Monday, December 25, 2017

singapura

sebelum masih belum boleh nak move on dengan conference di singapore baru-baru ni
baik saya blog siap2. nanti bila dah lama mesti lupa dan basi.

ingat lagi tak cerita berita gembira saya yang ni?
yups saya pergi ke singapore minggu lepas sebab conference yang terpilih
student yang terpilih dari UM ada lebih kurang 40 orang. semuanya student postgrad
ada yang terpilih untuk poster presentation. ada yang oral presentation
saya punya pada mulanya oral. tapi ditukarkan ke poster atas sebab saya punya lebih sesuai untuk poster. frust juga. sebab poster kan mcm tampal-tunggu org dtg-habis. boring hehe.
kalau oral presentation dia punya berdebar-debar nak kena present tu yang best haha
(korang lebih suka poster ke oral?)

bsgc ni bermula dengan presentation antara postgrad di satu department berkembang smapai ke satu fakulti dan sekarang berkembang sampai melibatkan 3 buah university terbaik di asia tenggara iaitu Um, NUS dan CU. kalau korang nak tahu lagi pasal bsg boleh ke website ni.

sepanjang saya belajar di um saya tak pernah tahu pun pasal bsgc ni. ni pun sebab frust sangat tak dapat pergi estonia hari tu. kalau tak saya takkan cari mana2 conference luar negara dah. plus saya jarang jarang sangat buka siswamail um haha. jadi banyak benda best terlepas. ish ish. teruk betul.

semua yang present hari tu semua best-best. kadang-kadang saya rasa jauh sangat dengan bidang saya (environmental management). kebanyakkan adalah bidang biotech, biochem, biology, diversity. ada laa beberapa research yang saya faham sebab masa master kan buat biotech. dna sequencing, pcr, bla bla bla yang saya fobia sampai taknak buat labwork masa phd haha. ok la. best. ada yang buat pasal alat untuk extract dna dengan paling cepat macam dalam cerita csi, ada yang kaji tumbuhan warna yang selalu kita nampak kat tepi jalan rupanya boleh gantikan panadol, ada yang pasal kenapa mata keluarga orang utan, gorila, monyet boleh berubah-ubah. fuhhh..2 hari boleh tepu kepala. hahaha.

Team UM menang dalam kebanyakkan award malam tu. tapi saya rasa semua yang present secara oral hari tu semua best-best. dari singapore, thailand, taiwan, filipino dan um sendiri. memang jauh beza dengan cara saya present. slide  diorang plak simple dan kreatif sangat. nasib lah saya tak kena present oral. kalau tak. fuhhhh.. memalukan je hahaha. apa-apa pun banyak benda saya belajar dari cara nak present sampailah ke slide yang kreatif. satu lagi pemakaian diorg plak sempoi je. mcm nk present depan kawan2 atau macam nak pergi jalan-jalan. kita (yg dari um dan saya sendiri) beriya pakai formal macam nak pergi interview. hahah. tapi kalau ikutkan. boleh je pakai biasa2 kan. sebab yang penting apa yang kita nak present tu kan? korang rasa canne?

ok lah. lain hari saya cerita pasal nus yang sangat hijau dan best. nak banding dengan um yang klasik tu hahaha. tak baik tau..sila bersyukur. ok lah. nak gambar saya yang tak seberapa.

2 comments:

k said...

alhamdulillah. tahniah Nilam!!! dari dulu-dulu lagi, saya ada rasa kagum dengan UM. iyalah, universiti tertua di Malaysia. Pernah masuk UM sekali je, mmg bangunan klasik, tp gah. Hebat! Pernah juga teringin nak sambung belajar di UM. Tp, rezeki saya di USM :) Good luck Nilam! Azam tahun 2018: Habiskan belajar PhD :) kan?

sapphire said...

tapi study kat oversea lagi bagus. :)