Monday, December 11, 2017

cuti 3 hari

selalu kalau KL cuti saya cuti
kalau selangor cuti saya pun cuti
walaupun UM dalam KL
melaikan memang betul-betul kena pergi UM

so kali ni birthday sultan selangor
saya pun cuti jugak sebab school umar tutup
nak tinggal kat tokma takut tokma nk pergi round-round ke susah plak

tapi walaupun cuti sampai 3 hari ni
takde apa yang menarik pun
duk rumah je
mandi kat swimming pool
main kat playground
balik rumah tokma
tengok cartoon sampai pengsan

 tiap kali pergi swimming pool mesti kena bawak bekalan makanan
sebab budak2 ni mesti lapar
paling senang beli donut kat gerai tepi tasik sect 7, shah alam
sedap gebu dan budak2 memang suka
sampai mommy tak sempat nak rasa huuuu

lauk tengahari tadi: ikan selar masak sweet sour. umar makan banyak. yeay!! fatimah pun yeay!!

dan saya akhirnya sempat siapkan satu paper minggu ni yess!! berjaya
start isnin lepas hari ni baru siap. tapi tak check turnitin lagi
rupanya takleh bukan turnitin kalau bukan kat university ek?
(kalau betul2 fokus boleh je sebenarnya. tapi selalunya fokus tu terkeluar dari landasan)

ok lah
korang buat apa cuti 3 hari ni?
tengok ramai je pergi oversea yang ada snow
jealous betul!!
ok bye!


1 comment:

Ainul Aqma said...

tahniah dapat siapkan your task! :)
Saya tak cuti pun birthday sultan selangor. :/