Thursday, November 1, 2012

on the way


tinggal lagi lebih kurang satu bulan setengah
untuk berjumpa semula dengan buah hati, en.mm :)

yupss
bila seminggu pertama en.mm kerja
rasa macam ... kenapa lambat jer masa berjalan ni
dan sampai hari ini, umar masih tidur berselimutkan baju abahnya
sekarang tambah tolak tinggal enam minggu je lagi
yeayyy!!!


Happy November everyone
:)

Tuesday, October 30, 2012

Raya haji



kali pertama beraya di bukan kampung sendiri iaitu di Pulau Pinang
bukan kampung saya, bukan kampung en.mm bukan kampung umar
tapi kampung abang ipar

tahun ni beraya kat sana sebab adik kepada abg ipar bertunang
dan alang-alang ke sana jalan-jalan round round Penang sekali la

ini kali ke empat saya ke Penang
kali ni tak makan nasi kandar pun
hari ini dalam sejarah betul

tapi sempat rasa kari kepala ikan di Restoran Pen Mutiara
pasembuq di gerai pakcik yang suka joget di Gurney Drive
oh jeruk pun tak beli kali ni
 hmmm

apa-apa pun
perkara yang paling saya tak boleh terima ialah
bila terpaksa ber'kampung' dalam kereta selama dekat 10jam
aaaaaa i hate you jam!!!

kbye
:)

Tuesday, October 23, 2012

twin


ini sangatlah comel comel cute cute geram geram rasa macam nak kenyek kenyek
tengok yang sebelah kanan tu
sempat lagi sumbat spageti dalam mengantuk tersengguk sengguk tu hihi

bayangkan kalau Umar tengah makan macam ni
ololololo

:)

Monday, October 22, 2012

en.mm


Kalau rindu itu berbentuk hujan. Mungkin ditempatmu sekarang, hujan akan mengalir deras, kerana ia mengirimkan pesan-pesan rindu tanpa henti. - nayasari aissa

Thursday, October 18, 2012

joe jambul


sekitar majlis cukur jambul sepupu Umar, Mariam sabtu lepas
sabtu lepas? esok lusa dah sabtu balik
aaaa....why so fast meh? 

 bye.
ooiittt update cara apa ni??

kbye.

Wednesday, October 17, 2012

bad days will pass


When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No: I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got, yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not, and who I am

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up, still looking up.

I won't give up on us (no I'm not giving up)
God knows I'm tough enough (I am tough, I am loved)
We've got a lot to learn (we're alive, we are loved)
God knows we're worth it (and we're worth it)

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up



mendedikasikan lagu ni untuk diri sendiri

kerana saya terpaksa bermula dari A semula
study untuk proposal yang baru
cari biasiswa baru memandangkan en.mara tak nak tukarkan saya ke dalam negara



aiiyyyoooo



ala mesti boleh punya!!
:)

Tuesday, October 16, 2012

senyum


kerana sabar tidak pernah ada hadnya

Sunday, October 14, 2012

yesteryears










sedang tengok gambar-gambar lama
entah apa yang saya rindukan sangat malam ni








selamat malam


Friday, October 5, 2012

bihun pucat

semalam hari pertama saya ganti puasa
dari 30 hari..tinggal 29 hari lagi
long way to go............................................... :)

tak apa
kita ada 1 tahun untuk gantikan semuanya sampai habis
365 hari....
jangan cari alasan tak sempat nak ganti

ada kawan yang masih tak habis ganti lagi -_-'
harap saya tak macam tu.....

biasalah bila puasa
macam-macam jenis makanan kita nak makan
nak buat bihun sup la..bihun goreng la...bihun singapore la...
tapi bila fikir-fikir balik
maghrib awal...bihun goreng biasa je la sempat masak semalam

ini resepi bihun goreng
resepi pinjam dari mummy :)



Bahan-bahan
satu bungkus bihun
2 biji telur
1 ikat sawi
2 sudu besar udang kering
beberapa ekor udang 
beberapa biji ketam ball
4 sudu besar lada giling
5 sudu besar bawang, bawang putih dan halia yang sudah di kisar
2 mug air
sedikit sos tiram, kicap, sos tomato, sos cili
garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
  • tumiskan cili giling dan bawang hingga garing
  • masukkan udang kering, udang,ketam ball..tumis hingga agak-agak udang dah masak
  • masukkan sos tiram, kicap, sos cili dan sos tomato
  • biarkan sekejap, kemudian masukkan air..
  • tunggu hingga air agak-agak menggelegak masukkan telur yang dikacau dahulu
  • kemudian masukkan sawi...garam dan gula secukup rasa
  • last sekali masukkan bihun...biarkan hingga kering
  • sedia di hidang...makan dengan keropok keping...yumsss :) 

selamat mencuba!!
:)

Wednesday, October 3, 2012

lunch box




tiba-tiba terasa nak pergi Singapura
satu sebab nak bawa Umar jumpa family sebelah en.mm di singapura
bawak jumpa monyang Umar kat sana
dua sebab saya tak habis jalan lagi hihi (tu yang utamakan cik nilam kan)
hari tu jalan-jalan tengah pregnant-kan Umar
jalan sikit dah penat...jalan sikit dah penat
pastu nak pergi USS jugak :D

ni gambar time jalan-jalan kat Arab Street
singgah rehat-rehat dekat kedai Turki
makan baklava yang manis (tak suka erk)

tiba-tiba je kan...suka hati je
macamlah cuti banyak lagi...
(gambar pinjam en.mm punya)


ok
ni apa yang saya makan untuk tengahari
nasi berlaukkan sardin, telur goreng dan kicap
yumsss :)

rasanya semua tahu macam mana nak masak sardin kan ..





rindu pulak keluar jalan-jalan bawak camera
rindu zaman sebelum ada iphone hiksss

Monday, October 1, 2012

weekend things

 jepuk bawang untuk minum petang sabtu lepas
cara buat sama je macam jepuk bilis
cuma kali ni dapur saya kehabisan ikan bilis
jadinya saya letak bawang je
minum dengan teh o panas
sedap jugak hihi :)

 
kali kedua
macam sedikit hangus
tapi kehangusan tu la yang buat puding roti saya kali ni special sikit ecehsss
yang ni untuk jamuan post-raya department saya
disebabkan masing-masing busy dengan key in markah student
tanda kertas exam student
sekarang baru sempat nak buat jamuan raya
resepi masih sama dengan yang dulu

 
 dan ini untuk baby Umar
olololo...... :))


Thursday, September 27, 2012

scrambled egg sandwich


saya ada lebihan cheese dan tomatoman
lebihan time buat lagsana dua hari lepas

pagi tadi
tiba-tiba lapar betul..
bangun pagi-pagi untuk buat sandwich ni

yang ni saya tak ikut mana-mana blog resepi
resepi sendiri resepi suka hati hihi

Bahan-bahan:
6 keping roti
2 biji telur
1 biji tomato
1 keping cheese 
butter untuk menggoreng
sedikit lada hitam

Cara-cara:
cairkan butter dengan api perlahan (butter cepat hangus..jadi guna api paling rendah)
masukkan telur, cheese dan lada hitam
kacau hingga telur hancur dan cheese cair
bila nampak telur dah mula nak mengeras. tutup api 
(kalau boleh jangan biar telur kering sangat)
susun tomato bila nak lapiskan telur dalam roti 

siap!!
breakfats yang sihat dan mudah dan murah dan SEDAP :p

Tuesday, September 25, 2012

percubaan pertama

Bread and butter pudding

Bahan-bahan
  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  7. Tuang ke atas puding roti tadi.


Beef lagsana

Bahan-bahan
  • 8-10 keping kulit lasagna
  • 300g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar holland - cincang
  • 2 ulas bwg putih - cincang
  • 1 tin sos spaghetti original
  • 3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
  • 1/2 biji carrot - potong dadu (optional)
  • 3 biji cendawan butang - hiris nipis
  • 1 sk oregano
  • Air
  • minyak zaitun
  • garam, gula secukup rasa
  • keju mozarella secukupnyer
  • UNTUK SOS PUTIH
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju pilihan
  • 3 sudu besar butter
  • lada hitam, garam
Cara-cara
  • Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket. (hana rebus dengan sedikit minyak) Tapi ada jenis lasagna yg tak perlu direbus. Kemudian ketepikan.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.
  • Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.
  • Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging... sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak ltk pong tk mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. dan last skali adalah sos putih. taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.
  • Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.

ini adalah kes malas nak mengarang panjang-panjang
saya ikut sebijik-sebijik resepinya
memang menjadi
selamat mencuba!

:)

Monday, September 24, 2012

Anak bertuah


kalau dulu
pergi kerja
pergi kerja lah
balik kerja
balik kerja lah

matlamat
pergi kerja nak siapkan marking paper atau update lecture note
matlamat
balik kerja nak try masak masakan yang tak pernah masak

sekarang
pergi kerja
hati berat nak tinggalkan anak bertuah seorang ni
balik kerja
kalau boleh nak cepat-cepat balik
guna emegency lane
nak singgah tesco atau giant pun dah macam keberatan
sebab biar cepat-cepat sampai rumah
dapat jumpa anak bertuah seorang ni :)

hari khamis mula kerja
pukul 6 Umar dah bangun..sengih-sengih
mungkin dalam hati.."Mummy janganlah pergi kerja...."
hari jumaat
sabtu cuti...Umar bangun pukul 6 jugak
mungkin dia ingat mummy dia kerja hari Sabtu huhu
hari ahad dia bangun lewat pulak..
hari ni...pukul 6 dah menggeliat..senyum-senyum...
anak bertuah.... :)

harap Umar jadi good boy duduk dengan Tok Ma... :)


Friday, September 21, 2012

roti jala

petang semalam
boss saya ada bercakap pasal roti jala
katanya nak bawa ke office hari ni
dalam hati saya...aaaaa....sedapnya...
best ni kalau makan dengan kari ayam atau daging :)

tapi..
hari ni datang tak jadi pulak..hukhuk
ye la...berapa lama nak menjala
kalau satu office ada 12 orang..
seorang makan mau 10 keping..(saya la tu)
habis..kalau 12 orang..?mau satu malam nak menjala..
tak apa .... lain kali... :)

roti jala salah satu makanan kegemaran en.mm
bila dah jadi kegemaran dia...kenalah belajar buat
dan lepas je pantang hari tu
saya try buat...
ingatkan susah...rupanya...senang saja nak buat kerja-kerja menjala ni hihi



resepi macam biasa saya ambil dari blog hana's family
(antara blog resepi yang boleh dipercayai) :)

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air@ susu segar@santan cair
  • 1 biji telur
  • 1 sk garam
  • pewarna kuning
Cara-cara
  • Blend semua bahan sebati. Pastikan tiada tepung yang berketul2 yang boleh membuatkan acuan tersumbat.
  • Panaskan kuali dan lengserkan sedikit minyak.
  • Cedukkan adunan dan masukkan ke dalam acuan dan tebarkan di atas kuali.
  • Biarkan seminit hingga roti jala masak. Angkat dan lipat@gulung ikut suka.
untuk kari ayam boleh follow resepi saya ni..

selamat mencuba! :)

Wednesday, September 19, 2012

love pancake


menikmati sarapan pagi terakhir
sebelum kembali kerja esok hari
aaaa...kalau lah boleh sambung cuti lagi dua hari
khamis dan jumaat...terus sabtu dan ahad
hari isnin baru start kerja :)

resepi untuk love pancake ni
saya follow resepi hana's family
senang saja...
love shape tu saya beli di daiso...
cuma perkara paling penting yang perlu ada ialah non stick pan
kalau tak entah jadi bentuk apa pun tak tahu lah :)

jadi ini dia resepinya:

Bahan-bahan
  • 150g tepung naik sendiri
  • 100ml buttermilk @ susu segar
  • 1/2 sk baking powder
  • 1 biji telur size M
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar butter cair
  • secubit garam
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan sebati. Kacau menggunakan hand whisk.
  • Biarkan sebentar lebih kurang 10-15min.
  • Panaskan kuali. Lengserkan acuan love dengan butter, letak di atas kuali. Biarkan panas sebentar.
  • Tuang adunan ke dalam acuan. Isi 3/4 penuh. Jangan penuh2 sbb pancake akan kembang dan melimpah. Biarkan masak seketika. Kemudian angkat acuan, jika melekat tepi, kikiskan menggunakan pisau.Berhati2 untuk mendapat shape yang cantik.Kemudian balikkan.
  • Bila dah masak angkat dan hidangkan dengan madu, butter atau jem pilihan.
selamat mencuba :)

Thursday, September 13, 2012

bertiga

tak pernah saya tinggalkan blog ni selama ini..
ish ish..
bulan 8 tak ada entry langsung..?? ish ish..
kasihan cik blog kita ni
kasihan juga pelawat yang datang dengan harapan nak baca
tapi hampeh tak ada apa..
*ada ke yg datang nak baca..?* :)

sebenarnya
sejak jadi mak mak ni
jarang dah nak buka laptop
nak update tru iphone macam tak best
leceh pun ada
jadinya...blog terbiar berlalang bersawang berdebu macam rumah tinggal

hari on laptop pun sebab boss mintak emailkan something
kalau tak...tunggu saya start kerja baru la boleh update hihi :)
dan sebenarnya masih cuba nak sesuaikan diri dan masa dengan title baru ni
iaitu mummy kepada umar nashriq
rasa macam 24 jam tu tak cukup je
nasib baik la tinggal dengan mummy
kalau sendiri sendiri mau tunggang langgang semuanya

ok lah
tak boleh lama-lama
encik umar kita dah buat bunyi-bunyi macam nak nangis tu
nanti ada masa saya update lagi ok