak memang pengsan jugak la

kat sana
mana-mana pergi naik train dan jalan kaki
tapi kebanyakkannya naik train lah
jalan kaki tu macam kalau dari train station nak ke satu-satu tempat
jauh pun jauh lah
asal dapat tgk tempat orang
dan semestinya amik gambar (itu yg paling utama)

cadangnya nak buat entry asing2 untuk setiap tempat yang saya pergi
tapi fikir-fikir balik nanti ada satu entry je
yang lain terperap jadi jeruk
so, entry ni akan menjadi satu yang panjang dan panjang dan panjang
harap tak memboringkan ;)

ok jom tengok gambar k...

Haneda Airport
ada nursing room yang best
dan stroller yang comel

The Prince Park Tokyo Tower Hotel
boleh tengok Tokyo Tower dari tingkap bilik
super nice view! :)

sakura!!
kat hotel tu ada macam ada small garden penuh dengan pokok sakura
tapi time saya pergi ni sakura baru nak berbunga
kalau pergi dalam pertengahan tahun mesti banyak lagi para-para sakura ni

Tsukiji Fish Market
tutup pada hari ahad
mula beroperasi jam 4 pagi
jadi kalau terbangun lewat tu boleh melawat bahagian luar pasar ni je

jalan-jalan amik gambar di kawasan sekitar hotel

pengangkutan utama train
kedua: basika, ketiga: kaki hihi :)
kebanyakkan suka pakai baju hitam
sangat-sangat jarang nampak pakai baju selain hitam, peach, coklat
colour blocking? naaaa :)

Mount Fuji
sempat merasa main salji 
excited betul dapat jumpa salji hihi

Shinjuku

Harajuku

Nakano Broadway

Asakusa

Tokyo Disneyland

Akihabara

Tokyo Camii

ok tu je
ngantuk dah ni
semoga dimurahkan rezeki lagi untuk saya anak-beranak jalan-jalan kat Jepun.
amiin.

bye.
malam.



Wednesday, February 13, 2013

tujuh


Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Muhammad Umar Nashriq
Allah selamatkan kamu

:)

Sunday, February 10, 2013

ela & eli


saya namakan resepi untuk kali ni ialah Buah cempedak di luar pagar
ala...macam resepi Ela dan Eli dalam rancangan ALONG tu hihi :)

ada rupa buah cempedak yang di luar pagar tak?
:)

Impian


filem pertama saya dan adik-beradik tengok kat Panggung Wayang Rex, Terengganu ialah filem Impian
lakonan Amy Mastura dan Azhar Sulaiman
mungkin disebabkan filem pertama kot
menjadikan filem impian ni macam jadi antara filem fav kami berempat
tengok banyak kali pun tak boring
skrip jangan cakap lah. dah boleh hafal dah.

jadi kalau pergi Cameron Highland mesti tak lepas peluang
nak cari tempat-tempat yang ada dalam filem Impian tu.
sampai macam tu sekali
dan lepas 2 3 kali kaji selidik (ecehhs) dilakukan
kitorg rasa Smoke House dan The Lake House antara lokasi penggambaran filem Impian ni

dan baru-baru ni saya sempat bermakan angin di Cameron Highland
dan stay kat The Lake House ni
tempat dia sangat menarik dan sangat klasik
macam rumah tinggal orang-orang British dulu
sangat ke-orang-putih-an sampai rasa sangat ke-scary-an hihi
service sangat ok
sangat berbaloi
pendek kata memang sangatlah hihi :)

saya ada ambil banyak gambar
tapi saya share sikit-sikit je eh
hmm
ok tu je.
bye.


takde idea
nak tulis ending kahkahkah
bye :)


Thursday, January 17, 2013

big fat breakfast


saya namakan sarapan saya ni sebagai sarapan besar lagi menggemukkan 
atau dalam bahasa lainnya big FAT breakfast
atau kalau nak macam ala-ala sikit english breakfast ecehss :)


kita terus ke bahan-bahanlah yer


Bahan-bahan: (untuk dua orang makan)
1 biji potato (rebus dulu utk cepatkan proses menggoreng nanti)
1 biji tomato (dipotong sederhana tebal)
2 biji bawang besar (dimayang)
2 biji telur
2 keping burger daging (saya guna lebihan burger bakar dulu)
sedikit garam, black pepper 
olive oil 


Cara-cara:
layukan bawang besar dengan sedikit olive oil
perisakan dengan sedikit garam 
potato yang direbus tadi dipotong sederhana tebal
saya guna kuali leper (yg macam org nk goreng roti canai tu)
saya masukkan semua sekali (potato, tomato, daging burger)
lemak2 dr daging burger tu akan bagi satu rasa yg best kepada potato & tomato
last sekali goreng telur


cara nak hidang,
bahagikan semua benda kepada dua
satu untuk awak, satu untuk saya
taburkan black pepper untuk bagi rasa pedas2 sikit
dan siaplah.... :)

makan ni tak muak sangat
kekeyangan tu boleh tahan sampai 2 jam je. 
(bagi perut mcm saya lah hihi)

 ok.
boleh try untuk breakfast hujung minggu nanti

bye.

Thursday, January 10, 2013

cry me a river


menangis pun comel
jadi kita ambil gambar dululah
hihi

:)

Wednesday, January 9, 2013

homemade burger bakar

sebab burger bakar di kedai-kedai burger bakar yang heboh diperkatakan taklah sesedap mana pun
dan
sebab dalam usaha memboikot McD

maka terhasillah burger bakar oleh Chef En.mm

resepi diambil daripada Jamie Oliver
dan beberapa bahan rahsia yang ditambah sesuka hati oleh chef
yang saya sendiri tak perasan apa dia
dan entah bila dia tambah pun saya tak tahu

tapi...tapi...
sedap...
diakui oleh mummy

bila diakui sedap oleh mummy
maknanya memang sedap la tu hihi :)
(harap tak ada yang kembang semangkuk)


Bahan-bahan (patty):
2 bungkus daging kisar (kalau nak lagi sedap guna yang fresh dan hancurkan sendiri)
4 keping roti (dikisar halus)
1 biji telur
2 keping cheese (saya guna cheesedale. nak guna jenis lain pun boleh)
5 biji bawang besar (dilayukan terlebih dahulu dengan olive oil)
sedikit serbuk oregano, paprika, lada hitam, parsley, thyme
garam secukup rasa
olive oil

Cara-cara:
gaulkan kesemua bahan di atas sehingga sebati dan rata
bentukkan seperti kepingan burger (saiz ikut suka hati)
sebelum bakar, titiskan sedikit olive oil
dan bakar sehingga masak

untuk menghidang
lapiskan dengan salad, tomato, cheese, sedikit sos bbq, mastard, mayonis dan cili sos

makan panas-panas!

dah siap
tak payah dah beratur kat kedai
tak payah dah beli McD
hihi :)

Monday, January 7, 2013

red rubies


Bahan-bahan:
sengkuang cina
santan pekat
gula
nangka
daun pandan
tepung ubi kayu
pewarna makanan (merah)
ais


Cara-cara:
buang kulit sengkuang cina. kemudian potong dadu. (kecik-kecik)
rendam sengkuang cina di dalam pewarna merah selama 1 jam
kemudian salutkan dengan tepung ubi kayu
panaskan air hingga menggelegak
masukkan sengkuang cina yang dah bersalut tepung ubi tadi
biarkan hingga timbul (macam buat onde-onde)
bila dah timbul, masukkan dalam air sejuk (untuk elakkan dia melekat)
masak air gula bersama-sama daun pandan
campurkan air gula dengan santan.
hiris halus nangka.
masukkan red rubies, nangka, santan dan beberapa ketul ais



semua bahan saya tak letak kuantiti dia
sebab semuanya macam secukup rasa masing-masing
kalau nak banyak red rubies nya beli la banyak
kalau nak merah, titiklah pewarna banyak sikit
kalau suka makan dengan kuah yang banyak, banyakkanlah santan tu


easy pizziii :)


Sunday, January 6, 2013

asam pedas daging

saya tak pernah tahu ada macam jenis asam pedas dalam dunia ni (dalam malaysia ni laa)
yang saya tahu cuma asam pedas ikan kembung atau ikan tenggiri
tapi bila sebilik dengan orang melaka dulu,
baru saya tahu ada asam pedas ayam laa daging laaa
roomate saya pernah bawa bekal dari rumah asam pedas daging
sedap sangat sampai teringat-teringat sampai sekarang :)

dah mengidam nak buat dah lama
cuma baru semalam baru berkesempatan nak buat
pastu tanya sikit-sikit resepi dari kawan yang juga orang melaka

dan waallllaaaaahhh...terhasilah asam pedas daging ala cik sapphire

jom tengok bahan apa yang perlu

Bahan-bahan: (untuk 2 orang makan)
1 mangkuk daging (dihiris kecil kecil)
2 sudu besar cili giling (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
3 sudu besar bawang yang telah dikisar
sedikit kunyit hidup dan lengkuas (ditumbuk)
1 batang serai
1 kuntum bunga kantan
sedikit daun kesum
sedikit belacan yang telah dibakar
3 sudu kecil pes asam jawa (saya guna cap adabi)
1 biji tomato (dipotong 4)
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:
tumiskan cili giling dan bawang kisar hingga garing (guna api kecik ye)
masukkan kunyit hidup, lengkuas, serai, belacan
biar sekejap
masukkan daging..gaul biar rata
bancuhkan pes asam jawa dengan semangkuk sederhana dengan air
(atau sehingga air menutupi daging tadi...biar daging tenggelam sikit je)
 masukkan bunga kantan dan daun kesum
perisakan dengan garam dan gula
biar mendidih hingga daging lembut,masukkan tomato


dah siap.... senang je kan hihi
renehkan lama sikit pun takpe...takut daging tak cukup empuk
ada yang tercabut gigi kang.. :)

nak lagi sedap
boleh tiru kombinasi lauk yang saya makan semalam
en.mm cakap sodap hingga menjilat jari :)


selamat menjadi master chef semua!!
:)

Friday, January 4, 2013

dua belas

tahun 2012 dah memutarkan kehidupan saya kepada 360 darjah
berpusing-pusing tunggang tebalik
happy sedih happy balik
semua ada :)

Januari saya dapat adik ipar
yang mana kawan sekelas saya masa darjah 6 Seroja di SRSS2
sekarang adik dah ke UK menemani husbandnya yang sambung study kat sana
dan dah dikurniakan seorang baby boy yang comel, Uwais namanya. :)


separuh dari 2012 saya dihabiskan dengan mengusung Umar dalam perut hihi
*boleh ke cakap macam tu :D*
makanya setengah tahun tu keinginan untuk makan tu membuak-buak
menjadikan saya rajin nak masak apa yang Umar inginkan
salah satunya mini chocolate muffin ni
kalau nak resepi boleh pergi ke page Now Everyone Can Cook


apa yang mengembirakan saya dan menyedihkan saya untuk tahun 2012 ni ialah
bulan March saya ada apply scholarship untuk study ke luar negara under MARA
dan yeay!!! yeay!!! permohonan saya diterima..happy sampai rasa nak melompat-lompat
eh betul tau...
sebab saya dah cuba apply yang sama tahun 2011.tapi tak dapat.
dan tahun lepas try lagi. dapat!! yeay!! :)
 tempat di UK pun dah ada..iaitu di Uni of Leichester.
so saya fikir, sebaik sahaja lahirkan Umar terus gerak ke UK..ecehss..

tapi nak buat macam mana
semua kuasa terletak pada Allah
perancang terbaik yang tiada bandingnya

sepanjang berbulan-bulan menunggu Umar dilahirkan
macam-macam benda dah berlaku
tak adalah macam-macam sangat
tapi adalah benda yang perlu difikirkan betul-betul
sebelum buat keputusan study kat sana

akhirnya
saya dah tolak tawaran belajar di UK
sedih ok.

sangatlah berat hati nak tekan button send masa reply email ni dulu.
tapi nak buat macam mana.
boleh je saya jadi seorang yang pentingkan diri sendiri
pergi ke sana dan biarkan semua benda di Malaysia ni orang lain yang uruskan.
tapi fikir-fikir balik. tak baiknya.

Tuhan saja yang tahu perasaan saya dulu sampai sekarang
lebih-lebih lagi bila tengok gambar adik yang sekarang dah kat UK.
tapi paling kurang, Allah dah bagi saya rasa manisnya perasaan bila sebelah kaki dah kat sana
bila impian sejak kecil hampir tercapai
Tuhan tu Maha Kaya.
mungkin esok rezeki saya ke sana. siapa tahu kan. :)


ini gambar semasa mengandungkan Umar . dah nak masuk 8 bulan masa ni.
satu-satunya pengalaman yang tak dapat saya lupakan.
Alhamdulillah. sepanjang mengandungkan Umar, tak banyak ragamnya
tak ada morning sickness. boleh makan semua benda yang diidamkan.
dan sekarang. Umar dah nak masuk 6 bulan.
kejap je kan. dah banyak akal dah sekarang.
kalau kita pakai tudung, dia tahu kita nak keluar. dan dan tu la dia nak kita dukung dia.
Umar pun tak banyak ragamnya. sangat good boy.
Alhamdulillah. Thank you Allah. Thank you Umar for being such a good boy all this while. :)


lagi apa lagi perkara besar yang berlaku tahun lepas
saya rasa tu je kot :)
biasalah pergi kerja balik kerja
pergi interview kerja sana sini
dapat tawaran kerja dengan offer double dari tempat kerja sekarang
makan tidur makan tidur
susukan umar. pam susu umar. panaskan susu umar.
boringkan. :)


so apa pulak resolusi untuk tahun 2013 ni?
hmm. semoga apa yang saya idamkan menjadi kenyataan.
semoga Allah permudahkan perjalanan hidup untuk tahun ni.
semoga semua orang happy. semoga semua orang dibawah lindunganNya.
semoga semuanya baik-baik belaka.
Amin. Amin. Amin.
:)


Thursday, January 3, 2013

telur rebus

saya baru teknik sebetulnya nak masak telur rebus
dengan telur kuningnya sedikit cair
kalau makan dengan kicap
atau dengan nasi lemak
aaaaa sedapnya.... :)



Bahan-bahan:
semestinya telur lah (berapa biji pun ikut suka hihi)
air untuk merebus

Cara-cara:
masak air hingga menggelegak
bila dah menggelegak baru masukkan telur
masukkan pelan-pelan menggunakan sudu
ini untuk mengelakkan kulit telur tu merekah
sebab kejutan budaya suhu dari peti sejuk ke air panas menggelegak
biarkan selama 7 minit setengah
siap!!



dan rupanya akan jadi macam ni 



rupanya teknik saya merebus telur selama ni salah lah eh? 


selamat mencuba
selamat tahun baru

:) :) :)

Monday, December 31, 2012

Pancake Mummy

kadang-kadang
kita rasa nak makan sesuatu
time tu jugalah ada satu bahan yang tak cukup

baking powder habis laa
susu tak cukup secawan laa
butter yang tinggal sikit je lagi laa

tapi ajaibnya
mummy boleh ubah - ganti - reka
resepi yang yang tak cukup bahan tadi
menjadi resepi yang cukup bahan
haaa macam mana tu
hebak tak hebak mummy saya :)

so pagi tadi sindrom nak makan yang dari yang lain datang lagi
kali ni nak makan pancake plak
tapi fresh milk tak ada la pulak
butter pun habis..

nasiblah buku resepi bergerak a.k.a mummy sentiasa ada di sisi hihi
maka terhasilah pancake ada apanya ala mummy :)

rasanya not bad at all
sedap sehingga kepingan pancake yang terakhir


Resepi Pancake Apa Adanya

Bahan-bahan
3 senduk tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat (dibancuh dengan 1 mug air)
secubit garam

Cara-cara:
Campurkan semua bahan hingga tepung tak berketul-ketul
atau kalau nak cepat tapiskan
panaskan kuali. (guna kuali yang tak melekat)
tak perlu sapukan minyak atau butter
sendukkan satu senduk adunan ke dalam kuali
biarkan seketika sehingga nampak macam ada lubang2 kecik
dan balikkan. biar perang sikit. dan boleh angkat.


selamat mencuba!

Saturday, December 29, 2012

Breakfast


tiba-tiba rasa macam nak makan sesuatu yang lain sikit pagi tadi
makanya, terhasillah Baked Egg With Potato ala Sapphire
ala sapphire sebab ini je bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk

Bahan-bahan:
3 biji tomato saiz sederhana (dipotong dadu)
1/2 biji lada benggali (dipotong dadu)
1 biji potato (direbus dan disagat)
3 biji telur
Bawang besar dan bawang putih secukupnya (dipotong dadu)
Keju
Minyak zaiton
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Daun Pasley
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga sedikit layu
masukkan tomato dan lada benggali
perisakan dengan serbuk lada hitam, oregano, garam dan gula
biarkan sebentar.

Sapukan bekas untuk membakar dengan minyak zaiton
masukkan potato yang telah disagat 
lapiskan dengan bahan yang telah ditumis tadi dan taburkan keju 
buatkan lubang dan pecahkan telur 

Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga telur putih masak
taburkan daun pasley yang telah dimayang halus
makan panas-panas :)

siap!!


Thursday, December 27, 2012

Budu


saya dapati
cara orang KL makan budu tak sama macam orang Terengganu atau Kelantan makan
sangat tak sama. :)

saya selalu nampak
orang KL akan ambil budu + cili padi
tapi cili padi macam sekadar hiasan
jadi..macam....awak makan budu sahaja tanpa rasa pedas...
hmmm...tak uummmppphh la kalau macam gitu hihi

ok.
meh sini orang tranung nak ajor cara sebenor makang budu
ready belake?

Bahan-bahan:
Budu
beberapa biji cili padi (kalau nak pedas banyakkan lagi)
2 ulas bawang merah dimayang halus
1 biji limau kasturi 

Cara-cara:
Letakkan kesemua bahan dalam satu pinggan.
Kenyek-kenyekkan cili padi untuk mengeluarkan rasa pedas daripada cili.
Perahkan limau dan gaul-gaul sikit.
Sedia untuk dicicah dengan ikan goreng atau ikan panggang. yumsss!

Nota kaki: kalau ada lebihan durian atau tempoyak bolehlah digaulkan sekali. tapi jangan banyak sangat k. :)

ok orang orang KL sekalian.
gi cari budu skang. dan cuba try test cara makan budu sebenor ni. hihi....


bye :)

Wednesday, December 12, 2012

tuesday things

 1. Umar's first swimming session. Dan saya dapati Umar memang suka main air. Air kolam tu agak sejuk jugak sebab dalam bangunan. Tapi Umar relex je kuis kuis kaki macam ala ala nak berenang. hihi. Tapikan nak tanya sikit ni,boleh ke bawa baby masuk kolam?esp yang public?

 2. Lepas penat-penat berenang, ke SACC plak untuk lunch.Lepas lunch ke Subang Parade. Jalan-jalan. Saya suka idea dekorasi krismas di Subang parade. Ala-ala krimas di tepi pantai di tengah panas. Krismas di Malaysia la katakan. Mana ada snow. :)

 3. Lepas Subang Parade, kita ke Empire pulak. Mak aiihhh balas dendam ke apa ni? hihi...Umar such a good boy. Tak banyak karenah pun. Sekarang kalau dah sampai masa dia nak susu dia akan merengek yang macam nak beritahu kita yang dia dah lapar. Macam bercakap-cakap tau. Sama jugak kalau dia nak tidur.

4. Dan yang ni? Habislah sudah aktiviti kita untuk hari selasa. yang sepatutnya kerja sebab office terletak di Kuala Lumpur tapi di sebabkan yang lain-lainnya cuti sebab office dalam Selangor. Kita yang kerja kat KL ni sibuk jugak nak cuti. hihi. Oh maafkan saya boss.

sekian.
bye.
:)

Friday, December 7, 2012

onde-onde


kali pertama buat onde-onde
atau ramai orang panggil buah melaka
saya lagi suka panggil onde-onde , mana-manalah :)

tak ada susah sangat pun sebenarnya nak buat onde-onde ni
kalau tahu awal-awal lagi tak susah
mesti dah lama try buat 

ok
resepi saya pinjam dari My Resepi :

Bahan-bahan
300 ml air
250g tepung pulut 
125g tepung gandum
sedikit pewarna hijau atau lagi sedap guna daun pandan yang dikisar
(nak buat warna lain pun boleh- saya suka pink hihi)
kelapa parut putih dan gula melaka secukupnya

Cara-cara
campurkan air dan pewarna hijau
masukkan tepung pulut - gaul sebati
dan masukkan tepung gandum - uli hingga menjadi doh
ambil sikit dan letakkan isi gula melaka di tengah
masukkan doh tadi ke dalam air yang menggelegak hingga timbul
akhir sekali gaul dengan kelapa parut

sedia untuk dijual di pasar malam :)


Thursday, December 6, 2012

sampingan


mungkin saya patut tukar profession , no?
:)

Monday, December 3, 2012

instalife


drama hujung minggu yang tak boleh diterima
tapi Alhamdulillah...semuanya dah selesai
sekarang kembali kepada asal

:)